SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

Saturday, August 27, 2022


SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN 

“Ketawa Tanpa Henti, Padat Aksi Mendebarkan, Gandingan Pelakon-Pelakon Hebat”


Dua penerbit yang mendominasi filem-filem pecah panggung Malaysia, Skop Productions dan Astro Shaw sekali lagi bekerjasama dan bersedia mempersembahkan filem terbaru daripada francais komedi aksi ‘blockbuster' no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3 bermula 8 September di seluruh pawagam Malaysia, Singapura dan Brunei. Lebih gempak, lebih impak, lebih aksi, lebih komedi; itu yang dirumuskan mengenai Abang Long Fadil 3. Filem sekuel ketiga ini menampilkan kualiti produksi yang lebih mengagumkan dan antara kelainan yang ditampilkan adalah set terbesar pertama dibina di Malaysia untuk pembikinan filem tersebut. 

Abang Long Fadil 3 adalah idea asal serta diarahkan oleh pengarah muda berbakat besar, Syafiq Yusof. Terdahulu, beliau telah menghasilkan Abang Long Fadil 1 dan 2 dan mencipta fenomena tersendiri apabila Abang Long Fadil 2 berjaya menjadi filem tempatan pertama yang menembusi kutipan pecah panggung melebihi RM18 juta. Uniknya ketiga-tiga francais Abang Long Fadil, penonton dapat melihat transisi konsep cerita di mana francais pertama menonjolkan tema dunia gengster, manakala francais kedua ketengahkan Fadil dalam dunia mafia, dan naskhah terbaru paparkan Fadil dalam konsep spy.

Rata-rata penonton berkongsi rasa teruja menantikan kehadiran filem ini di pawagam. 
   






Malah, menerusi video reaksi barisan pelakon menyaksikan buat pertama kali trailer rasmi, pelakon Zizan Razak telah mengalirkan air mata kerana rasa sebak hasil usaha kerasnya untuk Abang Long Fadil 3 akhirnya akan menemui penonton. Video tersebut juga telah mendapat respons daripada peminat dan tontonan tinggi di media sosial dengan keseluruhan melebihi 7 juta tontonan.  

Abang Long Fadil 3 masih mempertaruhkan Zizan Razak selaku tunggak utama. Manakala barisan pelakon lain yang ditampilkan juga mempunyai kekuatan tersendiri dalam industri seni tanah air seperti, Zizan Razak, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen. Setiap bintang turut pertaruhkan adegan aksi yang mendebarkan. 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam berkongsi rasa teruja filem Abang Long Fadil 3 bakal dipersembahkan kepada penonton. “Pihak penerbit, pengarah, barisan pelakon, kru dan semua yang terlibat dalam menjayakan filem ini telah pun melakukan yang terbaik untuk persembahkan kepada peminat dan penonton. Kami percaya penonton sukakan kejutan atau kelainan dari sudut persembahan dalam setiap filem yang ditonton, jadi kami tampilkan konsep segar melalui sekuel terbaru ini. Kami mengharapkan kehadiran Abang Long Fadil 3 mampu menghiburkan dan menerima reaksi positif daripada penonton.”


Sementara itu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad mengulas mengenai keberhasilan filem berkualiti, ia akan merancakkan lagi persaingan yang sihat dikalangan penerbit dan penambahan filem cereka, lantas membuka pasaran yang lebih luas ke negara-negara lain untuk ditayangkan. “Filem Abang Long Fadil 3 menjadi filem komedi aksi tempatan pertama yang menemui penonton di pawagam selepas dua tahun. Kami percaya genre tersebut masih menjadi genre kesukaan penggemar filem di negara ini. Meskipun begitu, filem ini turut dipadatkan dengan naratif, mutu produksi dan elemen ‘fresh’ agar sekuel ketiga tampil lebih baik serta menarik. Sasaran kami bukan sahaja ingin menampilkan francais komedi aksi terbaik sepanjang masa, tetapi filem yang dapat meninggalkan impak yang besar dan mampu mempelopori pasaran luar. Kami harap filem ini mampu memberi nafas yang baik untuk industri perfileman tempatan.”


Filem Abang Long Fadil 3 akan mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw. 

