Current Read : Bismillah Yang Hilang - Mohd Shafiee Hamzah

Friday, April 22, 2022

Ebook dari PNM e-Reader


Sinopsis :


BISMILLAH YANG HILANG. Cuba tengok solat kita. Bila kita baca al-Fatihah, kita akan sebut bismillah. Tidak sah solat kita kalau tertinggal bismillah. Tapi lepas kita bagi salam, bismillah mula hilang dari kehidupan kita.


Kenapa dalam solat tadi, bismillah selalu dibaca? Tapi lepas habis solat, bismillah pun lesap. Ke mana hilangnya bismillah yang kita baca dalam solat tadi?

Current Read : #hilalasyraf: Koleksi Status Facebook Terbaik

Wednesday, April 20, 2022

Ebook dari PNM e-Reader


Sinopsis :


“Kita tidak berFacebook kerana ia satu trend. Tetapi kerana kita melihat di sana ada yang dapat kita manfaatkan untuk pengembangan dan kelangsungan Islam itu sendiri.” - Hilal Asyraf


“Status Facebook pun Allah s.w.t. kira juga. Jangan ingat Allah s.w.t. itu tidak tahu perkara-perkara online ini. Maka, tulislah status-status facebook yang baik, memberikan manfaat, dan tidak pula mencambah dosa. Moga Facebook itu menjadi sebahagian wasilah kita ke syurga-Nya. Bukan gari yang merantai kita ke neraka-Nya.” - Hilal Asyraf 


Hilal Asyraf adalah penulis lebih daripada 20 buku best-seller. Buku Sebelum Aku Bernikah dan Untuk Kita Pendosa telah terjual melebihi 25,000 naskhah dalam masa kurang dua tahun.


Current Read : Ubah - Syed Alwi Alatas

Saturday, April 16, 2022


Sinopsis :

Jika Bukan Sekarang, Bila Lagi? Yang Penting Mulakan ...


Sebelum mencari di kejauhan, mengapa tidak mulakan saja dengan yang dekat, iaitu diri sendiri? Sebelum mengharap perubahan pada manusia lain, mengapa tak mulakan saja daripada manusia yang satu ini? Ya, diri kita sendiri!


Tidak ada manusia yang sampai ke destinasi yang dicita-citakan hanya dengan satu langkah. Mulakanlah dengan diri sendiri kerana itulah yang paling dekat. Pilihlah jalan yang paling tepat yang akan membawa ke tempat tujuan kita. Jika hendak ke hulu, jangan pula ambil jalan ke hilir. Kalau hendak ke syurga, jangan pilih jalan ke neraka.


# Jatuh untuk bangun! Teruskan melangkah.

Current Read : Tuhan! Aku Jauh... Bingkisan Hati Hamba Berdosa - Firdaus Zainal

Friday, April 15, 2022

Ebook dari PNM e-Reader


Sinopsis :

Karya “Tuhan! Aku Jauh…” ini adalah berkisar tentang realiti kehidupan masyarakat masa kini yang semakin jauh dengan Tuhan. Dorongan nafsu yang membara, desakan fitnah akhir zaman yang semakin memuncak ditambah dengan kemajuan teknologi terkini yang seakan tiada penghujungnya menjadikan kita selangkah demi selangkah berlalu pergi meninggalkan Yang Maha Pencipta. Kita terlupa untuk apa kita dihantar ke dunia. Kita terleka hanyut dengan indahnya dunia. 

Karya ini cuba untuk menyelam ke hati pembaca dengan mengingatkan kembali kepada perjanjian antara kita dengan tuhan semasa di alam roh selain berusaha meletakkan keikhlasan cinta dan rindu itu kepada manusia paling mulia, Nabi Muhammad s.a.w. Selain itu, penulis juga merungkai dilema kehidupan masyarakat yang sedikit demi sedikit terhakis nilai imannya kerana terjerat dengan tekanan hidup yang mendesak dan kepalsuan syurga dunia hingga akhirnya tersesat di satu persimpangan yang sangat jauh. 

Tanpa kita sedar, fitnah dunia yang direka musuh-musuh Islam secara perlahan-perlahan melekat di hati kita sehingga akhirnya kita hidup mengejar-ngejar keagungan dunia. Berinspirasikan Hujjatul Islam Imam al Ghazali, penulis mengambil inisiatif tersendiri dengan merungkai permasalahan umat secara telus dan berani yang memungkinkan karya ini mudah dicerap menjadi santapan jiwa dan minda pembaca. Imam al Ghazali meletakkan dunia ini sebagai satu kepalsuan dan kita harus bersedia menuju ke alam kekal abadi. Tiada apa yang penulis harapkan selain sedikit ilmu yang dikongsi di dalam karya ini menjadi jariah yang berpanjangan di alam barzah kelak dan kita semua akan berkumpul semula di syurga. Marilah kita kembali merintis jalan mencari tuhan. “Bersabarlah meniti di atas sempitnya dunia. Nanti kita akan berlari-lari di syurga.” Firdaus Zainal


Current Read : Stop Look Go! - Drs. Shukur

Thursday, April 14, 2022

 

Sinopsis :

STOP, LOOK, GO! menyingkap pemerhatian dan pemikiran seorang warga istimewa tentang kehidupan masyarakat sekeliling.

Kita lupa dalam kita selesa, ada yang sesak, dalam kita gembira, ada yang berduka. Lebih malang, ada yang tergamak merampas 'hak' orang lain demi mengejar kemahuan diri. Di mana hilangnya nilai-nilai murni yang sekian lama diterapkan dalam diri kita dahulu? 

