Showing posts with label Daily Life. Show all posts
Showing posts with label Daily Life. Show all posts

Shopping Buku di Shopee 7.7 Mid year Sale

Monday, July 12, 2021

Setelah sekian lama tak menjejak mana-mana kedai buku semenjak pkp ni, jadi memang target nak beli online sahaja buku-buku baru atau preloved, nak tambah koleksi buku yang sedia ada. 

Ternampak pula ada sale Shopee 7.7 jadi memang terus search sale buku dekat Shopee ni.


Kalau pergi dekat bahagian Kategori, dah memang ada khas bahagian Games, Books & Hobbies. Boleh pilih ikut Penerbit atau Kedai buku tu sendiri. Masing-masing ada tawarkan banyak sale yang menarik. Memang banyak pilihan yang ada.




Lepas puas scroll semua buku yang ada, dapatlah checkout beberapa buah buku yang menarik. 

Ni antara hasil memborong buku dekat Shopee ni. 


Buku Fixi Official Store



KarnaDya Publishing



KEDAI ANAASA



Seronok sangat dapat shopping semua buku-buku ni. Harga pun berbaloi dari RM7 - RM15 sebuah. Caj penghantaran semua free sebab dapat guna voucher 7.7 dari Shopee. Delivery pun tak lama dalam 2- 3 hari dah sampai ke rumah walaupun tengah Pkpd ni.

Condition semua cantik dan tak ada rosak apa-apa sebab semuanya guna bubble wrap tebal jadi memang puas hati dapat beli dekat shopee ni.

Kalau ikutkan banyak buku yang dah aim nak beli tapi mungkin boleh simpan untuk next sale pula. Harapnya cukuplah koleksi terbaru ni untuk pembacaan sepanjang pkp ni ataupun sementara tunggu next sale.


Jom Join GiveAway Blog ShalimarYusofDotcom

Saturday, July 10, 2021

 Jom join dan meriahkan Giveaway ni ! 




Syarat penyertaan pun senang sahaja. Boleh refer dibawah.


Syarat Penyertaan

1. Membuat 1 entry bertajuk "Jom Join Giveaway Blog ShalimarYusofDotCom"

2. Isi Entry mestilah menarik rakan-rakan lain untuk menyertai. Boleh copy banner giveaway.

3. Selepas publish bolehlah tinggalkan link entry di bahagian komen. Nanti bolehlah Sha blogwalking ke blog anda.

4. Tempoh giveaway adalah selama 1 bulan bermula 4 Julai 2021 hingga 4 Ogos 2021.

5. Pemenang akan dipilih secara random.org.

6. Kepada BAKAL PEMENANG. Selepas menerima hadiah, anda perlu kongsikan tentang hadiah di media sosial sama ada instagram ATAU facebook peribadi anda.

Kebaikan Ucapan Salam dan Selamat Pagi - Good Morning!

Tuesday, March 2, 2021





Tak semua orang mempraktikkan ucapan Salam atau Selamat Pagi kepada orang sekitar terutamanya tempat kerja. Tapi sebenarnya ucapan ni sangat berkesan untuk memulakan hari yang lebih positif dan ceria.

Assalamualaikum w.b.t
Good Morning!

Ni antara sebab kenapa perlunya kita praktikkan ucapan Salam dan Selamat pagi.

1. Salah satu adab asas
Bertanya khabar ni memang kita sedia maklum adalah salah satu cara berbudi bahasa dan mengeratkan silaturrahim sesam kita. Ucapan salam sama nilainya dengan perkataan "tolong" dan "terima kasih" yang wajib dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Mungkin nampak macam benda yang kecil tapi impaknya besar kalau dipraktikkan setiap hari.

2. Ianya percuma 
Tak ada bayaran dikenakan pun untuk mulakan ucapan selamat pagi dengan orang lain. Mungkin untuk yang takut-takut nak mulakan, boleh bermula dengan senyuman dulu. Jangan masamkan muka dan bawa masalah dari rumah ke tempat kerja.

3. Mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni
Sekiranya semua orang terutama di tempat kerja dari boss sampai kebawah mempraktikkan permulaan hari dengan salam, selamat pagi dan senyuman, pasti suasana menjadi lebih tenang dan semua merasa dihargai.


4. Mengurangkan rasa janggal
Sekiranya kita perlu untuk bercakap dengan seseorang di kemudian hari, kita tak akan rasa janggal nak mulakan perbualan kalau kita dah sapa ketika mereka masuk. Komunikasi ditempat kerja akan menjadi baik dan mungkin kita akan dapat kenal rakan sekerja dengan lebih baik (bukan gosip kosong ya).

5. Kita mungkin menggembirakan seseorang
Mungkin dalam tak sedar, kita sebenarnya dah menggembirakan seseorang walaupun hanya dengan senyuman dan ucapan salam. Tak semua orang dapat mulakan hari dengan tenang. Mungkin ada sahaja perkara terjadi yang boleh mengubah mood kita setiap hari.

6. Meningkatkan sosial skill seseorang
Bermula lah dengan benda kecil dahulu. Kalau setiap hari kita mulakan dengan senyuman dan ucapan salam, mungkin lama-lama kita akan terbiasa dengan sikap ni dan mampu untuk ketahap seterusnya seperti memberi pujian ikhlas, dan dapat berinteraksi dengan berkesan.



Kebaikan mengucapkan selamat pagi kepada orang lain.

1. Memberi imej baik dan positif kepada kita dan orang sekeliling.

2. Memberi harapan dan dorongan untuk mendapatkan hari yang lebih baik.

3. Menjaga kesopanan sesama kita.

4. Considerate terhadap orang lain dan diri sendiri. Mencerminkan sikap murah hati.

5. Menyumbang persekitaran yang harmoni dengan peningkatan komunikasi yang baik.

6. Salah satu kaedah terbaik untuk mulakan perbualan.

7. Menunjukkan tanda penghargaan dan kasih sayang kepada yang mendengar.


Jadi mulakanlah hari anda dengan senyuman, ucapan salam dan selamat pagi kepada orang sekitar anda.


Spread love and you will receive love, that by giving you are the one who benefits more.

Top 10 Blog Entry Challenge

Monday, February 22, 2021


Hi All,



Setelah kekeringan idea dan tak tahu apa nak post, so try la google and scroll Pinterest.

Then nampak banyak blog challenge yang menarik. Jadi setelah diubah suai sedikit dapatlah senarai seperti di bawah. Fokus challenge ni lebih kepada entertainments.



List of Blog Challenges


  1. Top 10 Favourite Movies of All Time
  2. Top 10 Favourite Dramas/TV Series of All Time
  3. Top 10 Favourite Quotes
  4. Top 10 Favourite Reality Shows
  5. Top 10 Favourite Anime
  6. Top 10 Favourite Actors
  7. Top 10 Favourite Actress
  8. Top 10 Favourite Characters
  9. Top 10 Favourite Solo Artists
  10. Top 10 Favourite Bands
  11. Top 10 Favourite Idol Groups
  12. Top 10 Favourite Songs
  13. Top 10 Favourite OSTs
  14. Top 10 Favourite Books
  15. Top 10 Favourite Authors
  16. Top 10 Favourite Manga/Manhua
  17. Top 10 Favourite channel on Youtube?
  18. Top 10 Favourite Animals
  19. Top 10 Favourite Foods
  20. Top 10 Fashion Trends I Like
  21. Top 10 Website you read regularly
  22. Top 10 people I look up to/Respect Most
  23. Top 10 Things I Don’t Own but Want to
  24. Top 10 of my favourite things
  25. Top 10 Dumb things I Buy
  26. Top 10 Favourite Brands
  27. Top 10 Apps on my Phone
  28. Top 10 Things I Fear
  29. Top 10 likes & dislikes
  30. Top 10 Things I Hope to Have In Future

Kenapa Top 10? 5 macam sikit sangat, lebih dari 10 macam banyak sangat so 10 just nice.


Harapnya dapatlah siapkan semua entri ni. 


