"BACKSTAGE" Gandingan Adik-Beradik Terkenal Vanesha Prescilla & Sissy Prescillia Temui Penonton Di Malaysia 20 Januari Ini

Thursday, January 20, 2022


Astro Shaw kembali tampil filem pertama 2022. Kolaborasi bersama penerbit terkemuka Indonesia; 'Backstage' temui penonton Malaysia.

Istimewanya, filem ini adalah hasil kolaborasi strategik julung kali bersama penerbit terkemuka Indonesia, Paragon Pictures dan Ideosource Entertainment serta membabitkan perusahaan teknologi, Endeavor Content; dan informasi, digital dan telekomunikasi, NFC Indonesia. Buat peminat dan penggemar filem, Backstage bakal menemui penonton di seluruh pawagam Malaysia bermula 20 Januari ini.


Menariknya, Backstage mempertaruhkan gandingan adik-beradik terkenal Indonesia iaitu pelakon dari filem drama romantik no 1 terlaris di Indonesia, Dilan 1990, Vanesha Prescilla dan filem popular Ada Apa Dengan Cinta, Sissy Prescillia. Mereka berdua juga mendapat kepercayaan untuk menyanyikan lagu-lagu di dalam filem.



Lagu ‘Melangkah’ menjadi lagu tema utama filem dan ia hasil kolaborasi antara Vanesha, Sissy dengan komposer ternama Indonesia, Andi Rianto dan lirik oleh Monty Tiwa. Selain lagu ‘Melangkah', lagu lain yang turut menghiasi filem adalah ‘Apa Adanya’, ‘Aku Takkan Berhenti’, ‘Seberapa Pantas’, ‘Terbaik Untukmu’, ‘I Remember’, ‘Bagaikan Langit’.

Filem arahan pengarah Guntur Soeharjanto ini turut dibintangi oleh Achmad Megantara, Aulia Sarah, Karina Suwandi, Ferry Salim, Verdi Solaiman, dan Roy Sungkono. Backstage telah ditayangkan di pawagam seluruh Indonesia sejak 30 Disember 2021 sehingga kini.

“Setelah hampir dua tahun Astro Shaw tidak menampilkan filem di layar lebar, tahun ini kami kembali dengan sebuah filemterbaru, Backstage. Selepas meneliti perkembangan sambutan pawagam di Malaysia yang baru sahaja bermula selepas penutupan di sebabkan pandemik, kami yakin kini adalah masa yang tepat untuk meneruskan momentum positif dan merancakkan lagi perfileman tempatan. Tambahan pula dengan prosedur operasi standard (SOP) terbaru yang membenarkan kedatangan kanak-kanak bersama ibu bapa yang lengkap vaksin untuk menonton bersama, lantas ia menjadi lebih meriah dengan tontonan dari kalangan keluarga.
“Filem Backstage mempersembahkan jalan cerita yang dekat di hati penonton dengan mengangkat elemen kekeluargaan, pengorbanan dan kesungguhan dalam menggapai impian ini. Ia turut dimantapkan lagi dengan babak-babak muzikal yang memperlihatkan sisi berbeza oleh gandingan julung kali oleh pelakon adik-beradik popular Indonesia, Sissy Prescillia dan Vanesha Prescilla. Kami mengharapkan kehadiran filem Backstage mampu mencetus keterujaan penonton Malaysia dan sekali gus menjadi penanda aras dan menggalakkan lagi penerbit-penerbit tempatan untuk kembali yakin pertaruhkan filem di pawagam.”
Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad

Ketua Pegawai Eksekutif yang juga merangkap Eksekutif Produser Ideosource Entertainment, Andi Boediman berkata “Kami pernah bekerjasama dengan Astro sebelum ini. Menerusi sokongan padu dari pihak Astro terdahulu, ia meyakinkan kami bahawa Astro mempunyai keupayaan dalam menghasilkan konten terbaik, dan jika kami terus berkolaborasi lagi, ia mampu menghasilkan sinergi yang mantap. Kami harap menerusi kerjasama kali ini, ia dapat mengangkat industri filem Indonesia dan Malaysia ke standard yang lebih tinggi dan sekali gus mampu menguasai pasaran Asia. Filem Backstage adalah permulaan buat kami dalam mempersembahkan konten berkualiti kepada penggemar dan penonton filem di Malaysia. Sokongan positif anda pasti akan menyuntik lagi semangat buat kami dalam menerbitkan filem terbaik yang memenuhi cita rasa penonton di sana.”

