Showing posts with label Buku Melayu. Show all posts
Showing posts with label Buku Melayu. Show all posts

Book Review : Khayalan - Hasif Rayyan

Wednesday, July 27, 2022


Tajuk : Khayalan

PenulisHasif Rayyan

Editor : Faizah Hamid

IlustrasiKhaizu Safirah

Reka Bentuk KulitJaie Ramlee

Reka Letak : Ikram Mohd Noor

PenerbitIman Publication Sdn Bhd

ISBN : 978-983-2423-65-2

Tahun TerbitanCetakan Pertama – Mac 2019, Cetakan Kedua – April 2019

Muka Surat : 329

Bacaan melalui Ebook dari PNM e-Reader ( 25/07/2022 - 27/07/2022)


Sinopsis 


Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.


Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.


Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakhzan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.


Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif.


“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas. “Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.


Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.


Review


Sebenarnya faktor utama masa nak baca buku ni sebab cover dia cantik. Simple dan nice je. Baca sinopsis pun macam not bad. Terus pinjam dan mula baca. Awalnya ingat ni novel seram sebab awal bab lagi dah ada kemunculan makhluk dan pelbagai jenis entiti tapi rupanya tentang kesihatan mental dan semua entiti tu wujud dalam minda Hasif sahaja.


Dari awal sampai hujung tak banyak pun watak yang ada. Yang diperincikan hanyalah watak Hasif, Rakzhan, sang lembaga hitam dan mama Hasif. Watak sampingan, Iqbal iaitu rakan sekerja Hasif pun muncul sikit-sikit sahaja. Yang menariknya, semua watak ni bila muncul memang terasa in character dengan semua watak sebab penulis pandai olah semua character dengan emosi dan details yang terperinci. Tak ada masalah dan tak keliru pun nak bezakan semua watak yang ada. Jarang tau nak jumpa penulis yang berjaya hidupkan semua watak dan bawa pembaca tu sama-sama berimaginasi dan pergi adventure siap dengan emosi sekali. Paling best bila ada terselit beberapa ilustrasi yang menggambarkan situasi semasa bacaan tersebut. 



Plot kisah ni simple sahaja tapi menyentuh tentang topik yang berat dan sentiasa diabaikan iaitu kelemahan mental, anxiety dan tekanan perasaan melampau yang membawa kepada pelbagai konflik. Konflik yang dihidangkan adalah tentang bagaimana Hasif bergelut dengan darkside dia iaitu ketakutan dan kelemahan dia dalam kehidupan seharian, cabaran dia untuk jadi seorang penulis dan juga pergaduhan dan salah faham antara Hasif dan mamanya. Hasif juga mempunyai penyakit epilepsi atau biasa kita panggil sawan. Mostly masa Hasif ni diserang epilepsi lah, dia akan dibawa ke dunia khayalannya seperti Sancturia dan ada juga tempat-tempat menarik lain bergantung pada keadaan Hasif. 


Hasif ni pelajar tahun keempat jurusan TESL di IPG dan tengah buat praktikum kedua sebagai guru pelatih. Tertekan dengan cabaran dia sebagai guru pelatih tambah lagi dia dipaksa rela untuk jadi seorang guru oleh ibu dia buatkan Hasif kena serangan epilepsi dan menjemput sang lembaga hitam tu dalam hidup dia sekali lagi.

"Hasif."
"Kau kena ingat, aku ni kawan kau. Dan aku bukan setakat kawan kau yang biasa-biasa. Aku cukup kenal dengan perangai kau. Kalau ada masalah jangan pendam sorang. Tak payah nak beria-ia sangat nak sembunyikan sesuatu macam tadi."
Rakzhan 

Rakzhan sahabat baiknya yang dikenali sejak tujuh tahun dulu sentiasa ada dengan Hasif tak kira susah atau senang dan pendengar pendengar setia Hasif. Dia sentiasa cuba nasihat dan faham keadaan Hasif tanpa pandang rendah pun terutama bila Hasif kena attack dengan lembaga hitam tu. Cuma sayang sangat tak banyak monolog atau penceritaan watak Rakzhan ni. Penulis patut kembangkan lagi watak Rakzhan ni sebab tujuh tahun dia setia dengan Hasif susah senang tapi tak nampak sangat kisah persahabatan mereka.


Dekat permulaan setiap bab ada bait lirik dari ramai artis yang relate dengan bab tu. Suka sangat bila banyak lagu One Ok Rock dengan Linkin Park. Memang favourite band dengan lirik puitis dan emonya sesuai untuk kisah Hasif ni. 

"I wear an adult Suit. Heart is always unstable, balancing like a see saw."  
One Ok Rock, Adult Suit

"You say that I'm paranoid. But I'm pretty sure the world is out there to get me."  
Linkin park ft Kiiara, Heavy

"Realizing how scattered I became, frustatingly not knowing what I could and couldn't do. The reality that my parent's dream for me, and my own dream did not intersect"  
One Ok Rock, Nobody's Home

Highly recommend untuk semua terutama yang suka kisah plot yang simple tapi banyak bermain dengan emosi. Plus point untuk visual dan vibe ala-ala manga dan anime. 


Total Rating : 4.9/5