Manakala OST bagi filem Abang Long Fadil 3 adalah ‘Payung’ nyanyian Zizan Razak bersama Elizabeth Tan. Lagu ini turut mengajak orang di luar sana untuk turut serta dalam dance challenge lagu Payung di platform TikTok dan peminat bertuah yang terpilih berpeluang untuk hadir ke majlis Mega Fans Screening Abang Long Fadil 3 pada 7 September nanti. 

Filem ini juga telah mendapat tajaan daripada Suria KLCC selaku penaja lokasi bagi Malam Gala Abang Long Fadil 3 di kawasan Esplanade dan di selaras bersama TGV Cinemas. Selain itu, Suria KLCC turut menaja melalui platform promosi LED Skrin di Concourse, digital outdoor screen di Pintu Masuk Ampang, papan tanda digital di sekitar mall Suria KLCC, perkongsian promosi di media sosial dan eDMs (mesej elektronik melalui emel). Selain itu, filem ini menjalin kerjasama erat bersama pemamer dan mendapat sokongan padu daripada station radio Melayu dan Inggeris Astro, serta portal hiburan nombor 1, Astro Gempak. Manakala, Luckin Coffee turut menyumbang pada Majlis Gala Abang Long Fadil 3.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaru yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu. 


Saksikan filem daripada francais komedi aksi no 1 Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

TRIVIA ABANG LONG FADIL 3

1. Abang Long Fadil 1 – Dunia Gangster, Abang Long Fadil 2 – Dunia Mafia, Abang Long Fadil 3 – Dunia Spy.

2. ‘Comeback’ atau kemunculan semula gandingan popular tanah air, JOZAN (Zizan Razak dan Johan) di layar perak selepas setengah dekad. 

3. Set filem terbesar yang pernah dibina untuk filem tempatan. Mengambil masa 3 bulan untuk menyiapkan set tersebut. 

4. Filem komedi aksi pertama Elizabeth Tan. Elizabeth Tan telah melakukan aksi ‘stunt’ sendiri tanpa menggunakan pelakon alih lagak aksi. Dia turut menjalani sesi latihan bersama pelakon Maya Karin bagi memantapkan babak aksi yang perlu dipersembahkan.

5. Watak Ocy Lin dihasilkan khas untuk Ozlynn kerana Syafiq Yusof merasakan gandingannya bersama Johan mampu menyaksikan watak antagonis suami isteri yang mampu meninggalkan kesan.  

6. Mengambil masa sedikit panjang apabila menjalani penggambaran babak Johan dan Ozlynn kerana rata-rata kru tidak mampu menahan gelak melihat aksi persembahan mereka. 

7. Banyak babak letupan di dalam filem. Menariknya, babak letupan tersebut adalah letupan sebenar dan tidak menggunakan teknik CGI atau VFX. 

8. Pencarian ‘Sama Tak Serupa’ menerusi radio ERA yang mengajak orang di luar sana berkongsi gambar seakan-akan Zizan Razak di media sosial dengan menggunakan #MencariZizanEra yang dijalankan pada bulan Julai lalu, telah menyaksikan 4 pemenang istimewa terpilih untuk tampil dalam muzik video OST Abang Long Fadil 3.  



FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’

Saturday, August 20, 2022

FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’ | “Turut Tampilkan Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Shashic, Mamak Putih, Sharif Zero, Jaafar Onn, Acong Sweetchild”


Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, KAMPUNG LATAH...THE MUMMY dan akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 25 Ogos ini. Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi. 

Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.

Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI.  Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton. 

Menurut Penerbit Kampung Latah...The Mummy & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata, “Selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, kami tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya kerana yakin komedi dan konsep jalan cerita yang dipersembahkan boleh diterima oleh penonton. Menariknya sekuel terbaru iaitu Kampung Latah...The Mummy ini adalah ia memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, di samping mengekalkan konsep latah. Selain itu, turut menampilkan watak baru yang dijayakan oleh barisan pelakon popular dan itu menjadi satu cabaran buat produksi untuk menghimpunkan mereka dalam setiap babak. Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekali gus memgulangi pencapaian box office di Astro First.” 

Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.  

Saksikan filem komedi, Kampung Latah...The Mummy yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Ogos 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton Kampung Latah Kena Kuarantin, boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.