Current Read : Koleksi Terbaik Cerita Dari Mekah

Wednesday, April 13, 2022

 

Ebook dari PNM e-Reader

Sinopsis :

Cerita-cerita dari Mekah mula disiarkan oleh majalah Mastika sejak keluaran November 1996. Itulah buat pertama kalinya media di negara ini menyiarkan cerita yang sedemikian. Penceritanya ketika itu ialah tokoh agama, Datuk Dr. Haron Din Al;Hafiz, mengenai seorang jemaah yang sentiasa diburu perempuan berbogel setiap kali ingin memasuki Masjidilharam, manakala seorang lagi jemaah akan muntah dan sakit perut sebaik sahaja meminum air zamzam. Artikel itu dipersembahkan dengan cara yang mudah dan 'human interest' sifatnya.


Current Read : 25 Pahlawan Islam - Shafie Abdul Rahman

Tuesday, April 12, 2022

 

Ebook dari PNM e-Reader


Sinopsis :

Sejak Islam diutus melalui Nabi Muhammad s.a.w,bukan sedikit lahirnya pejuang dan pahlawan-pahlawan Islam yang sanggup mengorbankan diri mereka demi mempertahankan kesucian agama Islam. Mereka meletakkan kepentingan agama melebihi daripada segala kepentingan diri,demi menegakkan Allah s.w.t.di muka bumi ini. Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w,baginda telah berjaya mendidik para sahabat yang menjadi generasi Al-Quran,yang sanggup berkorban nyawa demi melindungi Rasulullah s.a.w,agama Islam dan orang-orang Islam ketika itu. Maka lahirlah para pejuang terulung seperti Sayidina Hamzah,Mus'ab bin Umair,Abu Ubaidah Al-Jarrah,Khalid Al-Walid,Saad bin Abi Waqqas,Jaafar bin Abi Talib dan ramai lagi.


Perlulah diingat bahawa kisah-kisah kepahlawanan ini tidak seharusnya dijadikan sebagai satu catatan sejarah yang kemudian hilang atau dilupai dengan peredaran masa. Kisah-kisah pahlawan terkemuka dalam sejarah dunia Islam ini sewajarnya kita hidupkan terus dalam diri kita terutamanya dalam perjuangan kita menjalani kehidupan sebagai Muslim sejati,mengamalkan Islam sebagai satu ad-din dan nizamul hayat. Elakkan diri daripada mencontohi mereka yang di luar lingkungan dunia Islam kerana pahlawan-pahlawan Islam ini telah berjaya mencorakkan dunia Islam dengan darah mereka yang harum mewangi,bak burung-burung yang bebas berterbangan di syurga.


Semoga paparan suka duka perjuangan pahlawan Islam yang dipaparkan di dalam buku ini dapat dijadikan pedoman. Seterusnya sama-samalah kita menghayati dan cuba menjadikan mereka sebagai ikon generasi muda umat Islam kini dalam mempertahankan kesucian agama Islam. InsyaAllah.


Current Read : 10 Tokoh Usahawan Muslimah - Sakinah Salleh

Monday, April 11, 2022

 



Sinopsis :

10 Tokoh Usahawan Muslimah mendedahkan rahsia dan resipi kejayaan sebenar para wanita yang hebat dalam empayar perniagaan mereka. Namun, pada masa yang sama, tetap meletakkan Islam di tempat yang tertinggi.

Tokoh yang diketengahkan adalah:

Puan Zawati Ibrahim (Jatimas Asia Sdn. Bhd.)
Puan Ramlah Hamad (AnsarComp Sdn. Bhd.)
Puan Qutreen Nada (Children Islamic Centre-CIC)
Chef Hanieliza (Penulis bestseller buku 1 Hari 1 Resipi)
Puan Wan Khadijah (Tanjung Cindai Sdn. Bhd.)
Puan Zainon Salleh (Zai's Food ZS Maju Product)
Puan Famiza Zulkifli (Muslimah Skincare & Cosmetic Manufacturing Sdn. Bhd.)
Dr. Norhanis (Klinik Pergigian Famili)
Puan Rusni (Al-Hikmah Sdn. Bhd.)
Puan Norasyikin (Sumayya Design Sdn. Bhd.)

Kisah mereka yang penuh inspirasi ini digarap dengan jelas, langkah demi langkah, dan diselitkan dengan motivasi perniagaan dalam setiap bab.

Current Read : HERO - Zakri Rahman

Saturday, April 9, 2022

Ebook dari Google Play Books

Sinopsis :

Hanya tiga perkara yang berlegar dalam hidup Hadi: Kebencian pada bapanya iaitu seorang bekas superhero; persahabatan dengan kawannya Ray; dan cintanya yang tak berbalas pada Aisya, rakan sekuliahnya.

Hadi ingin menjadi superhero setelah mengetahui yang Aisya meminati superhero. Setelah insiden di tempat kerja part-timenya dan insiden menyelamatkan Aisya dari diragut, cita-cita Hadi untuk menjadi superhero semakin menebal, tetapi bukan seperti bapanya.

Pencarian superhero baru negara pun bermula dan Hadi mendaftar sebagai peserta di Akademi Satu Superhero. Pemilihan superhero adalah berdasarkan program realiti TV. Di situ, Ray berkenalan dengan rakan dan lawan seperti Gel, Stone, Chick dan Aziz Hamidun. Siapa yang akan muncul juara?


Current Read : Pelan-pelan Kayuh

Friday, April 8, 2022