Takhta Dunia merupakan single terbaru dari Dato’ Sri Siti
Nurhaliza dan video muziknya telah dilancarkan pada 08 Januari 2021. Lagu ini
merupakan lagu daripada albumnya yang terbaru iaitu ManifestaSITI2020, album
studio yang ke-18.
Antara lagu lain yang dimuatkan didalam album ini ialah
"Siapa Tak Mahu”, "Aku Bidadari Syurgamu" (OST 7 Hari
Mencintaiku 2), "Kasihku Selamanya" (OST Dendam Pontianak),
"Tertulis Nama Kita", "7 Nasihat" (duet bersama Kmy Kmo dan
Luca Sickta), "Kuasa Cintamu", "Teratai Menjelma" (nyanyian
asal Sudirman), "Basyirah", "Terang", dan "Anta
Permana" (Trek Bonus).
Sebagai pembuka tahun 2021 ini, penyanyi ini menengahkan
muzik video yang sarat dengan pelbagai mesej dan maksud yang tersirat tentang
isu semasa masyarakat iaitu vandalism, berebut kerusi, tidak bertolak ansur
dalam pengangkutan awam, buli siber, mencopet dan mencuri.
"Seiring kemodenan dan perkembangan dunia hari ini,
setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.
"Sebagai penyanyi, saya turut bertanggungjawab
mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan
matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan
tetapi kesedaran," katanya.
Tambahnya lagi, penggambaran video muzik ini merupakan di
antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk memberi fokus kepada
persediaan untuk menyambut anak keduanya.
Memetik petikan dari bharian.com.my, Muhammad Azhar Mamat
Rot selaku pengarah video muzik berkata, dia turut menonjolkan peranan penari
dan pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.
"Saya menterjemahkan mesej simbolik yang mahu
ditonjolkan menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang
membawa maksud, jasad terperangkap dalam zaman lampau, namun kelakuan tetap
wujud pada zaman sekarang.
"Video muzik ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an di
sebuah stesen kereta api yang dinamakan Lipis Sentral.
"Lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar
Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak kereta api
lama," katanya. Lokasi sebenar yang digunakan ialah di ruang pameran luar
Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.
Untuk video muzik ini, Siti tampil dengan gaya imej wanita
era 70-an dan menggunakan khidmat pereka fesyen, Rizman Ruzaini dan jurusolek
Ahma Dhani bagi imej tersebut.
Lirik Lagu
Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar saling menjaga
Agar tak luka sesama kita
Oh…indahnya dunia ketika tiada lagi hitam
Oh…putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam
Serasi kita dalam bersama
Tujuan cinta terukir nyata
Oh…marilah sucikan hatimu niatmu
Di dalam menuju takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela
Jangan bicara sembarang kata
Kata terlarang simpan di dada
Hendaklah sedar saling menjaga
Agar tak luka sesama kita
Oh…indahnya dunia ketika tiada lagi hitam
Oh…putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam
Serasi kita dalam bersama
Tujuan cinta terukir nyata
Oh…marilah sucikan hatimu niatmu
Di dalam menuju takhta yang sesungguhnya terang
Abadi tak tercela..
More About Dato’ Sri Siti Nurhaliza
Twitter: https://twitter.com/ctnurhaliza11/
Youtube: https://www.youtube.com/c/sitinurhaliza
Facebook: https://www.facebook.com/SitiNurhaliz…
Instagram: https://www.instagram.com/ctdk
More About Universal Music Malaysia
Facebook : https://web.facebook.com/universalmuz…
Instagram : https://www.instagram.com/universalmu…
Twitter : https://twitter.com/UMDomestic
Youtube : https://www.youtube.com/user/universalmusicmsia
Music Video Production :
Director : Azhar Rasafilm
Producer : Rasafilm
DOP : Anz Rasafilm
Ass. DOP : Syafiq Lajis & Kia
Art Department : Firdaus Othman
Gaffer : Liong Jian Yep
Location Manager : Diana Din
Ass. Location Manager : Azwan Hashim
Makeup DS Siti Nurhaliza : Ahma Dani
Kostum: Rizman Ruzaini
Tudung: Ariani
Koreographer : Ayed Kuswadinata (Tingkah Dance Production)
Talent : Aramy Rasyid, Syazwan Soef, Hanny Maru, Nadia
Roslan, Hani Shamsul & Syasya Samsul
Burung : Sharif Shamsudin
Graphics Designer : Pravin Joel
BTS By : Nizar Faez
Catering : Dapoq Schombi
Location : Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam