Ad Code

Responsive Advertisement

Book Review : Aku, Kau & Hantu: Asrama


TajukAku, Kau & Hantu: Asrama

oleh Artis-Artis Komik-M, Ben Wong, Hiroshikee, Aniff Zazali, Saaaf, Azhar Abdullah, Reja, ROWR

Penerbit: Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

Tahun Terbitan: Cetakan Pertama – 2019

Muka Surat: 112


Bacaan melalui Ebook dari PNM e-Reader ( 05/07/2022 )


Sinopsis

Menampilkan komik-komik berkaitan ‘hantu di asrama’ daripada artis-artis Komik-M seperti:


HANTU PENANGGAL oleh Ben Wong

TOLONG BASUH BAJU AKU oleh Hiroshikee

BILIK HUJUNG oleh Aniff Zazali

BISIKAN oleh Saaaf

KISAH BUDAK ASRAMA oleh Azhar Abdullah

GERAMANG oleh Reja

ORANG SEBELAH oleh Rowr


Review

Dah lama tak baca komik dari Malaysia sebab biasanya baca manga atau webtoon online. Bila tengok ada komik ni dekat pnm terus pinjam sebab jarang betul nak dapat komik online. Dalam komik ni ada 7 cerita pendek dari 7 artis berbeza. 

HANTU PENANGGAL oleh Ben Wong
⭐️⭐️⭐️⭐️

Kisah Fizi dan Botak yang diganggu hantu penanggal ketika bermain bola waktu cuti dekat koridor bangunan sekolah. Wati pun turut dikacau bila dia stay dekat situ untuk aktiviti persatuan seni kraftangan. Suka dengan lukisan dan susun atur pelukis ni sebab tak berserabut dan lukisan pun cantik. Hantu penanggal (atau masa dekat sekolah dekat Sabah dulu panggil balan-balan) memang sejenis yang famous. Mana-mana sekolah pergi mesti ada terselit cerita penanggal ni.

TOLONG BASUH BAJU AKU oleh Hiroshikee
⭐️⭐️⭐️
Kisah Hadi seorang pelajar yang baru memasuki asrama. Masa sesi pengenalan diri pada malam pertamanya di asrama itu, salah seorang pelajar situ ada buka cerita seram tentang pelajar lama yang mati sebelum sempat nak basuh bajunya pada malam tu. Sejak dari hari tu, siapa yang ke bilik air waktu tengah malam akan ada yang minta tolong basuhkan bajunya. Hadi pula tak percaya dan cakap besar sehinggalah dia juga diganggu makhluk halus disitu.

BILIK HUJUNG oleh Aniff Zazali
⭐️⭐️⭐️⭐️
Sekumpulan pelajar berkumpul dan bercerita hantu tentang sebuah bilik hujung di asram mereka yang dikatakan berhantu setelah ada pelajar yang stress sehingga membunuh diri dalam bilik tu. Cerita ni simple je dan tak ada kemunculan hantu seram pun tapi suka dengan ending dia. Lukisan pun cantik dan pelukis guna panel-panel besar dan background kosong jadi tak nampak serabut. 

ORANG SEBELAH oleh Rowr
⭐️⭐️⭐️⭐️
Yan mendengar cerita dari kawannya tentang kenapa asrama mereka selalu kosong setiap kali hujung minggu. Katanya ada satu kes pembunuhan terjadi yang menyebabkan asrama tu berhantu. Yan yang memang tak dapat balik sebab ada kerja sambilan tak percaya pun kisah tu tapi bila dah dengar tu pun mesti akan terfikir juga sampai lah paranoid jadinya. Memang boleh relate kisah ni sebab selalu juga kalau dengar cerita hantu memang terbayang-bayang sampai 2,3 hari. Sebab tulah kalau ada yang cerita hantu tak nak dengar pun kalau cerita tu pasal tempat yang tengah duduk sekarang. Kalau tak nanti mesti terbayang - bayang punya.

BISIKAN oleh Saaaf
⭐️⭐️⭐️⭐️
Mengisahkan bisikan-bisikan jahat di sekeliling Din yang tidur pada waktu asar. Din dikejutkan kawan-kawannya yang nak solat Maghrib di surau. Din yang mamai diduga pelbagai bisikan halus syaitan dan pelbagai bayangan hantu untuk menghalang dia bermula dari bangun tidur sehinggalah dia menjejak kaki ke surau dan mengangkat takbir. 

KISAH BUDAK ASRAMA oleh Azhar Abdullah
⭐️⭐️
Kisah sekumpulan pelajar Tingkatan 1 baru yang diragging oleh senior untuk rasa pengalaman seram di asrama. Dari bercerita tentang pelbagai kisagh urban legend hantu di asrama tu sampailah terpaksa rasa sendiri dikurung bersama hantu. Tak berapa suka sangat jenis cerita monster macam ni sebab macam dah lari tajuk dari cerita hantu tapi still padan mukalah yang suka ragging dalam tu.

GERAMANG oleh Reja
⭐️⭐️⭐️⭐️
Farid, Jailani dan seorang lagi kawannya, Harun yang tengah ulangkaji dalam kelas mereka. Jailani  mula buka cerita hantu bila masing-masing dah mengantuk masa tengah study. Habis cerita boleh pula dia dan kawannya pergi memerut tinggallah Farid seorang dalam kelas. Farid kemudiannya diganggu macam-macam sampailah kawannya datang balik ke kelas. Masa baca tajuk ni ingatkan geramang ni nama hantu sebab tak pernah dengar tapi takde pula disebut dalam cerita ni masa baca. Bila google rupanya Geramang ni maksudnya terperanjat, gamang, gugup, gamam. Bertambah la ilmu baru harini.


Reactions

Post a Comment

0 Comments