Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

4 Drama Korea Terbaru November (Minggu 3) 2021

Sunday, November 14, 2021

1. 학교 2021 / School 2021


School 2021 ialah kisah pelajar yang menghadiri sekolah menengah khusus dan mengejar cita-cita mereka, bukannya pergi ke kolej seperti orang lain. Mereka akan terdedah dengan pelbagai pengalaman dan belajar tentang cinta, persahabatan, semangat sejati dan membesar dalam persekitaran yang sengit.

Trailer

Main Cast : Kim Yo Han, Choo Young Woo, Jo Yi Hyun, Hwang Bo Reum Byul
Genre: School, Youth, Romance
Episodes: 16 
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Nov-17 to 2022-Jan-06
Air time: Wednesday & Thursday 21:30
Duration: 1 hr. 10 min.


2. Drama Special Season 12: The Effect of a Finger Flick on a Breakup


Kisah percintaan realistik tentang seorang wanita yang ingin disayangi dan seorang lelaki yang tidak tahu bagaimana untuk bercinta. Cha Min Jae ialah Ketua Pegawai Eksekutif MinArt. Walaupun dia seolah-olah memiliki semuanya, dia adalah watak yang tidak tahu memberi atau menerima cinta. Seorang jururawat sekolah, Oh Jin bertekad untuk tidak hidup sunyi seperti ibunya, tetapi dia sedar bahawa dia tidak disayangi dalam hubungannya dan memutuskan untuk menamatkannya.

Trailer

Main Cast : Kang Tae Oh, Shin Ye Eun, Hong Kyung, Ha Yoon Kyung
Genre: Comedy, Romance, Drama
Episodes: 1
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Nov-19
Air time: Friday
Duration: 60 min.


3. 지옥/ Hellbound


Jung Jin Soo, ketua dan pengasas agama baru Saejinrihwe. Dia bercakap tentang fenomena apabila malaikat maut dari Neraka datang dan menyatakan ia adalah wahyu daripada Tuhan. Karismanya yang kuat dan misteri menarik ramai pelbagai pengikut yang pelik dan taksub. Bae Young Jae, pengarah program stesen penyiaran bertekad untuk menyiasat tentang agama Saejinrihwe. Min Hye Jin ialah seorang peguam dan menentang kumpulan "Hwasalchok" ('Arrowhead'), yang terdiri daripada orang yang mengikuti Saejinrihwe secara membuta tuli. Sementara itu, Detektif Jin Kyung Hoon menyiasat misteri di sebalik malaikat maut.

Trailer

Main Cast : Yoo Ah In, Park Jung Min, Kim Hyun Joo, Won Jin Ah
Genre: Mystery, Horror, Drama, Supernatural
Episodes: 6
Broadcast network: Netflix
Broadcast period: 2021-Nov-19
Air time: Friday
Duration: 50 min.


4. 그림자 미녀/ Shadow Beauty


Kerana penampilannya, Koo Ae Jin dibuli di sekolah malah dihina oleh orang yang tidak dikenali. Tetapi selepas sekolah, dia menjalani kehidupan rahsia, dengan solekan tebal dan berjam-jam mengedit foto, dia hidup sebagai Genie, bintang media sosial yang cantik dengan 770K followers. 

Trailer

Main Cast : Shim DalGi, Golden Child’s Choi BoMin, PENTAGON's HongSeok, fromis_9's Lee NaGyung, Heo JeongHee, Baek JiHye
Genre: Romance, Drama
Episodes: 13
Broadcast network: Daum Kakao TV, Viki
Broadcast period: 2021-Nov-20 to 2022-Jan-01
Air time: Wednesday, Saturday
Duration: 20 min.

9 Drama Korea Terbaru November (Minggu 2) 2021

Sunday, November 7, 2021

1. 아이돌 : 더 쿠데타 / IDOL: The Coup


Cotton Candy, kumpulan girl group yang sudah debut selama 6 tahun tetapi tidak popular. Mereka berusaha bertahan dan berjuang demi impian mereka dan mencari jalan untuk mengelakkan kumpulan mereka dibubarkan.

Trailer

Main Cast : Ahn Hee Yeon, Kwak Si Yang, Kim Min Kyu, Ahn Sol Bin, Han So Eun, EXY, Green
Genre: Music
Episodes: 12 
Broadcast network: jTBC
Broadcast period: 2021-Nov-08 to 2021-Dec-14
Air time: Monday & Tuesday 23:00
Duration: 1 hr. 25 min.


2. 어사와 조이 / Secret Royal Inspector Joy



Seorang Inspektor diraja rahsia menyamar sebagai pegawai pemeriksa kawasan untuk menyiasat kes rasuah di Joseon. Dia bertemu dengan seorang wanita yang tidak ortodoks dan baru bercerai. Mereka bekerjasama untuk menyiasat dan mendedahkan ahli politik yang korup.

Trailer

Main Cast : TaecYeon 2PM, Kim Hye Yoon
Genre: Historical, Comedy
Episodes: 16
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2021-Nov-08 to 2021-Dec-28
Air Time: Monday & Tuesday 22:30
Duration: 1 hr. 10 min.


