Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Drama Review : Jirisan (2021)

Monday, December 13, 2021

 

Drama: Jirisan

Country: South Korea

Episodes: 16

Aired: Oct 23, 2021 - Dec 12, 2021

Aired On: Saturday, Sunday

Network: iQiyi, tvN

Duration: 1 hr. 10 min.

Genres: Thriller, Mystery, Drama, Fantasy


Director : Lee Eung Bok

Screenwriter : Kim Eun Hee

Main Cast : Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon

Support Cast : Sung Dong-il, Oh Jung-se, Jo Han-cheol, Joo Min-kyung, Go Min-si, Lee Ga Sub, Jun Suk Ho


Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang pasukan renjer hutan di Taman Negara Jirisan. Jirisan atau Gunung Jiri merupakan gunung kedua tertinggi di korea selatan yang sentiasa menarik ramai pengunjung saban tahun. Taman Negara Jirisan yang ditubuhkan pada tahun 1967, ialah taman negara tertua dan terbesar di Korea, yang diuruskan oleh pasukan renjer hutan untuk melindungi dan memelihara kawsan pergunungan, dan menyelamatkan pengunjung di gunung tersebut.

Seo Yi Kang (Jun Ji-hyun) ialah salah seorang renjer terbaik di Taman Negara Jirisan. Dia membesar di kawasan itu dan mahir tentang selok belok kawasan pergunungan. Kang Hyun Jo (Ju Ji-Hoon) ialah renjer baru di situ. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa di sekitar Taman Negara Gunung Jiri dan merungkai kes-kes misteri yang terjadi di kawasan tersebut.


Trailer


Review

Episod 1 bermula dengan seorang lelaki menceritakan tentang Gunung Jiri. Tahun 2018, Kang Hyun Jo yang baru sampai di Stesen Renjer Haedong Taman Negara Jirisan sebagai renjer baru terus diarahkan untuk join pasukannya untuk misi mencari dan menyelamat seorang pelajar berusia 14 tahun, Yeom Seung-hun, yang telah hilang selama 23 jam. Dua pasukan pencarian dibentuk dari 6 kawasan bersama Jabatan Bomba dan Skuad Penyelamatan Khas untuk misi ini. Ketua stesen, Jo Dae-jin, memberitahu bahawa masa keemasan untuk mencari Seung-hun ialah 30 jam, bermakna mereka hanya mempunyai tujuh jam lagi. Ditambah lagi dengan taufan yang bakal tiba menyukarkan pasukan tersebut. 

Hyun Jo kemudiannya dikenalkan dengan partnernya Seo Yi Kang dan mereka berdua bergerak bersama untuk misi tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan pelajar tersebut walaupun dalam cuaca yang buruk dengan bantuan Hyun Jo yang mempunyai kelebihan iaitu mendapat vision tentang lokasi mangsa terbabit. 


Di hujung episod kemudian kembali ke masa kini iaitu tahun 2020 yang menunjukkan sisi berbeza dengan Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang telah hilang selama sebulan.

Plot utama tentang drama ini ialah kes kemalangan misteri dan kematian ngeri ketika para pengunjung berada di kawasan pergunungan ini. Kes-kes ini disebabkan pelbagai peristiwa seperti bencana alam, kebakaran, dan juga pembunuhan yang dirancang. Drama ni mempunyai dua timeline yang sentiasa bertukar antara masa lepas dan masa sekarang iaitu pada tahun 2018, dimana Seo Yi Kang dan Kang Hyun Jo menyiasat dan mencari pembunuh di antara mereka dan pada tahun 2020 setelah Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan meneruskan siasatan. Agak confusing dengan timeline ni kalau tak fokus betul-betul.



Dari awal sampai hujung, drama ni buatkan kita berteka-teki nak cari siapa sebenarnya pembunuh sebenar dan motif pembunuhan ni. Banyak hint ditunjukkan tapi semua pun berpotensi jadi suspek sampailah didedahkan dihujung drama. Diselit juga pelbagai kejadian menarik dan tak terduga yang terjadi di gunung ini. 

