Tajuk: Pelan-Pelan Kayuh
Genre: Motivasi
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Penulis: Bonda Nor, Rohamiah Muda, Srikandi Islami, Jaja Isa, Abadi Teratai, Ruqayyah Muhd, Amla Mat Rawi, Arjuna Jyra, Hannan Alias, Faridah Said, Nabihah Ab Razak, Syakirin Yuslan, Hafiza Nasir, Farizah Shamsudin, Aina Syuhada, M. Syafik Ab Rahman, Hayati Abu Hassan, Hani Ehsan, Rozilawati Mohamed, Dai Faizal, Rafiuddin Rohani, Kaybee Rahim, Afiq Syazwan, Hamka Idris, Adibah Razak, Al Fatihee Ali Hanafiah
Tahun Terbitan: Cetakan Pertama – 2018
Muka Surat: 204
Tempoh bacaan ( 28/03/2022 – 29/04/2022 )
Sinopsis
Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!
Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.
Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!
"Kita stress. Kita kecewa. Kita melayankan duka berlama-lama kerana dua perkara. Sama ada sebab kita jahil atau kita degil. Sekiranya kita dapat menguasai kemahiran untuk mengendalikan dua masalah ini, insya-Allah, kita bukan sahaja akan jadi orang berjaya, bahkan juga orang yang tenang hatinya. Namun untuk mendapatkan kemahiran ini, kita perlu belajar. Itu prosesnya. Sama ada kita belajar daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, yang pasti, kita perlu belajar. Dan proses pembelajaran tidak berlaku sekelip mata! Pelan-pelan Kayuh." -Bonda Nor
Review
Buku ini menghimpunkan 26 kisah-kisah benar penulis daripada 26 orang yang berlainan. Kisah - kisah ini dikongsikan semasa mereka menyertai Bengkel Penulisan Bonda Nor.
"Saya mahu Tuan Puan semua tuliskan satu kisah pahit-maung tuan puan berdepan ujian. Mungkin ujian itu ialah untuk mendapatkan apa yang tuan puan mahu. Tuliskan prosesnya. Daripada mula berkehendak hingga berjaya mendapatkannya. Atau mungkin juga ia adalah ujian yang berbentuk musibah. Kongsikan bagaimana tuan puan mengharungi satu per satu proses untuk keluar daripada musibah tersebut. Write down the process! Saya mahu yang pahit itu menjadi manis. "
Kisah -kisah yang dikongsikan ini kebanyakannya dugaan, pengalaman atau musibah yang melanda dan bagaimana setiap ujian yang dihadapi menjadi titik perubahan yang menjadikan mereka insan yang lebih baik. Kisah-kisah dalam buku ni semunya pendek dan ringkasa sahaja jadi tak lama nak habiskan buku ni. Kalau jadi lama pun, mungkin sebab berhenti sekejap termenung sebab ada kisah yang buatkan kita berfikir sejenak sambil compare dengan kisah sendiri.
Kisah pertama dalam buku ni dimulakan dengan kisah Bonda Nor sendiri yang bertajuk Puteri Kecubung yang menceritakan kehidupan penulis melalui cabaran dan liku-liku kehidupan sebelum dapat membina kerjaya yang stabil dan berjaya menjadi penulis best seller, menerima Anugerah Buku Popular dan penulisan beliau muncul di pelbagai media massa.
Dalam setiap kisah juga, terdapat pelbagai kata-kata motivasi, petikan hadith dan ayat Al-Quran dimasukkan yang berkaitan dengan kisah penulis untuk penghayatan bersama para pembaca.
"Kadang kau bukan tak mampu, cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu, cuma tak sabar!"
Total Rating : 4.5/5
3 Comments
Bagus buku macam ni. Dapat tingkatkan keyakinan diri.
ReplyDeletebagus buku ni boleh buat diri termotivasi
ReplyDeletebuku yang menarik..
ReplyDelete