3. 숨은 그 놈 찾기/ Find Me If You Can 



Sebuah romantik-thriller misteri mengenai Sun Jung, yang terjerat dalam hubungan cinta empat hala dan dalam masa yang sama cuba mencari stalker yang obses dan sentiasa mengganggu hidupnya.

Trailer

Main Cast : Park BoYeon, ASTRO’s Rocky, ASTRO’s MJ, Han GiChan
Genre: Thriller, Mystery, Romance
Episodes: 8
Broadcast network: YouTube channel INSSAOPPA G
Broadcast period: 2021-Nov-9 to 2021-Dec-04
Air time: Tuesday, Saturday
Duration: 14 min.


4. 멜랑꼴리아 / Melancholia



Ji Yoon Soo, seorang guru matematik dan pelajarnya, Baek Seung Yoo terlibat dalam skandal seksual dan rasuah di sebuah sekolah menengah swasta dan berprestij. 4 tahun kemudian mereka bertemu semula dan bertekad untuk mendedahkan rasuah di sekolah dan membersihkan semula reputasinya sebagai seorang guru.

Trailer

Main Cast : Im Soo Jung, Lee Do Hyun, Choi Seung Hoon, Jin Kyung, Woo Da Bi
Genre: Romance
Episodes: 16 
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2021-Nov-10 to 2021-Dec-30
Air time: Wednesday & Thursday 22:30
Duration: 1 hr. 10 min.


5. 남고괴담/ The Mysterious Class


Kisah thriller misteri yang mengenai 12 ahli TREASURE yang berada dalam kelas yang sama dan meragui satu sama lain semasa cuba mencari hantu.

Trailer

Main Cast : TREASURE
Genre: Mystery, Horror, Supernatural
Episodes: 8
Broadcast network: TREASURE YouTube channel
Broadcast period: 2021-Nov-12 to 2021-Dec-31
Air time: Friday
Duration: 20 min.


6. 딜리버리/ Delivery


Web drama ini berkisar tentang gadis penghantar makanan, Kwak Doo Shik yang mahir dalam seni mempertahankan diri. Dia bekerjasama dengan Do Ki Hwan, pengurus agensi penghantaran, untuk mencari ibunya. Dalam proses itu, mereka terserempak dengan makhluk asing yang berkomplot untuk menyerang Bumi.

Trailer

Main Cast : (G)I-DLE’s MiYeon, Lee TaeVin, Kim JaeWoon, Z.Flat
Genre: Action, Comedy, Sci-Fi
Episodes: 8
Broadcast network: 스페이스 딜리버리 _ Space Delivery YouTube channel
Broadcast period: 2021-Nov-12 
Duration: 8 min.


7. 지금, 헤어지는 중입니다 / Now, We Are Breaking Up


Ha Young Eun merupakan ketua jabatan reka bentuk di salah satu syarikat fesyen terkemuka negara. Dia telah mencipta nama dan terkenal dalam industri fesyen. Setelah bertemu dengan Yoon Jae Kook, seorang jurugambar bebas yang kaya, mereka telah jatuh cinta antara satu sama lain. Tetapi mampukah mereka mendapat pengakhiran yang bahagia?

Trailer

Main Cast : Song Hye Kyo, Jang Ki Yong, Choi Hee Seo, Kim Joo Hun
Genre: Romance, Melodrama
Episodes: 16
Broadcast network: SBS
Broadcast period: 2021-Nov-12 to 2022-Jan-01
Air time: Friday & Saturday 22:00
Duration: 60 min.


8. 옷소매 붉은 끝동 / The Red Sleeve


Drama ini berdasarkan novel "Red Sleeve Cuff" oleh Kang Mi Kang yang diterbitkan pada 2017 oleh Chungeoram. Ia menceritakan rekod percintaan istana diraja antara Raja Joseon tahun 1700-an yang mendahului  negaranya terlebih dahulu daripada cinta, dan seorang pembantu istana yang berjiwa bebas dan ingin melindungi kehidupan yang dipilihnya.

Trailer

Main Cast : Lee Jun Ho 2PM, Lee Se Young, Kang Hoon
Genre: Romance, Historical, Melodrama
Episodes: 16 
Broadcast network: MBC
Broadcast period: 2021-Nov-12 to 2022-Jan-01
Air time: Friday & Saturday 22:00
Duration: 1 hr. 20 min.


9. 다시, 플라이/ Fly, Again


Dengan impian untuk menjadi seorang selebriti, Han Yo Han memutuskan sudah tiba masa untuk beralih dari seorang penari kepada seorang idol. Dia kemudiannya berpindah ke Hanbit Art High School. Malangnya, banyak perkara terjadi dan tidak berjalan dengan baik di sekolah barunya, terutamanya selepas kemalangan malang yang mencuri impian seumur hidupnya.