Kalau ada yang nak join silakan. ^_^


GIVEAWAY VEKTOR 2.0 BY CUYA


Yayy Giveaway lagi.


Thank you for the invitation. Jom join giveaway ni. Masih sempat lagi nak join sebab tarikh tutup giveaway ni 3 Mac 2021.


Klik Banner ni untuk join.





Done jadi follower Blog & Instagram.


Best of luck.


Vaseline Whitening Gel Fresh & Hydrated Bamboo

Friday, February 19, 2021

Minggu lepas masa shopping dekat Guardian ternampak produk ni sebab memang niat nak beli lotion baru. Lepas dah lama membelek dan compare semua jenis lotion dan pelembab dekat situ then decide nak ambil Vaseline Whitening Gel Fresh & Hydrated Bamboo Extract ni sebab tengah promotion.

Sebelum ni memang pakai Petroleum Jelly dan Vaseline lotion tu jadi memang minat brand vaseline ni.



GAMBAR PRODUK


INGREDIENTS



>> Water, Ethylhexyl Methozycinnamate, Glycerin, Niacinamide, Butyl Methoxydibenzoylmethane, Aloe Barbadensis Leaf Juice Powder, Lactic Acid, Dimethicone, Cyclopentasiloxane, Menthol, Petrolatum, Acrylates/C10-30 Alkyl Acrylate Crosspolymer, Perfume, Triethanolamine, Disodium EDTA, Methylparaben, Propylparaben, Potassium, Sorbate, Phenoxyethanol.

Vaseline Whitening Gel ni ada 3 jenis :

  1. Fresh & Radiant Whitening Gel Rice Water
  2. Fresh & Hydrated Whitening Gel Bamboo Extract
  3. Fresh & Youthful Whitening Gel Ginseng


Vaseline® Healthy Bright Fresh & Bright UV Niacinamide Lotion comes in a cooling lightweight gel lotion designed for hot and humid climates that instantly absorbed and cools your skin


Clinically formulated with menthol and natural aloe for cool and refreshed skin


10x Vitamin B3* to distrupt the build up of melanin, boosting the skin's natural radiance and clarity


87.5% protection against sun damage


Visibly brighter skin in just 2 week


Infused with micro-droplets of Vaseline® Jelly to lock moisture deep within', restoring skin's natural balance


Best For: Dull Skin, Dry Skin


*VS Vaseline Sun+Pollution Protection Lotion **Based on instrumental test



Based on clinical test SPF8 offers 87.5% protection from sun

‘Within epidermis


Gel ni tak likat sangat dan agak berair tapi yang bestnya sangat cepat meresap dalam kulit. Baunya pun wangi sangat. Sesiapa yang tak minat sangat pakai lotion sebab creamy dan lambat resap memang sesuai guna gel ni.


Bila sapu tu rasa sejuk berangin sikit jadi memang kena la dengan namanya Fresh & Hydrated. Masa beli tu memang pilih gel bamboo ni untuk lembabkan kulit sebab kulit memang cepat kering duduk dalam aircond setiap hari.

Setakat ni baru 1 minggu pakai jadi tak terasa lagi kesan lagi (makin putih/ lembap). Tapi rasanya tak nak pakai lotion dah lepas jumpa gel ni. Lepas ni boleh la nak cuba guna Gel Rice Water dan Ginseng pula.


thes's Love Giveaway

Wednesday, February 17, 2021

My first Giveaway Entry.

Jom join dan meriahkan giveaway ni. Klik Banner untuk Join.





Salam AidilAdha 10 Zulhijjah 1441H

Friday, July 31, 2020


Selamat Hari Raya Aidiladha buat Muslimin dan Muslimat. Kepada yang tak dapat balik kampung jangan bersedih dan kepada mereka yang balik ke kampung sila berhati-hati lah ya di jalan raya.


Tahun ni berlainan sedikit sambutan Hari Raya AidilAdha sebab beraya dalam norma baharu, pandemik Covid-19 jadi jagalah diri dan follow SOP yang betul.


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA