Book Review : Pelan-Pelan Kayuh (2018)

Sunday, May 29, 2022

 


Tajuk: Pelan-Pelan Kayuh

Genre: Motivasi

Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.

Penulis: Bonda Nor, Rohamiah Muda, Srikandi Islami, Jaja Isa, Abadi Teratai, Ruqayyah Muhd, Amla Mat Rawi, Arjuna Jyra, Hannan Alias, Faridah Said, Nabihah Ab Razak, Syakirin Yuslan, Hafiza Nasir, Farizah Shamsudin, Aina Syuhada, M. Syafik Ab Rahman, Hayati Abu Hassan, Hani Ehsan, Rozilawati Mohamed, Dai Faizal, Rafiuddin Rohani, Kaybee Rahim, Afiq Syazwan, Hamka Idris, Adibah Razak, Al Fatihee Ali Hanafiah

Tahun Terbitan:  Cetakan Pertama – 2018

Muka Surat: 204

Tempoh bacaan ( 28/03/2022 – 29/04/2022 )


Sinopsis

Umpama pemakanan, demikian juga ujian. Kalau yang dimakan hanya yang manis saja, kita akan sakit. Dah sakit, terpaksalah cari penawar. Dan penawarnya memang pahit!

Sebab itu, antara tanda Maha Baiknya Allah ialah ditimpakan ke atas kita musibah. Hal-hal yang kita tak suka itu, yang kita anggap musibah itu, sebenarnya adalah penawar. Penawar untuk dosa-dosa kita. Penawar untuk keangkuhan kita. Penawar kepada penyakit ‘lupa syurga hingga mencari sempurna pada dunia’.

Ya, ‘mencari sempurna pada dunia’ juga adalah sejenis penyakit! Dan kita perlu berubat!


"Kita stress. Kita kecewa. Kita melayankan duka berlama-lama kerana dua perkara. Sama ada sebab kita jahil atau kita degil. Sekiranya kita dapat menguasai kemahiran untuk mengendalikan dua masalah ini, insya-Allah, kita bukan sahaja akan jadi orang berjaya, bahkan juga orang yang tenang hatinya. Namun untuk mendapatkan kemahiran ini, kita perlu belajar. Itu prosesnya. Sama ada kita belajar daripada pengalaman sendiri atau pengalaman orang lain, yang pasti, kita perlu belajar. Dan proses pembelajaran tidak berlaku sekelip mata! Pelan-pelan Kayuh." -Bonda Nor


Review

Buku ini menghimpunkan 26 kisah-kisah benar penulis daripada 26 orang yang berlainan. Kisah - kisah ini dikongsikan semasa mereka menyertai Bengkel Penulisan Bonda Nor.

"Saya mahu Tuan Puan semua tuliskan satu kisah pahit-maung tuan puan berdepan ujian. Mungkin ujian itu ialah untuk mendapatkan apa yang tuan puan mahu. Tuliskan prosesnya. Daripada mula berkehendak hingga berjaya mendapatkannya. Atau mungkin juga ia adalah ujian yang berbentuk musibah. Kongsikan bagaimana tuan puan mengharungi satu per satu proses untuk keluar daripada musibah tersebut. Write down the process! Saya mahu yang pahit itu menjadi manis. "

Kisah -kisah yang dikongsikan ini kebanyakannya dugaan, pengalaman atau musibah yang melanda dan bagaimana setiap ujian yang dihadapi menjadi titik perubahan yang menjadikan mereka insan yang lebih baik. Kisah-kisah dalam buku ni semunya pendek dan ringkasa sahaja jadi tak lama nak habiskan buku ni. Kalau jadi lama pun, mungkin sebab berhenti sekejap termenung sebab ada kisah yang buatkan kita berfikir sejenak sambil compare dengan kisah sendiri. 



Kisah pertama dalam buku ni dimulakan dengan kisah Bonda Nor sendiri yang bertajuk Puteri Kecubung yang menceritakan kehidupan penulis melalui cabaran dan liku-liku kehidupan sebelum dapat membina kerjaya yang stabil dan berjaya menjadi penulis best seller, menerima Anugerah Buku Popular dan penulisan beliau muncul di pelbagai media massa.

Dalam setiap kisah juga, terdapat pelbagai kata-kata motivasi, petikan hadith dan ayat Al-Quran dimasukkan yang berkaitan dengan kisah penulis untuk penghayatan bersama para pembaca. 

"Kadang kau bukan tak mampu, cuma tak tahu. Kadang kau bukan tak tahu, cuma tak sabar!"


Total Rating : 4.5/5

Current Read : Kota Teroris Zodiak - Amirul Idham

Saturday, May 28, 2022



Sinopsis :


Seluruh rakyat Malaysia gempar apabila Datuk Alex menjadi mangsa penculikan ketika beliau pulang dari majlis perasmian wisma perniagaan miliknya. Semua pengawal peribadi dan pemandu beliau mati dibunuh oleh penculik.