 ********************


MEGAPINE (M) SDN. BHD.

MEMPERSEMBAHKAN

KAMPUNG LATAH…THE MUMMY


Tajuk : KAMPUNG LATAH…THE MUMMY

Genre: KOMEDI FANTASI

Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Produksi: MEGAPINE (M) SDN. BHD.

Bahasa: BAHASA MELAYU

Durasi Filem: 108 MINIT

Jumlah Hari Penggambaran: 15 HARI

Tarikh Penggambaran:15 FEB 2022 - 1 MAC 2022

Lokasi Penggambaran: SEKITAR JANDA BAIK

Tarikh Tayangan di Astro First: 25 OGOS 2022


BARISAN PELAKON

AZHAN RANI sebagai  AJIN

NAZIA MUSTAFAR sebagai JAMILAH

IEDA MOIN sebagai ETON

PS MANSUR sebagai MANSUR

DIN LATAH sebagai DIN

ADLIN AMAN RAMLI sebagai MUMMY

BELL NGASRI sebagai ABON

SHARIF ZERO sebagai B-BOY

MAMAK PUTIH sebagai AARON

RIEZMAN KHUZAIMI  sebagai YB HAZIL

SYUK SAHAR sebagai  USIN MARKUP

SHASHIC IEWAN sebagai SYAFIQ GAGAP

ACONG SWEETCHILD sebagai KONTRAKTOR ACONG

WANIE OOI sebagai PONTIANAK

SOUYA sebagai POCHONG

ALONG KEMBO sebagai HANTU GIGI

DELIMAWATI sebagai MAK KIAH JANDA

RAZAK AHMAD sebagai USTAZ

RUZAIDI RAHMAN sebagai BOMOH JAWA

ANN ABDULLAH sebagai BOMOH NEK SIAM

SHARWANI NS sebagai PM SHAHRIN

DATO’ HARIS EMBONG sebagai HAJI ARIS

ILHAM ABATA sebagai ZACK VLOGGER

DRAMAN MUHAMAD sebagai PAK ABU

NORIZA SALLEH sebagai MAK ESAH

KHAIRUL AKEK sebagai PAKCIK BASIKAL


TUNGGAK UTAMA

Dipersembahkan oleh : MEGAPINE (M) SDN. BHD.

Penerbit: HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR

Penerbit Eksekutif: ZULSHAHRIN ABDUL RAHMAN

Penerbit Penyelaras: NOOR LELA ABDULLAH SANI

Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Penolong Pengarah: SAIFUL ZAIDRIN ISMAIL

Skrip : AZIZI HJ ADNAN [FDAM]

Pembantu Skrip: ILHAM ABATA

Cerita Asal : HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR

Lakon Layar : AZIZI ADNAN [FDAM]

Pengurus Produksi: SITI NOR AISHAH SHEIKH ABD KADIR

Pengarah Fotografi: JACK RAHMAD

Penyunting: AKASHDEEP SINGH

Kesan visual: NIKHIL BHIDE

Muzik Skor: DIRECT AUDIO STUDIO

Penata Bunyi: DIRECT AUDIO STUDIO

Pereka Busana: TINA OTHMAN

Penata Tatarias: EKIEN ZAMBRI

Jurugambar: KHAIRUL SYAZREE


SINOPSIS

Melayu


Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.  



Dato’ Awie Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalam ‘KIDS NOWADAYS’

Wednesday, August 17, 2022

 

Dato’ Awie Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalam ‘KIDS NOWADAYS’ 

Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Kids Nowadays’ menekankan kepentingan menimba ilmu yang tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan umur masyarakat. Malah penceritaan drama ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan sefakultinya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq. Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.


Siri yang juga mengetengahkan kepentingan adab dan tatasusila terutamanya kepada anak-anak generasi muda ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon otai dan baharu seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 

Drama terbitan pasangan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Ejump Mohammad serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Hasnul Rahmat, Wan Sharmila dan Nafiez Zaidi. 

‘Kids Nowadays’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam mulai 15  Ogos hingga 15 September secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI

Idlan Zahari 
Pengurus Saluran Astro Ria

“Kepelbagaiaan dalam stroytelling menerusi apa jua kandungan kami di Astro Ria amatlah mustahak. Storytelling yang dipaparkan haruslah melambangkan lapisan-lapisan atau segmen penonton yang ada. Memang kami dikenali untuk drama romantik tetapi Astro Ria turut menjadi platform dalam memperkenalkan naratif-naratif yang engaging serta berlainan dalam memenuhi kehendak penonton yang berbeza.

Slot drama jam 11 malam merupakan slot yang seringkali mencabar gubahan cerita yang ada. Dari ‘Lockdown 2’, ‘Ratu Tenpin 2: Shalin’ dan kini, ‘Kids Nowadays’ menyelusuri. Dinamik penceritaan slot ini memang memangkin curiosity para penonton di Astro. Jika mereka inginkan kelainan, di sinilah mereka dapat menemui drama-drama yang dipenuhi dengan penceritaan yang berbeza dan compelling. 

‘Kids Nowadays’ berpaksikan pembelajaran, impian dan adab tatasusila antara dua generasi, iaitu tua dan muda. Kebiasaannya elemen sebegini diceritakan menerusi lensa anak muda tetapi dalam drama ini, naratifnya datang daripada seorang lelaki tua. Kelainan ini mampu memberi impak yang baharu kepada para penonton bahawa impian itu boleh dikejar bukan sahaja dari kecil tetapi juga apabila kita dimamah usia. 

Drama ini menggabungkan generasi otai dan generasi muda yang merupakan sesuatu yang baharu. Lakonan Dato’ Awie yang kita kenali sebagai Raja Rock Malaysia serta Alvin Chong yang pasti akan menghiburkan para penonton yang ingin melihat gabungan personaliti yang berbeza. Bukan itu sahaja, kami turut selitkan babak-babak nyanyian Dato’ Awie untuk menambah X-Factor kepada drama ini. Pasti ramai peminat kepada legenda rock ini mengikuti drama lakonannya. 

Naratif yang dibawa kali ini memang berbeza dengan drama-drama kami yang lain di mana kami tekankan kepentingan ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Malah kali ini kami ceritakan kepentingannya daripada perspektif warga tua. Drama sebegini mampu memberi para penonton penjelasan tentang dedikasi dan semangat yang perlu ada dalam diri setiap manusia untuk mencapai impian mereka. Kami berbangga bahawa ia berjaya digambarkan dengan hasil pengarahan daripada Ejump Mohammad yang mempunyai bakat tulen. Para penonton mesti akan berasa lebih bermotivasi dengan nasihat-nasihat yang disampaikan menerusi drama ini. 

‘Kids Nowadays’ pasti memenuhi kemahuan mereka yang mahu menonton drama yang bukan berunsurkan cinta semata-mata. Keseimbangan genre-genre yang diterapkan pasti menarik perhatian bukan sahaja peminat drama tersedia ada tetapi mereka yang sering menonton off-beat drama antarabangsa. Lantas kami mengalu-alukan kehadiran mereka ke Astro Ria untuk menikmati drama ‘Kids Nowadays’.” 

Ejump Mohamad 
Pengarah Drama ‘Kids Nowadays’

“’Kids Nowadays’ membawa pertaruhan yang sangat besar kerana penceritaan kali ini diekspreskan oleh Dato’ Awie, iaitu seorang otai dalam industri hiburan Malaysia sebagai watak utama. Bagi saya, sesebuah drama itu perlukan kelainan untuk menarik minat penonton dan kali ini, saya bawakan our star value  yang akan membawa watak yang belum pernah ditunjukkan lagi.

Drama bersiri ini menceritakan tentang seseorang yang sudah larut usia tetapi ingin sambung belajar. Jarang sekali kita memperlihat drama yang fokusnya ke arah pendidikan untuk orang warga tua. Bukannya tiada, tetapi ia jarang diceritakan. Oleh itu, drama ini memberi kelainan yang wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana pelbagai kerenah lucu dan cabaran yang berlaku yang saya pasti ramai ingin tahu. 

Belajar itu bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh luput. Semua berhak menimba ilmu, tidak kira pada usia berapa pun. Walaupun sudah tua, anda masih berhak mengejar impian untuk menggenggam segulung ijazah. Ini yang saya ingin gambarkan dalam ‘Kids Nowadays’ dan pengambilan Dato’ Awie sebagai ‘warga tua’ dalam drama ini merupakan sesuatu yang sangat sempurna. Dia mempunyai ‘star value’ yang mengejutkan kami semua. Saya sendiri teruja dengan Dato’ Awie yang kita semua lihat dari kecil lagi. Para penonton pasti akan terhibur dengan lakonannya yang lucu tetapi kena.

