Koleksi Buku untuk Tahun 2022

Friday, January 28, 2022


Harini cuma nak share koleksi buku dekat rumah. Sambil mengemas buku tengok banyak juga buku dan novel yang masih wrap tak buka lagi. Tak tahu la bila sempat nak membaca semua ni sebab mostly seronok membeli sahaja sebab pantang tengok ada release buku baru mesti nak beli. 


Ni pun lebih dari separuh buku-buku dah jual sebab dah tak ada ruang nak simpan terutama buku-buku dengan majalah lama. Susunan buku ni ikut publisher sebab lagi senang nak cari dan ingat. Cuma karya RAM, Hilal Asyraf, Hlovate dengan Melur Jelita sahaja yang asingkan sebab memang target nak kumpul semua novel penulis-penulis ni.


Rak buku IKEA macam ni tak boleh nak letak buku sampai 2 layer sebab letak 1 layer pun dah melendut jadi terpaksa tambah rak buku lain. Salah satu goal tahun ni nak makeover mini library ni, nak manfaatkan semua space yang ada jadi banyak lagi buku boleh simpan.


2 comments

  1. Semoga impian itu akan dipermudahkan.. Suka tengok rak hitam dengan susunan buku tu.. Bersinar-sinar mata tengok koleksi buku Fariha..

    ReplyDelete
  2. banyaknya collection buku dia

    ReplyDelete