Tiga hari selepas kes penculikan Datuk Alex, semua saluran televisyen di Malaysia telah digodam dan memaparkan rancangan Zodiak TV. Orang yang menculik Datuk Alex muncul dalam rancangan tersebut dan memperkenalkan diri sebagai Zodiak. Datuk Alex telah dibunuh secara langsung di kaca televisyen yang ditonton oleh seluruh rakyat Malaysia.


Shah dan Badri, dua inspektor muda telah ditugaskan untuk menyiasat kes Zodiak yang diketuai oleh ASP Hasnan. Namun, siasatan mereka menemui jalan buntu apabila Zodiak sekali lagi muncul dalam rancangan Zodiak TV untuk membunuh mangsa seterusnya secara langsung di kaca televisyen!

Current Read : #GHOST - Zura Rahman

Thursday, May 26, 2022

Ebook dari PNM e-Reader


Sinopsis :


Dia bagaikan halimunan. Kewujudannya diakui,tetapi tidak kelihatan di mana-mana. Gerakannya tangkas dan cukup senyap. Kejam dengan senjatanya; dia membunuh tanpa belas kasihan. Dia bergerak di atas satu nama -GHOST


Apabila geng gagak hitam mengesyaki ada anggotanya belot, mereka melancarkan buruan. Pencarian mereka membawa Geng Gagak Hitam kepada lelaki yang bergelar GHOST. Terselamat dari cubaan dibunuh, dia tercedera. Takdir menemukan dia dengan seorang doktor yang prihatin, yang berada di tempat yang betul, pada waktu yang tepat.


Budi yang ditabur, telah mengheret Dr. Daryn Areena ke kancah dunia gelap mereka. Dia turut diburu oleh Geng Gagak Hitam, namun diselamatkan oleh lelaki yang digelar GHOST. Keadaan tergugat apabila dia mengetahui sesuatu tentang lelaki itu. Siapa yang cukup jahat untuk diburu begitu?


Apabila melarikan diri satu-satunya pilihan yang dia ada, Dr Daryn Areena tersepit. Antara hidup dan mati, dia memilih untuk hidup. Antara percaya dan tidak, dia keliru.


If there is no one else that you can trust, trust yourself. But, if you can't even trust yourself,you have to trust me - GHOST


Akhirnya kedua-dua mereka berada di dalam pelarian untuk menyelamatkan diri dari pihak-pihak yang rakus memburu mereka. Tetapi mampukah Dr Daryn Areena meletakkan sepenuh kepercayaannya kepada lelaki itu?


Ada perkara yang gelap tentang dia. Biar wajahnya tanpa riak, matanya itu.....penuh kedukaan. Dia.....diselubungi tanda tanya. Misteri tentangnya tiada bernoktah. - Dr Daryn Areen

Siapa dia sebenarnya?



Current Read : Amir Minah Macho - Ummu Wafa

Tuesday, May 24, 2022



Sinopsis :

SUATU hari, kereta katak Ariel rosak di tengah jalan. Seorang mekanik datang untuk membantu. Mekanik ni nampak lain daripada yang lain. Bersarung tangan, berkulit cantik dan bertopi baseball. Tiba-tiba Ariel rasa suka pada mekanik ni. Eh, takkan aku boleh suka kaum sejenis pulak?! Mula-mula bertentang mata dengan tuan punya kereta katak ni…

Amir terpegun. Handsome gila! Aduh, boleh angau aku dibuatnya. Alamak, macam mana nak cakap dengan dia ni? Alah… terpaksalah dia berlakon jadi orang bisu.

Sejak itu, Ariel sering berkunjung ke bengkel kereta tempat Amir bekerja. Niatnya ikhlas… dia ingin bersahabat dengan Amir. Dia dapat rasakan Amir ni seorang yang pelik, tapi baik hati. Namun, Amir mula rasa bersalah. Sampai bila dia harus berlagak seperti orang bisu? Sudahlah bahasa isyaratnya main taram saja. Dia cuba nak jauhkan diri, tapi Ariel pula makin hampir. Eeii… mamat ni tak faham ke buat-buat tak faham? Mana boleh mekanik selalu berada di samping CEO? Nanti dipandang serong pula. Ah, lantaklah… ada aku kisah?


Current Read : Pemusnah Hati - Siti Khadijah

Monday, May 23, 2022



Sinopsis :


Diculik, dikurung dan diseksa oleh Razak Hitam kerana ingin melihat TUAN ZABIR melutut di hadapannya. AISY RAISYA tergamam. Dia bingung. Penculikan itu telah membongkarkan identiti sebenar ayahnya yang selama ini disanjung tinggi. Aisy kehilangan kata. Dek perbuatan si ayah, Aisy yang menanggung akibatnya! 

Akan tetapi, rancangan itu tidak menjadi seperti yang dirancangkan. QARTAL muncul sebagai penyelamat meskipun dia salah seorang daripada penculik yang bertanggungjawab meletakkan nyawa Aisy dalam bahaya. 

Meskipun kepercayaan kepada Qartal bukanlah seratus-peratus tetapi demi menyelamatkan nyawanya, Aisy sanggup. Aisy diselamatkan beberapa kali oleh Qartal sewaktu dalam bahaya ketika melarikan diri. Namun, keadaan bertambah kusut apabila tanpa sengaja, hati Aisy tercuit dengan sisi lain yang ditunjukkan oleh Qartal. 