Sinematografi drama ni memang memukau dengan background Gunung Jiri. Semua shot kawasan gunung ni memang buat rasa macam nak packing baju pergi camping dengan hiking dekat situ sebab cantik sangat dengan air terjun, puncak-puncak gunung, hutan yang luas penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna. OST balada yang dinyanyikan oleh BTS Jin menambah rencah dalam drama ini. Visual effects dan CGI pula banyak digunakan sepanjang drama ni walaupun nampak kurang berkualiti di awal episode tak sepadan dengan drama yang berbajet besar. 

Overall, Jirisan merupakan drama yang menarik yang berbaloi ditonton. Penulis menceritakan kisah ini berdasarkan pengalaman hidup sebenar renjer yang diinterview olehnya. Kita dapat melihat sekilas aktiviti harian mereka dan kesukaran yang dihadapi terutama apabila berdepan dengan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan. Bagaimana mereka sentiasa siap sedia mempertaruhkan nyawa menyelamatkan orang awam dan berdepan pelbagai cabaran. Terdapat juga kisah misteri legenda & mitos berkaitan Gunung Jiri, tempat keagamaan serta memorial gunung tersebut.



Personal Rating


Team Production + 0.8
Storyline + 0.9
Genre + 0.9
Casting & Acting + 1
Editing + 0.8
Visual + 1
Themes + 0.9
Music/Soundtrack + 0.5
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 0.8

Total Rating = 8.5 / 10


Movie Review : Ada Hantu (2021)

Thursday, September 16, 2021

 

Pengarah - Hairul Azreen

Penerbit - Adrian Teh

Penulis Skrip - Adrian Teh, Amar Amir

Sinematografi - Danny Lala

Disunting oleh - Lee Pai Seang

Syarikat penerbitan - ACT 2 Pictures

Pengedar - Disney+ Hotstar

Mula ditayangkan - 13 Ogos 2021


Pelakon : 

Zahiril Adzim sebagai Aliff

Shiqin Kamal sebagai Bariah

Hairul Azreen sebagai Talha

Nafiez Zaidi sebagai Jimmy

Elvina Chua sebagai Sasha

Sophia Albarakbah sebagai Farah

Theebaan G sebagai Suresh

Henley Hii sebagai Peter

Dafi Ismail Sabri sebagai Amir


Trailer 


Filem seram komedi ini mengisahkan tentang Aliff, seorang Youtuber popular bersama rakan-rakannya melawat sebuah banglo tinggalan tentera Jepun dan isterinya setelah rasa tercabar untuk membuktikan bahawa hantu tu tak wujud. 


Setelah satu reaction video hantu viral tentang pocong, ramai viewers channel Aliff mengecam dia semula tapi dia tak kisah sangat sebab haters2 ni la yang menaikkan views video Youtube dia. Sasha mencadangkan Aliff untuk membuat content tentang hantu yang betul bukannya fake macam video viral pocong tu untuk tarik minat viewers dan tukar haters dia jadi fans. 



Bariah kemudiannya bagi cadangan untuk bermalam di sebuah banglo lama yang khabarnya berhantu dekat kampung dia, Kampung Teluk Panglima Perang. Menurut Bariah, ada seorang jeneral Jepun kejam yang tinggal di banglo tu dengan isterinya. Sesiapa yang buat salah sikit sahaja akan dihukum pancung oleh jeneral tersebut. Walaupun rumah tu tak berpenghuni, tapi banyak cerita hantu yang muncul dari banglo tersebut sehingga menjadi bualan dan cerita penduduk kampung dekat situ. Aliff terus setuju nak buat content untuk banglo tersebut sebab tak ramai lagi orang yang tahu kewujudan banglo berhantu tu.


Mereka berlima kemudiaannya merancang untuk menyambut sekali harijadi Aliff di sana. Menjelang tengah malam, setelah menyambut harijadi Aliff, bermulalah pelbagai gangguan dan perkara aneh dalam banglo tu.


Ada Hantu ni merupakan karya sulung arahan Hairul Azreen dan terbukti karya pertamanya ini tidak mengecewakan. Skrip filem ini pula ditulis oleh Adrian Teh yang terkenal dengan filem PASKAL dan Wira, jadi memang puas hati tonton movie ni dari awal sampai habis. Walaupun filem ni menerima pelbagai kritikan dan kutukan pada mulanya dek kerana poster yang tak menarik, tapi filem ni mampu menarik minat ramai penonton.


Zahiril Adzim macam biasa memang mantap dan tak mengecewakan dengan lakonan dia tambah-tambah masa scene dia sengih hantu tu fuhh memang asyik teringat je. Lakonan Hairul Azreen pun nampak banyak improvement. Shiqin Kamal pun nampak menyerlah sebagai Bariah. Barisan pelakon memang semua okay dan dialog dengan skrip semuanya nampak natural. Bahasa yang digunakan memang santai dan tak dengar baku.


Jalan cerita filem ni pada awalnya macam tipikal cerita hantu biasa, planning nak pergi tempat seram, lepas tu kena kacau hantu jadi memag dipenuhi elemen seram dan tak banyak komedi. Tapi masuk second half banyak komedi yang sampai sakit perut gelak dan plot twist yang tak dijangka. Memang terhibur tengok dari awal sampai habis sebab lawak dia pun bukan lawak bodoh atau cringe. Scene paling berdekah haruslah part Doraemon tu. Tak ada scene yang jump-scare pun dan hantunya pun tak ada yang muka hodoh, berdarah-darah ke semua so nak tengok masa makan pun tak tersedak.


Visual filem ni pun cantik terutama masa perjalanan mereka ke banglo tersebut. Banglo tu walaupun dah lama tinggal pun memang nampak masih cantik. Lighting dan kamera setiap scene pun kemas dan nampak berkualiti. Yang penting tak ada scene gelap sangat sampai kan muka pelakon nak kena dulu fokus baru nak nampak. 



Overall memang berpuas hati dan terhibur dengan filem ni. Kalau ada yang tak tengok lagi, boleh tonton di platform Disney+ Hotstar.


Personal Rating


Team Production + 1

Storyline + 0.6

Genre + 0.8

Casting & Acting + 0.9

Editing + 0.9

Visual + 0.8

Themes + 0.8

Music/Soundtrack + 0.6

Social Message + 0.5

Personal Thoughts + 0.9


Total Rating = 7.8 / 10


Anime Review : Violet Evergarden (2018)

Tuesday, August 31, 2021



 English Title : Violet Evergarden

Japanese Title : ヴァイオレット・エヴァーガーデン

Total Episodes : 13

Aired : Jan 11, 2018 to Apr 5, 2018

Premiered : Winter 2018

Broadcast : Thursdays at 00:00 (JST)

Producers : Lantis, Pony Canyon, Rakuonsha, ABC Animation

Directors : Haruka Fujita, Taichi Ishidate, Yasuhiro Takemoto

Licensors : Funimation

Studios : Kyoto Animation

Source : Light novel (Kana Akatsuki)

Genres : Slice of Life, Drama, Fantasy

Duration : 24 min. per ep.

Rating : PG-13 - Teens 13 or older


Characters & Voice Actors

  • Violet Evergarden - Yui Ishikawa 
  • Claudia Hodgins - Takehito Koyasu 
  • Cattleya Baudelaire - Aya Endou 
  • Benedict Blue - Kouki Uchiyama 
  • Erica Brown - Minori Chihara
  • Iris Cannary - Haruka Tomatsu

Trailer


Review

Anime ini berdasarkan kisah Violet membina hidup barunya selepas peperangan berakhir sebagai seorang gadis bukan lagi seorang tentera. Violet Evergarden adalah seorang anak yatim yang dilatih dan dibesarkan menjadi tentera dan sebagai senjata perang yang tiada nama dan emosi. Diberikan sebagai hadiah kepada Major Gilbert Bougainvillea oleh abangnya, Violet memasuki medan perang pada usia muda. 


Namun, Gilbert kasihan pada gadis itu, dan berusaha sebaik mungkin untuk membesarkannya secara normal. Dia mengajar Violet cara membaca dan menulis, dan berusaha sebaik mungkin untuk melindunginya.

Selepas satu pertempuran besar, Violet dijumpai di bawah satu runtuhan dalam keadaan parah, dengan kedua tangannya dah putus. Dia sepatutnya bersama dengan Major Gilbert tetapi lelaki tersebut tidak dijumpai di mana-mana. Setelah perang berakhir, Violet diberi tangan logam palsu, dan diambil bekerja oleh bekas tentera, Lt Kolonel Hodgins, kawan lama Gilberts. Hodgins yang mempunyai sebuah syarikat CH Postal Services di Leiden. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan “Auto Memory Doll” yang menaip dan menghantar surat untuk sesiapa sahaja yang tak pandai menulis atau tak pandai menzahirkan perasaan dan kata- kata kedalam surat mereka.



Violet mengambil keputusan untuk bekerja sebagai Doll untuk belajar dan faham tentang perasaan dan emosi. Dia nak memahami maksud "I Love You", kata-kata terakhir dari Gilbert delam pertempuran terakhir mereka.

"I want to know what 'I Love You' means..."

- Violet Evergarden,

Latar belakang anime ini diinspirasikan dari awal abad ke-20 Eropah dan suasana selepas perang dimana rata-rata penduduk baru memulakan kehidupan baru selepas peperangan tamat. Setiap episod menunjukkan pengembaraan Violet bekerja sebagai Auto Memory Doll dan pertemuan dengan pelbagai individu yang mana dia perlu mengekspresikan segala perasaan mereka ke dalam surat. Dalam masa yang sama, Violet banyak belajar tentang emosi dan pelbagai perasaan yang dia tak pernah faham. 


Anime Violet Evergarden adalah mengenai hubungan antara manusia, cinta dan kehilangan, bagaimana mengatasi rasa kehilangan orang paling berharga dalam hidup. Seperti kisah penulis skrip teater yang meratapi kehilangan anak perempuannya, kasih sayang antara adik perempuan yang ingin memulihkan abangnya, tentera yang tidak lagi akan pulang dan gugur di medan perang, anak perempuan yang kehilangan ibu tercinta dan dan ikatan Violet dengan satu-satunya lelaki yang melihatnya sebagai lebih daripada sekadar senjata.


Salah satu kekuatan anime ini adalah dari visual yang sangat berkualiti dan animation yang flawless. Dihasilkan oleh Kyoto Animation Studios, grafik dan visual Violet Evergarden memang setanding dengan pelbagai movie popular seperti A Silent Voice (2016) dan Your Name (2016). Setiap details, landskap, background dan lighting cerita ini memang sangat cantik dan memukau hati walaupun outfit Violet maintain sama dari awal sampai habis. Ditambah pula dengan soundtrack sepanjang cerita yang menarik memang best.




Cuma kekurangan anime ni ialah sangat slow pace tapi padat dengan emosi dan semuanya predictable. Kalau dibandingkan background story Violet, agak kurang logik sebab Violet ditunjukkan tiada emosi dan cuma tahu berperang tetapi sangat senang bertukar dari senjata perang kepada seorang gadis yang beremosi. Mungkin untuk season seterusnya akan diceritakan lagi tentang background story Violet.

Overall, memang recommend untuk tontonan ringan. Satu hari pun boleh habis.


Personal Rating

  • Team Production + 1
  • Storyline + 0.5
  • Genre + 1
  • Casting & Acting + 1
  • Editing + 1
  • Visual + 1
  • Themes + 1
  • Music/Soundtrack + 0.8
  • Social Message + 1
  • Personal Thoughts + 0.8
Personal Rating = 9.1 / 10

Shopee :: Soft Cookies ala Subway Choc Chip/Red Velvet/Triple Choc by Biskyot

Thursday, August 26, 2021





Sebelum ni selalu beli cookies Subway sahaja, tapi tiba-tiba terasa nak makan cookies Red Velvet. Disebabkan Subway tak jual Red Velvet cookies, terpaksa la cari tempat lain. 

Try cari yang ada delivery area sini dalam facebook tapi semua tak ada so menyinggah la dekat Shopee. Banyak rupanya seller yang jual cookies ni. Ada banyak jenis, soft cookies, crunchy cookies, brownies cookies, macam-macam lagi la.

Lepas dah puas scroll, jumpa la soft cookies dari seller ni sebab rating tinggi dan Best Sellers Red Velvet Cookies. Ada 3 flavor, Double Chocolate Chip, Red Velvet, dengan Triple Chocolate Chip. Walaupun kononnya awal tu nak cari Red Velvet sahaja tapi macam nak cuba juga lagi 2 flavor. Kalau sedap boleh beli lagi nanti.



Link kedai : https://shopee.com.my/biskyot.hq


Harga pun boleh tahan la RM10.90 untuk 3 pieces ni. Tak berani nak ambil banyak-banyak takut tak kena dengan tekak pulak. Seller pun area Bukit Beruntung so takde la nak kena tunggu lama nak sampai dekat tangan. Dekat description pun ada nyatakan 'Biskut freshly baked ikut order and baked on day of shipment'.

Dah checkout, seller ambil masa sehari nak prepare dan postkan cookies. Lepas 2 hari dah sampai dekat tangan.





Seller packkan setiap cookies asing-asing dan masukkan dalam plastic jar. Masa sampai tu pun memang bubble wrap tebal dan semua cookies tak ada yang retak atau pecah. 

Kalau nak rate, dari tiga-tiga flavor ni red velvet paling sedap sebab kurang manis, dan dalam tu ada lapisan white chocolate. Yang kedua Triple Chocolate Chip dan yang paling kurang minat Double Chocolate Chip sebab terlalu manis dan rasa butter. Jadi lepas ni kalau nak repeat mungkin ambil Red Velvet sahaja.


 


Drama Review : Mr Sunshine (2018)

Tuesday, July 13, 2021

 


Drama: Mr. Sunshine (English title)

Director: Lee Eung-Bok, Jung Ji-Hyun

Writer: Kim Eun-Sook

Network: tvN

Episodes: 24

Release Date: July 7 - September 30, 2018

Runtime: Sat. & Sun. 21:00

Language: Korean

Country: South Korea


Main Cast 



Sinopsis 

Drama ini berkisar tentang Eugene Choi (Lee Byung Hun) yang dilahirkan dalam keluarga hamba di Joseon. Sewaktu kecil, keluarganya dibunuh dan dia terpaksa melarikan diri menaiki kapal ke Amerika Syarikat semasa Shinmiyangyo tahun 1871 (ekspedisi A.S. ke Korea). 

Setelah dewasa, dia kembali ke tanah airnya sebagai pegawai tentera laut Amerika Syarikat. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan cucu bangsawan, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) yang juga merupakan sebahagian dari Righteous Army (pejuang pemberontak yang menentang penjajah). 

Pada masa yang sama, dia turut terlibat dalam pelbagai komplot oleh Jepun yang ingin menjajah Joseon sepenuhnya.


Review

Kisah bermula dengan Kapten Eugene Choi yang ditugaskan bersama Major Kyle Moore untuk ke Joseon sebagai legasi Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengaruh U.S di Joseon.


Flashback ke tahun 1871 di Joseon, Choi Yu Jin merupakan seorang budak lelaki yang baru berumur 9 tahun yang mana kedua ibu bapanya merupakan hamba kepada keluarga bangsawan. Ibu dan bapanya dipanggil oleh tuannya dan dituduh cuba melarikan diri jadi mereka perlu dihukum bunuh. Ibu Yu Jin cuba menyelamatkan anaknya dengan mengugut bunuh anak perempuan tuannya yang sedang sarat mengandung.


Yu Jin lari dan bersembunyi di sebuah kedai tembikar tetapi tuan kedai tersebut menyerahkan Yu Jin kepada seorang lelaki Amerika, Joseph yang singgah ke kedainya. Joseph menyeludup Yu Jin ke Amerika dan membesarkan Yu Jin di sana.

Kembalinya Yu Jin sebagai Eugene Choi pada awalnya hanya lah sebagai diplomat U.S dan bersikap neutral dalam segala aspek dan hanya menumpukan perhatian pada kerjanya sahaja. Tetapi pertemuan dengan keluarga bangsawan yang membunuh ibu bapanya menimbulkan semula kemarahannya.

Sejak bertemu sniper Go Ae Shin sewaktu ditugaskan untuk membunuh orang yang sama, dia mula kenal dan tertarik dengan Go Ae Shin. Tetapi dia juga mempersoalkan pemberontakan dan perjuangan Ae-Shin untuk Joseon.

“I was a slave. 
This country you want to save, 
Who is it for? 
Is there a life for butchers? 
Is there a life for slaves?”


Kim Hee-sung (Byun Yo-han), anak bangsawang terkaya di situ merupakan tunang Ae Shin yang belajar di Jepun dipaksa balik ke Joseon oleh keluarganya untuk mengambil alih bisnes keluarganya dan juga melangsungkan perkahwinannya. Perkahwinan tersebut diatur oleh kedua buah keluarga mereka sejak kecil lagi. Hee-sung pada awalnya hanya nak bersuka ria di situ tetapi tertawan dengan Ae Shin dan cuba memikatnya sebelum mereka berkahwin.


Gu Dong-mae (Yoo Yeon-seok) adalah anak penjual daging yang juga merana dari kecil. Melarikan diri ke Jepun setelah ibu bapanya dibunuh dan dibesarkan dalam keluarga Yakuza, dia kembali sebagai samurai dan bekerja dibawah Musin Society. Juga menyimpan perasaan kepada Ae Shin dan sentiasa memerhati dan melindungi dari  jauh sebab pernah selamatkan dia masa kecil.




Gabungan mantap dari pengarah dan penulis Goblin & Descendants of the Sun antara tarikan utama drama ni. Plot drama ni sarat dengan pelbagai isu yang diketengahkan tentang penjajahan negara, semangat patriotik, cinta, persahabatan diiringi dengan dialog dan lakonan mantap dari semua pelakon. 

Plot drama ini bermula pada tahun 1871, dan sebahagian besar plot berlaku diantara tahun 1894 hingga 1907. Pada masa ini berlakunya peralihan dan perebutan kuasa dalam pemerintahan Joseon. Ramai yang beralih penampilan ke arah yang lebih barat berbanding pakaian tradisional. Lelaki mula berambut pendek dan wanita mengenakan gaun panjang. Banyak sistem baru diperkenalkan dan campur tangan Jepun sangat kuat di Joseon. 


Pacing drama ni agak perlahan dari awal cerita sehingga hujung tetapi sentiasa diselitkan dengan komedi, aksi dan sinematografi yang cantik jadi tak terasa bosan. Banyak mesej yang disampaikan terutamanya tentang perjuangan mereka untuk terus kekal hidup pada zaman penjajahan, penindasan rakyat, dan semangat patriotik untuk Joseon.

Sinematografi dan visual juga sangat cantik untuk setiap scene. Sangat berbaloi dengan budget besar yang diperuntukkan untuk drama ni. 





Mr Sunshine memang highly recommend dan berbaloi ditonton. Sila sediakan banyak tisu juga kalau nak tengok drama ni.


Personal Rating


Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 1
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1

Total Rating = 10 / 10