Trailer

Main Cast : Lee Jun Ho 2PM, Lee Se Young, Kang Hoon
Genre: Romance, Historical, Melodrama
Episodes: 10
Broadcast network: KAKAO TV, hellolive TV
Broadcast period: 2021-Nov-13 to 2021-Dec-15
Air time: Wednesday, Saturday
Duration: 30 min.


4 Drama Korea Terbaru November (Minggu 1) 2021

Monday, November 1, 2021

1. Dr. Brain (2021)


Diadaptasi dari webtoon popular, mengenai kisah seorang saintis pakar otak yang sentiasa berusaha mengkaji cara dan teknologi baru untuk mengakses pemikiran, memori dan kesedaran otak manusia. Dia kemudiannya menggunakan kemahirannya untuk mengakses memori dari isterinya setelah keluarganya terlibat dalam sebuah kemalangan misteri untuk mengetahui apa sebenarnya terjadi kepada keluarganya.

Trailer

Main Cast : Lee Sun Kyun, Park Hee Soon, Seo Ji Hye, Lee Yoo Young, Lee Jae Won
Genre: Thriller, Mystery, Sci-Fi, Medical
Episodes: 6
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2021-Nov-04 to 2021-Dec-10
Air time: Thursday
Duration: 1 hr. 10 min.


2. 해피니스 / Happiness 


Sejenis virus baru yang membawa maut telah merebak ke seluruh bandar, dan sebuah apartment yang mempunyai kelas sosial berbeza terpaksa ditutup. Setiap penduduk terpaksa bertahan di kediaman yang baru.

Trailer

Main Cast : Han Hyo Joo, Park Hyung Sik, Jo Woo Jin
Genre: Action, Thriller, Fantasy
Episodes: 12 
Broadcast network: tvN
Broadcast period: 2021-Nov-05 to 2021-Dec-11
Air time: Friday & Saturday 22:50
Duration: 60 min.

3. Life of Jung, Lee, Ro, and Woon (2021)


Web Series yang mengisahkan empat sahabat yang merupakan rakan sekelas sekolah rendah yang bertemu semula sebagai ahli majlis wilayah.

Main Cast : Kang Hui, Yoo Hye In, Jung Jun Hwan, Jung Jun Hwan
Genre: Life, Political
Episodes: 15
Broadcast network: Youtube Channel 경기도의회 (Gyeonggi Provincial Council)
Broadcast period: 2021-Nov-05 to 2021-Dec-24
Air time: Wednesday, Friday
Duration: 1 min - 8 min


4. 너의 밤이 되어줄게 / Let Me Be Your Knight

Drama ini mengenai kisah seorang idol popular yang mempunyai masalah somnambulism (sleepwalking) dan seorang doktor yang merawatnya secara rahsia.

Trailer

Main Cast : Jung In Sun, Lee Jun Young,  JR, Yoon Ji Sung, Kim Dong Hyun, Jang Dong Joo
Genre: Romance, Comedy, Music
Episodes: 12 
Broadcast network: iQiyi, SBS
Broadcast period: 2021-Nov-07 to 2022-Jan-23
Air Time: Sunday 23:05
Duration: 1 hr. 10 min.


Drama Review : Mr Sunshine (2018)

Tuesday, July 13, 2021

 


Drama: Mr. Sunshine (English title)

Director: Lee Eung-Bok, Jung Ji-Hyun

Writer: Kim Eun-Sook

Network: tvN

Episodes: 24

Release Date: July 7 - September 30, 2018

Runtime: Sat. & Sun. 21:00

Language: Korean

Country: South Korea


Main Cast 



Sinopsis 

Drama ini berkisar tentang Eugene Choi (Lee Byung Hun) yang dilahirkan dalam keluarga hamba di Joseon. Sewaktu kecil, keluarganya dibunuh dan dia terpaksa melarikan diri menaiki kapal ke Amerika Syarikat semasa Shinmiyangyo tahun 1871 (ekspedisi A.S. ke Korea). 

Setelah dewasa, dia kembali ke tanah airnya sebagai pegawai tentera laut Amerika Syarikat. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan cucu bangsawan, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) yang juga merupakan sebahagian dari Righteous Army (pejuang pemberontak yang menentang penjajah). 

Pada masa yang sama, dia turut terlibat dalam pelbagai komplot oleh Jepun yang ingin menjajah Joseon sepenuhnya.


Review

Kisah bermula dengan Kapten Eugene Choi yang ditugaskan bersama Major Kyle Moore untuk ke Joseon sebagai legasi Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengaruh U.S di Joseon.


Flashback ke tahun 1871 di Joseon, Choi Yu Jin merupakan seorang budak lelaki yang baru berumur 9 tahun yang mana kedua ibu bapanya merupakan hamba kepada keluarga bangsawan. Ibu dan bapanya dipanggil oleh tuannya dan dituduh cuba melarikan diri jadi mereka perlu dihukum bunuh. Ibu Yu Jin cuba menyelamatkan anaknya dengan mengugut bunuh anak perempuan tuannya yang sedang sarat mengandung.


Yu Jin lari dan bersembunyi di sebuah kedai tembikar tetapi tuan kedai tersebut menyerahkan Yu Jin kepada seorang lelaki Amerika, Joseph yang singgah ke kedainya. Joseph menyeludup Yu Jin ke Amerika dan membesarkan Yu Jin di sana.

Kembalinya Yu Jin sebagai Eugene Choi pada awalnya hanya lah sebagai diplomat U.S dan bersikap neutral dalam segala aspek dan hanya menumpukan perhatian pada kerjanya sahaja. Tetapi pertemuan dengan keluarga bangsawan yang membunuh ibu bapanya menimbulkan semula kemarahannya.

Sejak bertemu sniper Go Ae Shin sewaktu ditugaskan untuk membunuh orang yang sama, dia mula kenal dan tertarik dengan Go Ae Shin. Tetapi dia juga mempersoalkan permberontakan dan perjuangan Ae-Shin untuk Joseon.

“I was a slave. 
This country you want to save, 
Who is it for? 
Is there a life for butchers? 
Is there a life for slaves?”


Kim Hee-sung (Byun Yo-han), anak bangsawang terkaya di situ merupakan tunang Ae Shin yang belajar di Jepun dipaksa balik ke Joseon oleh keluarganya untuk mengambil alih bisnes keluarganya dan juga melangsungkan perkahwinannya. Perkahwinan tersebut diatur oleh kedua buah keluarga mereka sejak kecil lagi. Hee-sung pada awalnya hanya nak bersuka ria di situ tetapi tertawan dengan Ae Shin dan cuba memikatnya sebelum mereka berkahwin.


Gu Dong-mae (Yoo Yeon-seok) adalah anak penjual daging yang juga merana dari kecil. Melarikan diri ke Jepun setelah ibu bapanya dibunuh dan dibesarkan dalam keluarga Yakuza, dia kembali sebagai samurai dan bekerja dibawah Musin Society. Juga menyimpan perasaan kepada Ae Shin dan sentiasa memerhati dan melindungi dari  jauh sebab pernah selamatkan dia masa kecil.




Gabungan mantap dari pengarah dan penulis Goblin & Descendants of the Sun antara tarikan utama drama ni. Plot drama ni sarat dengan pelbagai isu yang diketengahkan tentang penjajahan negara, semangat patriotik, cinta, persahabatan diiringi dengan dialog dan lakonan mantap dari semua pelakon. 

Plot drama ini bermula pada tahun 1871, dan sebahagian besar plot berlaku diantara tahun 1894 hingga 1907. Pada masa ini berlakunya peralihan dan perebutan kuasa dalam pemerintahan Joseon. Ramai yang beralih penampilan ke arah yang lebih barat berbanding pakaian tradisional. Lelaki mula berambut pendek dan wanita mengenakan gaun panjang. Banyak sistem baru diperkenalkan dan campur tangan Jepun sangat kuat di Joseon. 


Pacing drama ni agak perlahan dari awal cerita sehingga hujung tetapi sentiasa diselitkan dengan komedi, aksi dan sinematografi yang cantik jadi tak terasa bosan. Banyak mesej yang disampaikan terutamanya tentang perjuangan mereka untuk terus kekal hidup pada zaman penjajahan, penindasan rakyat, dan semangat patriotik untuk Joseon.

Sinematografi dan visual juga sangat cantik untuk setiap scene. Sangat berbaloi dengan budget besar yang diperuntukkan untuk drama ni. 





Mr Sunshine memang highly recommend dan berbaloi ditonton. Sila sediakan banyak tisu juga kalau nak tengok drama ni.


Personal Rating


Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 1
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1

Total Rating = 10 / 10


Drama Review : The Day of Becoming You (2021)

Sunday, June 27, 2021

 


Drama: The Day of Becoming You

Country: China

Episodes: 26

Aired: Jun 17, 2021 - Jun 26, 2021

Aired On: Thursday, Friday, Saturday

Original Network: iQiyi, iQiyi

Duration: 45 min.

Genres: Comedy, Romance, Fantasy


Pelakon

Steven Zhang - Jiang Yi

Liang Jie - Yu Sheng Sheng

Eden Zhao - Shen Bai Zing

Vian Wang - Tong Wei

An Ge - Jiang Da Chuan

Zhou Shi Yuan - Pei Jia Shu



Sinopsis

Jiang Yi, ketua kumpulan idol popular, Little Galaxy dan wartawan hiburan Yu Sheng Sheng, yang mana hari ulang tahun mereka kebetulan pada hari yang sama dan telah tertukar badan setelah terperangkap dalam lif di sebuah hotel. 

Kejadian itu telah mengubah hidup mereka dan pelbagai perkara dilalui bersama dan merapatkan hubungan mereka berdua.


Trailer


Review

Yu Sheng Sheng dan kawan baiknya Tong Hua, bekerja sebagai satu pasukan di syarikat media hiburan. Mereka berdua perlu mendapatkan berita hiburan sensasi terkini untuk menaikkan semula trafik bulanan akaun mereka atau perlu ditutup jika tidak mencapai target. Sheng Sheng kemudiannya mengambil keputusan untuk menyamar sebagai peminat Jiang Yi dan join fan meeting untuk cari peluang nak dapatkan temu ramah eksklusif dari Jiang Yi. Nasib dia baik bila dia menjadi peminat bertuah dan dipilih untuk makan malam bersama Jiang Yi sebab berkongsi tarikh lahir yang sama.



Jiang Yi tak datang pun untuk dinner date malam tu sebab dia terdengar Sheng Sheng bercakap dengan Tong Hua tentang plan mereka. Tetapi keesokan harinya, Jiang Yi trending di media sosial sebab kantoi tak muncul untuk dinner date tersebut dan buat peminatnya menunggu lama. Topik tersebut dah bagi impak negatif dan Jiang Yi terpaksa setuju untuk makan malam sekali lagi dan bagi temu ramah eksklusif untuk Sheng Sheng.

Selesai makan malam dan temu ramah tersebut, mereka turun lif dari tingkat 54 tetapi lif tersebut tersekat dan berhenti. Tiba-tiba lif tu turun mendadak dan laju dan mereka berdua terhempas dan tak sedarkan diri. Keduanya bangun di hospital dan sedar mereka dah tertukar badan. Pelbagai cara dicuba untuk bertukar kembali tapi semuanya tak berjaya, jadi kedua mereka terpaksa tolong menolong satu sama lain sebagai idol dan wartawan.


Konsep drama body swap ni lebih kurang dengan Secret Garden (2010). Drama ni dari awal sampai habis memang penuh dengan gabungan komedi dan romance. Banyak scene best dan lawak terutamanya bila tengok reactions Jiang Yi dan Sheng Sheng tertukar badan. Tak ada part yang cringe atau rasa over sebab mostly real dan logik dan rasa boleh relate bila dalam situasi macam tu. Jiang Yi yang introvert terpaksa berdepan dengan family dan kawan Sheng Sheng. Sheng Sheng pula terpaksa cover semua jadual Jiang Yi sebagai idol sambil cuba untuk faham kehidupan masing-masing. 


Seronok tengok perkembangan drama ni dan boleh nampak perkembangan setiap watak terutamanya Jiang Yi. Relationship antara dua watak utama pun tak rushing dan nampak natural sebab bermula dengan musuh, kemudian kawan baik barulah bercinta. Kisah antara Pei Jia Shu dengan Tong Hua pun seronok tengok. 


Team produksi ni dari drama Find Yourself dan Go Ahead jadi memang tak mengecewakan. Plot drama ni tak berat dan memang konsep body swap dah popular dari dulu tapi drama ni memang digarab dengan baik. Dari segi lakonan dan chemistry, memang Steven Zhang dan Liang Jie mampu bawa watak dengan baik. Dari body languange, facial expression dan banyak small gesture yang buat rasa macam betul-betul mereka tertukar badan. Skrip dan jalan cerita pun logik dan tak draggy sangat.


Semua OST dalam drama ni pun best. Dua OST dalam drama ni dinyanyikan oleh Liang Je (Whisper) untuk opening song dan Steven Zhang (My Soul) untuk ending song. Sesuai dengan tema drama ni, banyak sound effect yang dimasukkan untuk menambah rendah elemen komedi dan romantik. Mungkin ada yang terasa annoying dengan sound effect ni tapi mostly berjaya untuk buat scene tu lebih dramatik.


Personal Rating


Team Production + 1
Storyline + 0.9
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 1
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 1

Total Rating = 9.8 / 10

Drama Review : In Family We Trust (2018)

Tuesday, March 9, 2021


Drama: In Family We Trust

Also Known As: Blood Isn't Always Thicker Than Water , Leaut Kon Khon Jaang , Luead Khon Kon Jang

Country: Thailand

Episodes: 18

Aired: Sep 14, 2018 - Nov 10, 2018

Aired On: Friday, Saturday

Original Network: GMM One

Duration: 60 min.

Genres: Mystery, Drama, Family


Cast :

Songsit Roongnophakunsri as Prasoet, the family's eldest son and CEO of the family business, Jirananta Hotel

Saksit Tangthong as Met, the second son, a stay-at-home single parent

Kathaleeya McIntosh as Phatson, the third child and only daughter, Managing Director of the Jirananta Hotel Pattaya

Sopitnapa Choompanee as Chris Chen, Prasoet's wife

Apasiri Nitibhon as Nipha, Prasoet's mistress/second wife who is undergoing treatment for cancer

Phollawat Manuprasert as Wichian, Phatson's husband, a police commissioner

Nappon Gomarachun as A-gong (grandfather), the family patriarch

Patravadi Mejudhon as A-ma (grandmother)

Kejmanee Wattanasin as Namphueng, Konkan's wife, a former actress

Supoj Chancharoen as Konkan, the youngest son

Pimmara Charoenpakdee as Phim

Thanapob Leeratanakajorn as Yi, Phatson's eldest son who owns a hairdresser's

Krissanapoom Pibulsonggram as Pete, Prasoet and Chris's son doing a master's degree in Hong Kong

Teeradon Supapunpinyo as Vegas, Konkan's elder son, a university student

Chonlathorn Kongyingyong as Ern, Phatson's second son, who helps manage the Pattaya hotel's theatre

Lapat Ngamchaweng as Tao, Phatson's third son, an actor

Sivakorn Adulsuttikul as Kuaitiao, the orphaned grandson who lives with A-gong and A-ma

Paris Intarakomalyasut as Chi, Prasoet and Nipha's son

Jackrin Kungwankiatichai as Toei, Phatson's youngest son, a secondary school student

Vachirawich Aranthanawong as Macao, Konkan's younger son

Sawanya Paisarnpayak as Meimei, Met's daughter

Kanyawee Songmuang as Kim, Yi's girlfriend

Pitisak Yaowananon as the police inspector

Chavalit Chittanant as the police lieutenant

Thaneth Warakulnukroh as Somphong, the private detective




Sinopsis

Keluarga Jiraanan adalah sebuah keluarga etnik Cina yang kaya, dan keluarga besarnya merangkumi tiga generasi. Datuk (Ah gong) dan Nenek (Ah ma) mempunyai lima orang anak. Prasoet, anak sulung, mengetuai perniagaan keluarga, Jirananta Hotel, dan menguruskan hotel paling besar di Bangkok, sementara Phatson, satu-satunya anak perempuan, menguruskan cawangan hotel di Pattaya. Met, anak kedua, tidak bekerja, sementara anak bongsu Konkan menjalani gaya hidup playboy. Di antara mereka (dan anak kelima yang telah meninggal dunia), mereka mempunyai sembilan anak generasi ketiga.

Tak lama setelah mereka menyambut ulang tahun Ah gong, dia telah meninggal dunia. Setelah pembacaan wasiat, Phatson tak puas hati kerana dia dikecualikan dari warisan hotel dan hanya diberi sejumlah duit. Kesemua bahagiannya telah diwariskan kepada cucu lelaki pertama dari anak lelaki iaitu Pete.

Tak lama selepas itu, dia bertengkar dengan abangnya, Prasoet mengenai pengurusan hotel mereka. Prasoet kemudian ditemui mati ditembak di bilik tidurnya, dan Phatson menjadi suspek utama. Isteri Prasoet, Chris juga menjadi salah salah satu suspek dalam kes ini. Kesemua anak mereka terutama Pete dan Yi berusaha dengan cara mereka tersendiri untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan misteri itu.


Review

Masa nak tengok drama ni memang tak letak expectation tinggi sebab drama ni di bawah production Nadao Bangkok, bekerjasama dengan The One Enterprise dan 4Nologue untuk promote kumpulan Nine by Nine (9x9). 

Diawal cerita memang agak confusing sebab terlampau banyak watak dan tak ada pengenalan untuk setiap watak. Cuma ada sesi bergambar ikut keluarga jadi boleh cam sikit-sikit. Terpaksa juga tengok dengan speed biasa sebab confuse nama-nama watak yang lebih kurang sama walaupun dah kenal semua ahli group 9x9. 


Family tree keluarga Jiraanan


Ringkasan Salasilah keluaga Jiraanan.

Ah Gong, Ah Ma

Anak Sulung : 

Prasoet Jiraanan, isteri pertama, Chris dan anak lelaki, Pete, isteri kedua, Nipha dan anak lelaki, Chi


Anak Kedua : 

Met, dan anak perempuannya Mei Mei (isterinya dah meninggal dunia)


Anak Ketiga : 

Phatson, suaminya dan 4 orang anaknya, Yi, Earn, Tao and Toey.


Anak Keempat : 

anak perempuan tapi dah meninggal, Kuaitiao (tinggal bersama Ah Gong, Ah Ma)

 

Anak Kelima : 

Konkan, isterinya dan dua anak lelaki iaitu Vegas dan Macao


Di awal episode 1 nampak semuanya bahagia berkumpul untuk menyambut ulang tahun Ah Gong. Semuanya hadir untuk makan malam bersama kecuali Pete yang tengah belajar di Hong Kong tapi dia bagi ucapan untuk Ah Gong melalui video call. 




Konflik bermula lepas sahaja wasiat Ah Gong dibaca dimana Phatson sangat sedih dan tak berpuas hati dengan pembahagian harta ayahnya. Dia hanya dapat sejumlah duit tanpa dapat syer saham untuk hotel yang dia dah bangunkan selama 20 tahun tu.


Dia cuba untuk tuntut hak dia tapi tak dilayan abangnya jadi dia tarik semua klien dan staff hotel yang dia percaya. Abangnya kemudian bertindak untuk memecat Phatson dan semua pekerja Phatson juga. Dia sangat marah dan memandu dari Pattaya ke Bangkok untuk berjumpa abangnya. Tapi apa yang dia jumpa adalah Prasoet yang berlumuran darah dan mati ditembak di bilik tidurnya. Phatson kemudiannya menjadi suspek utama kes pembunuhan abangnya kerana motif yang kuat.



Keluarga besar ni kemudiannya saling tuduh menuduh dan curiga antara satu sama lain walaupun rapat dari kecil sampai besar. Rahsia yang masing-masing simpan pun terbongkar sedikit demi sedikit. Semua pun masih tertanya-tertanya siapa pembunuh sebenarnya sebab semua pun mencurigakan dan ada motif untuk membunuh.



Plot dan jalan cerita drama ni agak perlahan diawal drama tapi sentiasa terselit plot twist dan suspense masa menonton. Tambah pula dengan variasi muzik orkestra sebagai penambah rasa dalam setiap scene memang buat jadi tak senang duduk. Flow cerita ni pun disusun cantik jadi tak terlalu bosan. Lakonan pun mantap dari barisan pelakon lama yang memang terkenal. Lakonan dari ahli group 9x9 pula tak semua memberansangkan tapi lakonan Yi (Tor Tanapon) dan Pete (Jaylerr) memang mantap dan mampu bawa watak mereka dengan baik. 


Personal Rating


Team Production + 0.8

Storyline + 0.9

Genre + 1

Casting & Acting + 0.8

Editing + 0.9

Visual + 0.8

Themes + 1

Music/Soundtrack + 0.8

Social Message + 1

Personal Thoughts + 1


Total Rating = 9 / 10

Drama Korea Tahun 2012 bertemakan Time-Travel

Sunday, March 7, 2021

Drama bergenre Time-Travel ni memang tidak asing lagi dan sentiasa diminati ramai. Drama fiksyen ini sentiasa memberikan hiburan tersendiri apabila watak utama harus kembali ke masa lalu atau bahkan ke masa depan samada untuk membuat pilihan semula atau yang hidup di dunia moden tetapi dilemparkan ke masa lalu dan sebaliknya.


Dibawah antara senarai Drama Asia yang berkonsepkan Time Travel yang menarik.


Queen In Hyun's Man (2012)


Drama: Queen In Hyun's Man
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 18, 2012 - Jun 7, 2012
Original Network: tvN
Duration: 45 min.
Genres: Historical, Comedy, Romance, Supernatural


Drama yang romantis dan bersejarah ini adalah berdasarkan kisah peribadi seorang permaisuri, Queen In Hyun pada era Joseon 300 tahun yang lalu, yang digulingkan dan diasingkan oleh suaminya, Raja Sukjong, diatas usaha seorang gundik diraja yang licik iaitu Lady Jang.


Raja akhirnya sedar bahawa permaisurinya tidak bersalah dan menyesal kerana telah menghantar permaisurinya ke tempat asing untuk menjalani hukuman.


Kejadian ini memecahkan kerajaan pada masa itu kepada dua pihak iaitu yang menyokong permaisuri dan yang membantu gundik diraja, Lady Jang tersebut untuk menjadi permaisuri yang baru.


Kedua-dua pihak itu berperang dengan sengit, diantara mereka yang menyokong Lady Jang, dan mereka yang berusaha mengembalikan semula permaisuri ini. 


Kim Boong Do adalah salah seorang cendekiawan yang telah menyokong pengembalian takhta Queen In Hyun, Usahanya mendapat pelbagai cabaran dari pihak yang bertentangan sehinggalah ke cubaan membunuh dia dan keluarganya.



Dia menempuh perjalanan 300 tahun ke masa hadapan ke Seoul dan bertemu dengan Choi Hee Jin, seorang pelakon biasa yang mengharapkan kariernya akan berjaya melalui lakonannya sebagai Ratu In Hyun dalam sebuah drama TV. Dengan menggunakan pengetahuannya tentang masa depan, dia mula mengubah masa lalu, tetapi dengan itu juga timbul akibat yang tidak dijangka.


Drama ini diantara drama yang masih lagi menjadi sebutan sehingga hari ini kerana fast-paced plot dan jalan cerita yang menarik dari awal cerita hingga ke penghujung ditambah dengan pelbagai scene romantik, komedi dan aksi.


Trailer :



Rooftop Prince (2012)


Drama: Rooftop Prince
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Mar 21, 2012 - May 24, 2012
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Historical, Mystery, Comedy, Romance, Drama, Supernatural


Rooftop Prince menceritakan kisah Putera Mahkota Yi Gak (Park Yoo Chun) pada era Joseon yang dibawa ke masa hadapan tahun 2012 iaitu Seoul bersama tiga pengawal rapatnya, dan mereka mendarat tepat di tengah-tengah apartmen atap rumah Park Ha (Han Ji Min). 


Dia kemudian menemui seorang wanita bernama Se Na (Jung Yu Mi) yang kelihatan seperti isterinya yang mati lemas di Joseon. 


Mereka dalam proses untuk menyiasat punca isterinya mati lemas yang disyaki pembunuhan semasa di Joseon. Disebabkan itu, mereka segera percaya bahawa mereka telah dihantar ke masa depan untuk mencari pembunuh Putri Mahkota itu, terutama setelah melihat Hong Se Na, yang mirip mendiang Putri Mahkota. 



Dan apabila semua orang menganggapnya sebagai cucu CEO yang hilang, dia mengambil kesempatan juga untuk mengungkap misteri di sebalik kemiripan mereka.


Drama ini seronok ditonton walaupun bergenre romantik komedi tetapi plot dikembangkan dan digambarkan dengan baik. 


Trailer :




Time Slip Dr. Jin (2012)


Drama: Time Slip Dr. Jin
Country: South Korea
Episodes: 22
Aired: May 26, 2012 - Aug 12, 2012
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Historical, Romance, Medical, Fantasy


Jin Hyuk adalah seorang pakar bedah saraf yang genius tapi bersikap dingin dan kurang berinteraksi dengan orang lain. Dia mempunyai tunang yang cantik, Dr. Yoo Mi-Na dan bersedia untuk melamar tunangnya. Tetapi kejadian pelik mula berlaku setelah dia mengeluarkan janin dari cranium pesakit, termasuk kecederaan tunangnya.


Sambil berehat di bumbung hospital, dia secara tidak sengaja jatuh dan bangun semula di Joseon, tidak menyedari di mana dia berada atau bagaimana dia sampai di sana.




Dia mula merawat orang-orang di sana, tetapi kekurangan alat yang diperlukan dan pengetahuan perubatan yang cetek penduduk pada masa tu memaksanya untuk mencari cara baru untuk membantu orang sakit. Melalui proses yang mencabar ini, Jin Hyuk akhirnya belajar menjadi doktor yang sebenar.


Trailer :




Faith (2012)


Drama: Faith
Country: South Korea
Episodes: 24
Aired: Aug 13, 2012 - Oct 30, 2012
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 3 min.
Genres: Action, Historical, Romance, Drama, Medical, Fantasy


Drama ini berkisah tentang seorang pejuang dari Zaman Goryeo, 700 tahun di masa lalu, seorang doktor wanita dari masa kini, dimana cinta mereka melampaui masa dan ruang.


Drama ini berkisar pada zaman Goryeo. Seorang putera mahkota yang dipaksa tinggal di Yuan (China), kembali ke Goryeo bersama isterinya, seorang puteri Yuan, untuk menjadi Ratu dan Raja Goryeo kerana dinasti Yuan yang lebih berkuasa menghendakinya.


Dalam perjalanan dari Yuan ke Goryeo, mereka telah diserang dan permaisurinya hampir mati ditetak. Masih hidup, satu-satunya harapan mereka adalah melalui tempat lagenda yang disebut "Heaven's Door" di mana legenda mengatakan bahawa disana terdapat seorang doktor hebat dengan kemahiran penyembuhan yang tinggi.


Kapten Wuldachi melalui pintu tersebut dan memasuki masa depan. Dia masuk ke seminar doktor dan menemui seorang doktor wanita, Yoo Eun-Soo yang menerangkan prosedur pembedahan kosmetik baru. Dia menculiknya dan kembali ke Goryeo. Doktor tersebut berjaya menyelamatkan nyawa permaisuri dan menjadi dihormati dan dikehendaki oleh raja dan musuh-musuhnya.



Cinta berkembang antara Dr Yoo Eun-Soo dan Kapten Wuldachi tetapi banyak halangan mereka dalam tugasnya untuk melindungi takhta raja dan negaranya.


Faith bukan hanya drama bersejarah tapi juga mempunyai unsur magik dan fantasi yang padat dengan plot politik, cinta dan kesetiaan, persaudaraan dan juga nilai persahabatan.


Trailer :





Operation Proposal (2012)


Drama: Operation Proposal
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 8, 2012 - Mar 29, 2012
Original Network: TV Chosun
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Friendship, Romance, School, Sports, Fantasy



Drama ini menceritakan kisah di sebalik dua rakan baik yang tidak pernah mempunyai keyakinan untuk mengejar impian mereka, lebih-lebih lagi keberanian untuk mengejar orang yang mereka cintai.


Drama ini merupakan remake dari drama Jepun, Proposal Daisakusen, yang disiarkan pada tahun 2007.


Baek-Ho (Yoo Seung-Ho) and Yi-Seul (Park Eun-Bin) dah berkawan rapat selama 20 tahun dan akhirnya Yi Seul berkahwin dengan jurulatih baseball mereka, Kwon Jin Wo. Selepas majlis perkahwinan, Baek-Ho terjumpa surat cinta Yi Seul untuknya semasa sekolah menengah dan menyesal sebab tak confess kepada Yi Seul sepanjang 20 tahun mereka berkawan sebab terlalu takut kena reject.



Ketika itulah Baek-ho bertemu dengan seorang lelaki misteri, datang duduk di sebelahnya di buaian taman permainan, yang memperkenalkan dirinya sebagai Konduktor Masa. Dia memberikan peluang untuk Baek-Ho kembali ke masa lalu untuk mengubah masa depan, dan mendapatkan cinta sejatinya dan perbetulkan kesilapannya.



Trailer :