Bukan itu sahaja, kali ini saya gabungkan Dato’ Awie dengan pelakon-pelakon generasi baharu buat pertama kalinya. Keserasian antara dia dan Alvin Chong memang hebat. Kerjasama yang mereka berikan membuatkan saya puas hati dengan hasil cerita ini. Saya tidak pernah terfikir akan mengarah Dato’ Awie. Dia sangat membantu dalam babak-babak pergaduhan. Ini juga merupakan pertama kali saya bekerja dengan Wanna Ali dan dia memang berbakat. 

Cabaran utama yang saya hadapi ketika mengarah drama ini adalah penceritaannya sendiri. Susahnya drama ini kerana ia bukan a love story ataupun cerita-cerita cinta Melayu yang biasa. Ini tentang orang tua yang ingin belajar di universiti. Itu adalah cabaran saya kerana perlu idea-idea yang kreatif untuk menghasilkan gambaran yang boleh menarik minat orang ramai untuk menonton. Kalau kita bawa cerita yang lain daripada apa yang orang selalu tonton, kita perlu jadi lebih kreatif untuk membuatkan cerita itu menyerlah. Jadi apabila saya perlu mencari idea baharu untuk menarik audiens ke drama ini, memang susah. 

Saya berharap para penonton akan terhibur dengan penceritaan yang ingin disampaikan. Dato’ Awie dalam drama ini memang kelakar tetapi bersifat bersahaja. Dia adalah star kami dalam drama ini. Saya juga berharap ia akan membuka mata mereka yang mempunyai impian yang sama tetapi malu kerana faktor usia bahawa belajar itu tiada sempadan usia dan mereka berhak untuk mengecapi matlamat mereka. Penonton juga akan melihat pelbagai isu yang diketengahkan termasuk isu-isu kekeluargaan. Dalam kita berhibur, ada terselit beberapa pengajaran dan moral yang berguna untuk semua.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

1. ‘Kids Nowadays’ mempunyai gandingan antara pelakon senior dan pelakon baharu yang muda seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 
2. Gabungan barisan watak utama dalam drama ini merupakan gandingan pertama mereka bersama. 
3. Dato’ Awie kembali ke layar televisyen dengan membawakan karakter yang berlainan dan belum pernah dibawakan sebelum ini.
4. Penceritaan drama ini mempunyai nasihat-nasihat untuk generasi baharu tentang kepentingan ilmu.
5. Penceritaannya juga merangkumi kritikan halus bagi membuka minda masyarakat tentang adab dan tatasusila generasi kini.
6. Memaparkan tentang isu buli yang berlaku di kalangan anak-anak muda sekarang.
7. Dato’ Awie turut menyanyi dalam beberapa adegan, khas untuk drama ini. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

Dato’ Awie Jaafar
Wanna Ali Hanna
Alvin Chong Eddy
Marissa Yasmin Rafidah
Hasnul Rahmat Bahar
Wan Sharmila Najiha
Nafiez Zaidi Nadzwan

LOGLINE DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

Mengisahkan perjalanan seorang bapa yang sudah berusia dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelajar universiti dan menggenggam segulung ijazah.

SINOPSIS DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

‘Kids Nowadays’ mengisahkan tentang Jaafar yang sudah berusia namun membuat keputusan untuk mengejar impiannya dalam menyambung pelajaran di universiti bagi mendapatkan segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha. 

Jaafar melalui pelbagai kejadian yang lucu dan cabaran-cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar di kampusnya. Dia berkenalan dengan Farhan yang banyak mengajar cara kehidupan di bandar dan persiapan sebagai seorang pelajar universiti. Walau bagaimanapun, Farhan sering dibuli oleh Eddy dan Syafiq. Jaafar cuba untuk mempertahankan Farhan daripada dibuli oleh mereka sehingga mereka berubah menjadi baik. 

Adakah Jaafar akan mencapai impiannya tanpa terlibat dengan sebarang masalah?