Showing posts with label Buku. Show all posts
Showing posts with label Buku. Show all posts

Tahniah kepada Pemenang Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Friday, October 15, 2021

 


Akhirnya, Book Giveaway ni secara rasminya tamat setelah sebulan berlangsung dari 9.9.2021 sehingga 10.10.2021. 


Seramai 12 blogger yang dah join giveway ni. Jutaan terima kasih kepada semua blogger yang support dan join first giveaway ni.





SENARAI PESERTA GIVEAWAY


Tiara Sapphire

https://www.tiarasaphire.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Farrah MF

https://famf-tower.blogspot.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Bola Katok

https://www.bolakatok.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Sha Mohamed

https://kasihkuamani.blogspot.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html?m=0


Ammi

https://nestumsusu.blogspot.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Farhana Jafri

https://www.farhanajafri.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Syaz Rahim

https://www.syaznirahim.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


NaSa

https://www.nasamenulis.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Ibucida

https://www.ibucida.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Syu Deris

https://www.syuderis.com/2021/09/4-book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Shikin Razali

https://www.shikinrazali.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html


Muhammad Naim Abdullah

https://pemudattbc.blogspot.com/2021/09/book-giveaway-1styearwithshopee-by.html



Seperti yang dijanjikan, 3 pemenang bertuah akan dipilih dari senarai diatas akan menerima dua buah buku Preloved / Baru pilihan sendiri. Pemilihan pemenang dibuat secara random menggunakan wheelofnames.com.



Senarai Pemenang seperti berikut:


PEMENANG BERTUAH PERTAMA:


PEMENANG BERTUAH KEDUA:


PEMENANG BERTUAH KETIGA:



TAHNIAH ! TAHNIAH ! TAHNIAH !


Untuk para pemenang, sila follow step ni untuk claim hadiah anda.

  1. Pilih dua buah buku yang berminat di SINI.
  2. Emailkan details berikut kepada farihajafri94@gmail.com:
    - Nama penuh
    - Alamat Surat Menyurat
    - No Telefon
   - Senarai 2 buah buku pilihan (Jika ada buku yang sama dipilih antara para pemenang, saya akan pilih yang terpantas email dulu, jadi kalau tak available kena tukar buku yang lain)


Tahniah kepada semua pemenang. Yang tak berjaya, InshaAllah jika ada rezeki akan diadakan lagi giveaway di masa akan datang. Semua peserta juga akan dimasukkan ke dalam senarai Bloglist bermula hari ini.



Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com

Thursday, September 9, 2021

Alhamdulillah, sedar tak sedar dah setahun buka kedai Online dalam Shopee ni. Sambil shopping sambil menjual juga. Tahun lepas mula setup kedai shopee ni sebab nak let go buku dan novel-novel yang dah menimbun dalam bilik. 

Jadi, untuk celebrate #1stYearwithShopee ni, nak buat Book Giveaway untuk yang berminat.

Giveaway berlangsung dari 09 September 2021 - 10 Oktober 2021.




Syarat-syarat penyertaan giveaway ini.

1) Follow blog www.farihajafri.com

2) Follow kedai Shopee di SINI.

3) Jemput Follow akaun social media yang lain.

4) Buat satu post bertajuk "Book Giveaway #1stYearwithShopee by farihajafri.com". Letak banner di atas beserta link ke post ini. 

5) Ceritakan sikit tentang 2 buah buku terbaik yang pernah anda baca.

6) Tinggalkan link pernyertaan di ruangan komen post ini.


Itu sahaja.


Hadiah Giveaway :

Dua buah buku Preloved / Baru pilihan sendiri dari kedai Shopee ni untuk 3 pemenang bertuah (dipilih secara random setelah Giveaway ni tamat).

Pengumuman pemenang akan dibuat selewatntya seminggu selepas Giveaway tamat.


Good luck kepada semua yang join. :)




Tips Menjaga Koleksi Buku Supaya Tidak Mudah Rosak

Tuesday, August 10, 2021


Setiap buku amat berharga terutamanya kepada pencinta dan pengumpul buku. Jadi penjagaan buku amatlah penting untuk memelihara buku dari cepat rosak dan merendahkan nilai buku tersebut. Buku yang dijaga baik boleh disimpan untuk bacaan dimasa akan datang dan juga bernilai untuk dijual semula.


Dibawah ni terdapat beberapa tips untuk menjaga koleksi buku supaya tidak mudah rosak.


Cara Penyimpanan Buku


Membalut buku dengan pembalut plastik supaya dapat tahan lebih lama dan memelihara cover buku tersebut. Biasakan balut terus semua buku yang baru dibeli.




Susun buku di rak atau almari buku supaya nampak kemas dan cantik mata memandang. Koleksi buku memerlukan rak buku khas untuk simpan semua buku yang ada. Jika mampu, boleh beli rak atau almari buku bercermin untuk elak buku mudah berhabuk atau berdebu. Terutamanya jika ada haiwan peliharaan yang boleh bermain cakar atau menggigit buku sampai rosak.



Atur buku secara menegak dan didirikan. Tulang buku perlu menghadap ke luar jadi senang untuk mencari buku yang diingini. Tapi untuk buku hardcover boleh disusun secara baring supaya tulang buku tak rosak.


Letak penghadang buku kalau buku yang disusun masih tak penuh dalam rak. Buku boleh sentiasa terjatuh atau berada dalam kedudukan senget sepanjang masa. Lama kelamaan buku tak dapat berdiri dengan baik dan rosak.


Susun buku mengikut kategori supaya senang nak mencari buku. Ikut kreativiti sendiri untuk menyusun koleksi buku yang ada. Boleh susun mengikut genre buku seperti novel fiksyen cinta, novel seram, indie, buku - buku islamik, motivasi, puisi, biografi, buku resepi, majalah dan sebagainya. Boleh juga susun mengikut terbitan buku tersebut seperti Fixi, Karangkraf, Karya Seni, Telaga Biru, Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi. Ada juga yang menyusun buku mengikut nama penulis buku, siri / edisi buku-buku tersebut.



Simpan semua buku pada suhu bilik dan jauhkan buku dari cahaya matahari secara terus untuk elakkan buku cepat kekuningan. Buku yang lama terdedah kepada haba akan menyebabkan buku mudah terlerai, melengkung dan permukaannya tidak rata. Warna cover buku juga akan cepat pudar. Buku yang dalam keadaan lembap pula mudah dijangkiti fungus atau kulat menyebabkan bau hapak dan permukaan berbintik.


Selalu bersihkan buku supaya tidak berdebu dan berhabuk. Sapu habuk pada buku menggunakan bulu ayam atau kain lap bersih secara berkala sekurang - kurangnya sebulan sekali.


Awasi serangga perosak seperti tikus, anai-anai dan lipas. Beberapa petua boleh diamalkan untuk menghindarkan makhluk perosak ini. Tabur atau letakkan beberapa kapur barus di rak buku. Letak lada sulah atau lada putih dalam kain di rak atau boleh juga letak arang. Selain itu, untuk jangka masa panjang, boleh gunakan silica gel untuk mengurangkan kelembapan pada buku.





Cara Pembacaan Buku


Basuh tangan sebelum memegang mana-mana buku. Pastikan tangan kering sebelum pegang buku. Kotoran dan air senang meresap kedalam buku dan akan tinggalkan kesan kekal. Elakkan tabiat 


Elakkan baca buku sambil makan atau minum. Jauhkan makanan atau minuman semasa membaca untuk elakkan risiko tertumpah keatas buku dan jadikan buku tu mengembang dan rosak.


Tidak menconteng dan mengoyak buku tersebut. Tak kisah la buku genre apa pun, elakkan tabiat suka menconteng atau koyak mana-mana bahagian buku supaya buku tersebut tiada cacat cela. Boleh guna sticky note atau buku nota untuk mencatat apa-apa dari buku tersebut.


Menggunakan penanda buku / bookmark setiap kali membaca. Jangan biasakan melipat sudut buku untuk menandakan bacaan akhir selepas membaca. Boleh beli atau buat sendiri bookmark tersebut dari kadbod atau reben. Elakkan guna keratan surat khabar sebagai penanda buku sebab ia mempunyai kandungan asid yang tinggi terutamanya jika ditinggalkan terlalu lama dalam buku.



Jangan tinggalkan penanda buku di dalam buku terlalu lama. Penanda buku yang tebal dan berada terlalu lama akan tinggalkan kesan pada kertas dan bentuk buku tersebut.


Sebaiknya gunakan kedua tangan semasa membaca. Jangan buka buku tersebut terlalu luas atau melipat buku tersebut sehingga meninggalkan kesan kepada tulang buku. 


Jangan tinggalkan buku di merata tempat. Selesai sahaja membaca terus simpan semula buku kedalam rak buku.


Shopping Buku di Shopee 7.7 Mid year Sale

Monday, July 12, 2021

Setelah sekian lama tak menjejak mana-mana kedai buku semenjak pkp ni, jadi memang target nak beli online sahaja buku-buku baru atau preloved, nak tambah koleksi buku yang sedia ada. 

Ternampak pula ada sale Shopee 7.7 jadi memang terus search sale buku dekat Shopee ni.


Kalau pergi dekat bahagian Kategori, dah memang ada khas bahagian Games, Books & Hobbies. Boleh pilih ikut Penerbit atau Kedai buku tu sendiri. Masing-masing ada tawarkan banyak sale yang menarik. Memang banyak pilihan yang ada.




Lepas puas scroll semua buku yang ada, dapatlah checkout beberapa buah buku yang menarik. 

Ni antara hasil memborong buku dekat Shopee ni. 


Buku Fixi Official Store



KarnaDya Publishing



KEDAI ANAASA



Seronok sangat dapat shopping semua buku-buku ni. Harga pun berbaloi dari RM7 - RM15 sebuah. Caj penghantaran semua free sebab dapat guna voucher 7.7 dari Shopee. Delivery pun tak lama dalam 2- 3 hari dah sampai ke rumah walaupun tengah Pkpd ni.

Condition semua cantik dan tak ada rosak apa-apa sebab semuanya guna bubble wrap tebal jadi memang puas hati dapat beli dekat shopee ni.

Kalau ikutkan banyak buku yang dah aim nak beli tapi mungkin boleh simpan untuk next sale pula. Harapnya cukuplah koleksi terbaru ni untuk pembacaan sepanjang pkp ni ataupun sementara tunggu next sale.