Rumah Mampu Milik adalah lebih berpatutan, semua orang tahu, jadi lebih senang lulus, kan?!
Betul ke?
Dengarlah apa kata Mortgage Specialist!
Jika anda sedang mengusha RMM atau sudahpun book unit, kami akan tunjukkan anda mengapa ianya TIDAKLAH SE-SIMPLE yang anda fikirkan dan juga bagaimana anda dapat memperbaiki kewangan anda / menyiapkan kewangan anda sebelum mendapatkannya, juga untuk unit bukan RMM.
Datanglah dan dengar sharing kami pada hari Selasa ini, 31 Ogos, 9 malam ~ !
Sebelum ni selalu beli cookies Subway sahaja, tapi tiba-tiba terasa nak makan cookies Red Velvet. Disebabkan Subway tak jual Red Velvet cookies, terpaksa la cari tempat lain.
Try cari yang ada delivery area sini dalam facebook tapi semua tak ada so menyinggah la dekat Shopee. Banyak rupanya seller yang jual cookies ni. Ada banyak jenis, soft cookies, crunchy cookies, brownies cookies, macam-macam lagi la.
Lepas dah puas scroll, jumpa la soft cookies dari seller ni sebab rating tinggi dan Best Sellers Red Velvet Cookies. Ada 3 flavor, Double Chocolate Chip, Red Velvet, dengan Triple Chocolate Chip. Walaupun kononnya awal tu nak cari Red Velvet sahaja tapi macam nak cuba juga lagi 2 flavor. Kalau sedap boleh beli lagi nanti.
Link kedai : https://shopee.com.my/biskyot.hq
Harga pun boleh tahan la RM10.90 untuk 3 pieces ni. Tak berani nak ambil banyak-banyak takut tak kena dengan tekak pulak. Seller pun area Bukit Beruntung so takde la nak kena tunggu lama nak sampai dekat tangan. Dekat description pun ada nyatakan 'Biskut freshly baked ikut order and baked on day of shipment'.
Dah checkout, seller ambil masa sehari nak prepare dan postkan cookies. Lepas 2 hari dah sampai dekat tangan.
Seller packkan setiap cookies asing-asing dan masukkan dalam plastic jar. Masa sampai tu pun memang bubble wrap tebal dan semua cookies tak ada yang retak atau pecah.
Kalau nak rate, dari tiga-tiga flavor ni red velvet paling sedap sebab kurang manis, dan dalam tu ada lapisan white chocolate. Yang kedua Triple Chocolate Chip dan yang paling kurang minat Double Chocolate Chip sebab terlalu manis dan rasa butter. Jadi lepas ni kalau nak repeat mungkin ambil Red Velvet sahaja.
Semua orang nak cari hartanah yang MURAH untuk dibeli seperti Rumah Mampu Milik!
Tetapi adakah anda betul-betul rasa membeli Rumah Mampu Milik adalah baik hanya kerana harganya yang lebih rendah/murah?
Kami akan beritahu anda jawapannya!
Jika hari ini anda atau kawan-kawan anda berhasrat untuk membeli Hartanah Berharga Rendah/Murah, silalah datang dan dengar sharing kami terlebih dahulu pada hari Jumaat ini, 27 Ogos 2021, 9 malam sebelum membuat keputusan anda.
Berminat nak beli Hartanah Lelong tapi tak sure lagi?
Kami akan tunjukkan CARA untuk membeli dengan betul. Disampaikan oleh Sr. Alan Ng, Pengasas Grup Chester NBH, Penilai Berlesen dan Ejen & Pengurus Hartanah Berdaftar dari LPPEH/BOVAEP.
Dapatkanlah pengetahuan ini untuk kesenangan pembelian hartanah anda sekarang atau pada masa depan!
Joinlah perkongsian PERCUMA kami secara langsung di Zoom pada hari Jumaat 20 Ogos, 9pm ini.
Anda akan tahu:
• Perkara-perkara "mesti-tahu" sebelum membeli hartanah lelong
• Langkah-langkah dan prosedur membeli hartanah lelong
• Kesalahan biasa dibuat pembeli dalam membeli hartanah lelong
Kentang ni antara makanan yang popular selama berabad-abad, sampailah ke hari ini. Banyak makanan boleh dihasilkan dari kentang dan memang digemari oleh hampir setiap orang.
Kentang ni tersenarai sebagai makanan ruji terpenting di dunia. Bukan sahaja sedap dimakan, tapi membekalkan juga nutrisi penting kepada badan seperti potassium dan Vitamin C.
Ni antara makanan simple dan mudah disediakan yang berasaskan kentang.
1. Potato Fries
2. Potato Wedges
3. Mashed Potato
4. Kentang Bakar / Baked Potato
5. Potato Chips
6. Bergedil / Potato Patties
7. Potato Fritters / Pancakes
8. Salad Kentang / Potato Salad
9. Sambal Kentang / Kentang Berlada
10. Sup Ayam + Kentang / Chicken Potato Soup
Boleh juga cuba aktiviti ni untuk hari ini.
1. Sediakan makanan berhias berasaskan kentang untuk family, kawan-kawan atau diri sendiri.
2. Cuba apa-apa hidangan kentang yang belum pernah cuba lagi sebelum ni. Boleh share di media sosial.
3. Order makanan yang ada kentang.
4. Tanam ubi kentang.
Siapa yang nak celebrate Hari Kentang Sedunia ni boleh la cuba mana-mana resepi kentang yang best dan aktiviti diatas.
Alhamdulillah harini mood mencanak naik bila tengok bahagian $Earnings dekat blog.
Baru sebulan lepas adsense approve dah start nak nampak ada payment masuk.
Tak sangka boleh dapat income secara part time walaupun update blog suka-suka sahaja sebelum ni, tak serius pun. Lepas ni kena lagi bersemangat buat entry compare dengan sebelum ni cuma sekali sekala sahaja update blog.
Payment sebenar yang kita akan dapat kena tengok dekat bahagian Payments. Sebelum ni tertipu bila tengok dekat bahagian Home dapat $0.20 tapi bila masuk bulan baru jadi kosong balik. Rupanya tu cuma Estimated earnings bukan earnings sebenar.
Walaupun bulan lepas dapat $0.81 sahaja tapi memadai la dengan entry yang seciput tu. Banyak lagi yang nak kena belajar untuk naikkan value dan trafik blog ni. Harapnya dah penuh ilmu adsense ni nanti dapatlah merasa cash out $100 tu dan boleh jadi passive income dari blog ni.
Takut terbeli property yang SALAH & end-up dengan KOMITMEN BESAR??
Since sekaranglah masa yang TERBAIK untuk BELI PROPERTY disebabkan pandemik yang menurunkan permintaan, sejurus itu menurunkan harga dan kadar interest bank, tak kisahlah untuk tinggal sendiri atau tujuan investment.
Apakah cara yang TERBAIK untuk membeli? Projek baru dari pemaju? Beli lelong? Beli subsale (pasaran secondhand)?
Banyak orang mahu invest dalam property sebab property adalah selalunya dikatakan jalan terbaik ke arah KEBEBASAN KEWANGAN. Tetapi adakah anda tahu cara yang terbaik?
Joinlah perkongsian PERCUMA kami direct di Zoom & dapatkan jawapan anda pada hari Jumaat 13 Ogos 9pm ini.
• Anda akan tahu jika terdapat property "Fire Sale" dalam pasaran semasa
• Anda akan faham samada pemaju menaikkan harga semata-mata hanya untuk menawarkan rebat/potongan lebih banyak
• Anda akan tahu jika ada terdapat penjual-penjual terdesak dalam pasaran semasa ini
Setiap buku amat berharga terutamanya kepada pencinta dan pengumpul buku. Jadi penjagaan buku amatlah penting untuk memelihara buku dari cepat rosak dan merendahkan nilai buku tersebut. Buku yang dijaga baik boleh disimpan untuk bacaan dimasa akan datang dan juga bernilai untuk dijual semula.
Dibawah ni terdapat beberapa tips untuk menjaga koleksi buku supaya tidak mudah rosak.
Cara Penyimpanan Buku
Membalut buku dengan pembalut plastik supaya dapat tahan lebih lama dan memelihara cover buku tersebut. Biasakan balut terus semua buku yang baru dibeli.
Susun buku di rak atau almari buku supaya nampak kemas dan cantik mata memandang. Koleksi buku memerlukan rak buku khas untuk simpan semua buku yang ada. Jika mampu, boleh beli rak atau almari buku bercermin untuk elak buku mudah berhabuk atau berdebu. Terutamanya jika ada haiwan peliharaan yang boleh bermain cakar atau menggigit buku sampai rosak.
Atur buku secara menegak dan didirikan. Tulang buku perlu menghadap ke luar jadi senang untuk mencari buku yang diingini. Tapi untuk buku hardcover boleh disusun secara baring supaya tulang buku tak rosak.
Letak penghadang buku kalau buku yang disusun masih tak penuh dalam rak. Buku boleh sentiasa terjatuh atau berada dalam kedudukan senget sepanjang masa. Lama kelamaan buku tak dapat berdiri dengan baik dan rosak.
Susun buku mengikut kategori supaya senang nak mencari buku. Ikut kreativiti sendiri untuk menyusun koleksi buku yang ada. Boleh susun mengikut genre buku seperti novel fiksyen cinta, novel seram, indie, buku - buku islamik, motivasi, puisi, biografi, buku resepi, majalah dan sebagainya. Boleh juga susun mengikut terbitan buku tersebut seperti Fixi, Karangkraf, Karya Seni, Telaga Biru, Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi. Ada juga yang menyusun buku mengikut nama penulis buku, siri / edisi buku-buku tersebut.
Simpan semua buku pada suhu bilik dan jauhkan buku dari cahaya matahari secara terus untuk elakkan buku cepat kekuningan. Buku yang lama terdedah kepada haba akan menyebabkan buku mudah terlerai, melengkung dan permukaannya tidak rata. Warna cover buku juga akan cepat pudar. Buku yang dalam keadaan lembap pula mudah dijangkiti fungus atau kulat menyebabkan bau hapak dan permukaan berbintik.
Selalu bersihkan buku supaya tidak berdebu dan berhabuk. Sapu habuk pada buku menggunakan bulu ayam atau kain lap bersih secara berkala sekurang - kurangnya sebulan sekali.
Awasi serangga perosak seperti tikus, anai-anai dan lipas. Beberapa petua boleh diamalkan untuk menghindarkan makhluk perosak ini. Tabur atau letakkan beberapa kapur barus di rak buku. Letak lada sulah atau lada putih dalam kain di rak atau boleh juga letak arang. Selain itu, untuk jangka masa panjang, boleh gunakan silica gel untuk mengurangkan kelembapan pada buku.
Cara Pembacaan Buku
Basuh tangan sebelum memegang mana-mana buku. Pastikan tangan kering sebelum pegang buku. Kotoran dan air senang meresap kedalam buku dan akan tinggalkan kesan kekal. Elakkan tabiat
Elakkan baca buku sambil makan atau minum. Jauhkan makanan atau minuman semasa membaca untuk elakkan risiko tertumpah keatas buku dan jadikan buku tu mengembang dan rosak.
Tidak menconteng dan mengoyak buku tersebut. Tak kisah la buku genre apa pun, elakkan tabiat suka menconteng atau koyak mana-mana bahagian buku supaya buku tersebut tiada cacat cela. Boleh guna sticky note atau buku nota untuk mencatat apa-apa dari buku tersebut.
Menggunakan penanda buku / bookmark setiap kali membaca. Jangan biasakan melipat sudut buku untuk menandakan bacaan akhir selepas membaca. Boleh beli atau buat sendiri bookmark tersebut dari kadbod atau reben. Elakkan guna keratan surat khabar sebagai penanda buku sebab ia mempunyai kandungan asid yang tinggi terutamanya jika ditinggalkan terlalu lama dalam buku.
Jangan tinggalkan penanda buku di dalam buku terlalu lama. Penanda buku yang tebal dan berada terlalu lama akan tinggalkan kesan pada kertas dan bentuk buku tersebut.
Sebaiknya gunakan kedua tangan semasa membaca. Jangan buka buku tersebut terlalu luas atau melipat buku tersebut sehingga meninggalkan kesan kepada tulang buku.
Jangan tinggalkan buku di merata tempat. Selesai sahaja membaca terus simpan semula buku kedalam rak buku.
Apa yang akan berlaku ke atas pasaran hartanah untuk beberapa bulan akan datang?
Jom dengar sharing PERCUMA ni dari Sr. Alan Ng, Pengasas Group Chester NBH, Penilai Berlesen dan Ejen & Pengurus Hartanah Berdaftar dari LPPEH/BOVAEP yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun dalam bidang ini.
More sharing on mortgage & your financials! (Plus FREE CTOS & CCRIS check)
Join in to ask questions directly via Zoom & to soak in the knowledge that our exclusive sharing offers, only for our HouzHunter members this Tuesday 3rd August, 9pm.