“Ada ke dalam dunia ni orang yang kena culik, boleh jatuh suka pada penculik? Mengarut, kan? Aku dah mula sukakan kau, Qartal.” -AISY RAISYA. 

“Jangan pernah berharap yang aku ni baik. Kau tak kenal siapa aku yang sebenarnya. Nanti kau akan menyesal! Kita berdua tak boleh jadi kawan ataupun musuh. Lepas keluar dari hutan ni, kau ikut haluan kau dan aku, ikut haluan aku. Anggap saja kita tak pernah berjumpa!” –QARTAL. 

Keadaan menjadi bertambah rumit dengan kemunculan UMAR FARUQ sebaik saja Aisy berjaya diselamatkan. Lelaki itu telah meletakkan Aisy dalam situasi yang sukar. Situasi di mana emosi dan perasaannya diuji dengan begitu hebat. Hatinya musnah dek kebenaran yang telah tersingkap. 

“Kalau awak perlukan teman untuk ketawa, saya ada. Kalau awak perlukan telinga untuk ceritakan masalah, saya ada. Kalau awak perlukan orang untuk hilangkan kesedihan awak, saya ada! Tak perlulah awak cari orang lain!” – UMAR FARUQ. 

Siapa Qartal dan Umar Faruq yang sebenarnya? Dapatkah Aisy mencari Qartal yang ‘hilang’? Mampukah Aisy memberi kemaafan kepada Tuan Zabir setelah lelaki itu membuat hidupnya kucar-kacir? Antara dendam dan simpati, manakah yang akan menguasai hati?


Ebook dari PNM e-Reader


Bayang Puaka Sekolah: Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, Puaka Bilik Darjah

(Siri Cerita Hantu) - Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, Rhea


Sinopsis :


Bayang Puaka Sekolah mengumpulkan tiga buku daripada Siri Cerita Hantu iaitu Puaka Asrama, Puaka Stor Sukan, dan Puaka Bilik Darjah. Nikmati kisah-kisah puaka yang meremangkan bulu roma daripada penulis-penulis seram hebat tanah air seperti Khairul Nizam Khairani, Siti Solehah, Pn Fakarina, Del Osmera, Lyla, Lavender Biru, dan Rhea.


Sekolah adalah fasa yang menyeronokkan dan paling penting dalam hidup seseorang, sama ada bagi yang sudah menjalani ataupun kepada para remaja yang sedang melaluinya sekarang ini. Menariknya tentang fasa ini, boleh dikatakan setiap sekolah mempunyai kisah seramnya yang tersendiri, yang disampaikan dari generasi ke generasi.


Kenapa sentiasa ada kelas yang ditinggalkan kosong dan berkunci di sekolah? Apakah benar ada banyak benda ghaib berkeliaran di sekolah?

Current Read : Jasad - Eqbal Mohaydeen

Wednesday, May 18, 2022

Ebook dari PNM e-Reader

Sinopsis :

Reykal dan Tenku yang bersahabat berkongsi cerita tentang kisah seram yang pernah didengari mereka berdua. Mereka berdua galak bercerita sehingga tanpa disedari, kejadian-kejadian yang menyeramkan mula menghantui mereka. 

Satu demi satu kejadian misteri yang menggerunkan bertubi-tubi mengganggu kedua-dua orang sahabat itu. Seolah-olah terdapat satu kuasa jahat yang memburu mereka dengan penuh bernafsu. Bahana apa yang melanda? Adakah ia realiti atau ilusi? Persoalan demi persoalan mencetuskan kekeliruan dan kekalutan. Saat jiwa kian kecamuk, saat debaran semakin melonjak, saat semangat kian terhapus, saat ketakutan semakin merasuk, mereka mula mendapat jawapan itu. Mampukah mereka keluar daripada lingkaran misteri itu? 


Current Read : Projek Athena : Manusia Ciptaan - Syeraho

Thursday, May 12, 2022


Ebook dari PNM e-Reader

Sinopsis :


“Adakah saya… masih lagi manusia?”


“Yang membuatkan kita manusia atau tidak, bukanlah keupayaan fizikal kita, Athena.”


“Habis tu apa?”


“Kemanusiaan”


Projek Athena adalah satu projek penyelidikan khas negara Erudayn bertujuan untuk mengkaji kualiti daya hidup dan keabadian manusia.


Namun bila Athena perlu diserahkan kepada pihak tentera untuk dilatih sebagai senjata ketenteraan, dia lari dan menyembunyikan diri.


Bagi memburu Athena, satu “senjata” khas dikeluarkan dari simpanan negara untuk menjejakinya.


Sepanjang pelarian, Athena menyaksikan realiti dunia dan sisi kemanusiaan yang tak pernah dilihatnya sebelum ini.


Apabila keselamatan Erudayn terancam, Athena menyedari dia perlu membuat keputusan yang amat berat baginya.


Bolehkah penciptaan manusia mendatangkan kebaikan berbanding kemudaratan?