"Filem Backstage begitu istimewa di hati saya kerana Backstage adalah idea asal daripada saya dan saya turut terlibat dalam penghasilan skrip. Saya berharap penonton di Malaysia dapat menerima dan terhibur dengan filem ini seperti mana kami teruja menghasilkannya. Jadi saya menyeru penonton di Malaysia agar menonton bersama keluarga anda di pawagam berhampiran dan saksikan penampilan pertama gandingan oleh Vanesha dan Sissy di dalam filem. Mereka adalah adik-beradik popular dan di dalam filem ini juga mereka membawakan watak sebagai adik-beradik dengan ‘chemistry’ yang mampu meninggalkan kesan. Malah, Backstage juga mempertaruhkan elemen muzikal dengan drama realiti yang mana ia jarang diketengahkan menerusi filem-filem di Indonesia mahu pun di Malaysia. Sementara itu, menerusi kolaborasi bersama Astro, kami berharap dapat bekerjasama lagi dengan pihak Astro di masa hadapan dalam menghasilkan lebih banyak filem yang mengangkat elemen serumpun dan jalan cerita yang dekat dengan penonton di Malaysia serta Indonesia." 
Penerbit Paragon Pictures, Robert Ronny

Nantikan filem Backstage yang akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 20 Januari  2022.  Ikuti  perkembangan  dan  info  tentang  filem  Backstage  menerusi  akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw. 

----------------------------------------------------------------------------------------

Mengenai Astro Shaw

Astro Shaw adalah sebuah syarikat penerbitan filem Malaysia untuk pasaran tempatan dan nusantara. Astro Shaw juga giat dalam memasar serta mengedar filem-filem tempatan dan serantau sekaligus mengukuhkan kedudukannya di pasaran global. Sejak ditubuhkan pada tahun 1996, kini Astro Shaw telah menerbitkan lebih 90 buah filem dalam pelbagai genre dan bahasa. Antara kejayaan besar Astro Shaw adalah menerusi filem Polis Evo, Hantu Kak Limah, Abang Long Fadil 2, Paskal, Dukun,The Garden of Evening Mists.


Tentang Ideosource Entertainment

Ideosource Entertainment (IDEO), anak perusahaan PT NFC Indonesia Tbk (NFCX), Grup PT M Cash Integrasi Tbk (MCAS), didirikan pada tahun 2017 dengan fokus bisnis dalam penyaluran investasi kesektor Film & Media nasional. Pada periode berikutnya, IDEO telah berhasil memperluas sektor bisnisnya ke bidang Produksi Film & Media, Agensi Pemasaran Digital, dan Platform Analisa Film & Media. Investasi Film dan Media menitikberatkan pada pembiayaan beragam film Indonesia. Model investasi film dibangun dengan kerjasama yang baik dengan para produser ternama nasional.



Tentang Paragon Pictures

Didirikan pada tahun 2019, Paragon Pictures berfokus pada pengembangan, produksi, pemasaran, dan distribusi film IP untuk pasar Indonesia & Global. Paragon Pictures merupakan afiliasi dari Ideosource Entertainment, sebuah perusahaan media yang berinvestasi dalam industri film dan ekosistemnya. Bermitra dengan produser terbaik Indonesia, Ideosource Entertainment berinvestasi dalam berbagai film layar lebar termasuk Keluarga Cemara, Sobat Ambyar, Aruna & Lidahnya, Gundala, Bebas, Guru-Guru Gokil, Backstage, Losmen Bu Broto dan lainnya.


Post a Comment