ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
Gandingan Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini di ERA
Para peminat ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, boleh menantikan barisan personaliti baharu dengan pengisian-pengisian terkini dan terus berhibur dengan segmen-segmen terbaik di ERA mulai 18 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, di udara dan juga di aplikasi SYOK.
Segmen pagi
baharu ‘3 Pagi ERA’, jam 6 hingga 10 pagi, akan menampilkan Nabil,
Azad dan Radin, gandingan 3 jejaka versatil yang bakal menemani
peminat. ‘3 Pagi ERA’ akan merangkumi perbincangan topik semasa, interaksi
bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baharu, termasuk:
o
Lagu Berantai: Permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan
perkataan yang diberikan.
o
Flex Jap: Ruang bebas untuk peminat berkongsi
cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan
perniagaan yang dijalankan.
o CeKePi: Sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan
dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA.
o Sembang: Peminat boleh membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi
aktiviti harian.
o Lu Pikir: Pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh
Nabil.
Di segmen
baharu ‘101 ERA’ pula, jam 4 petang hingga 8 malam, keserasian gandingan
hebat personaliti radio Haniff dan Ray akan tampil dengan interaksi
bersama peminat dengan perbincangan yang informatif. Pengisian terkini di ‘101
ERA’ merangkumi:
o
Topik: Haniff dan Ray akan mengulas topik
menarik dan pendengar boleh membuat panggilan untuk berkongsi pendapat.
o
Teacher Teacher: Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan maksud di sebalik
perkataan yang diberikan oleh Haniff.
o
Lirik Petik, setiap Jumaat: Haniff dan Ray akan menjemput pemanggil bermain
permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.
Di waktu
malam pula, peminat ERA boleh menantikan kehadiran Fazziq Muqris,
personaliti baharu ERA, bergandingan bersama Munaa Bella dalam segmen ‘Daebak
ERA’, jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Munaa dan Fazziq akan menceriakan
waktu malam peminat dengan:
o
Hanguko: Munaa akan berkongsi perkataan Korea.
o Pentas Daebak: Peminat dapat berhibur dengan lagu dari artis-artis baharu.
o Top 20: Lagu-lagu undian peminat dimainkan di aplikasi SYOK.
o TikTok 10 ERA, setiap Jumaat:
Peminat boleh mendengarkan lagu-lagu
carta teratas TikTok.
Terus Berhibur Dengan Pengisian-Pengisian Terbaik di ERA
Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus
berhibur dengan segmen:
o
‘Port-ERA’ bersama
Danial Zaini, dari jam 10 pagi hingga 1 petang dengan:
§ W-O-N-T (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita
semasa yang tular.
§ FYE (For Your Eye) di mana peminat
boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE
dan topik terbaik akan dikongsikan oleh Danial.
o
‘Gempak Hit ERA’ bersama Isha Norsham, dari jam 1 hingga 4 petang, di mana
Isha akan menemani peminat dengan topik perbualan menarik merangkumi hiburan,
cerita artis tempatan dan luar negara,
berita sukan dan isu-isu tular di media sosial yang diterbitkan oleh portal
Astro Gempak. Peminat juga berpeluang membuat permintaan lagu menerusi
Instagram ERA.
Pada hujung
minggu pula, semua peminat boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta
ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3
Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10
lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu
bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non
Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti.
Untuk
maklumat lanjut, layari www.era.je atau ikuti
ERA di platform media sosial.
“Kami teruja untuk memperkenalkan ERA terkini dan diperbaharui buat pendengar, dengan segmen baharu 3 Pagi ERA bersama Nabil, Azad dan Radin, 101 ERA bersama Haniff dan Ray, serta Daebak ERA bersama personaliti baharu, Fazziq dan suara yang dikenali ramai, Munaa Bella. Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA.”
0 Comments