Lirik Lagu : ALYPH - SWIPE (ft. Dato Seri Vida)
Friday, October 28, 2022
SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
Saturday, August 27, 2022
SYAFIQ YUSOF BUKTIKAN ABANG LONG FADIL 3 FILEM KOMEDI AKSI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN
“Ketawa Tanpa Henti, Padat Aksi Mendebarkan, Gandingan Pelakon-Pelakon Hebat”
FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’
Saturday, August 20, 2022
FILEM DENGAN GELAGAT KOMEDI LATAH KEMBALI DENGAN SEKUEL, ‘KAMPUNG LATAH…THE MUMMY’ | “Turut Tampilkan Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Shashic, Mamak Putih, Sharif Zero, Jaafar Onn, Acong Sweetchild”
Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, KAMPUNG LATAH...THE MUMMY dan akan menemui penonton Di Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480 bermula 25 Ogos ini. Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi.
Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.
Malah dari sudut jalan cerita pula, kelainan yang dipersembahkan adalah kisah fiksyen berkenaan ‘mummy’ dan melibatkan penyediaan prop dan busana yang teliti serta babak yang melibatkan CGI. Meskipun filem ini menonjol elemen komedi, namun turut menyelitkan mesej-mesej positif yang mampu dijadikan pengajaran dan ingatan buat penonton.
Menurut Penerbit Kampung Latah...The Mummy & Wakil MEGAPINE (M), Hazil Izham Ismail berkata, “Selepas filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerima sambutan baik daripada penonton pada tahun lalu, kami tidak teragak-agak untuk menampilkan sekuel seterusnya kerana yakin komedi dan konsep jalan cerita yang dipersembahkan boleh diterima oleh penonton. Menariknya sekuel terbaru iaitu Kampung Latah...The Mummy ini adalah ia memaparkan lebih aksi dan lebih telatah komedi, di samping mengekalkan konsep latah. Selain itu, turut menampilkan watak baru yang dijayakan oleh barisan pelakon popular dan itu menjadi satu cabaran buat produksi untuk menghimpunkan mereka dalam setiap babak. Kami berharap agar Kampung Latah...The Mummy mampu menghiburkan semua golongan penonton dan sekali gus memgulangi pencapaian box office di Astro First.”
Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.
Saksikan filem komedi, Kampung Latah...The Mummy yang akan berada di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 25 Ogos 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Bagi yang ingin menonton Kampung Latah Kena Kuarantin, boleh melanggan kombo Koleksi Opocot! Latah yang menampilkan dua filem iaitu ‘Kampung Latah Kena Kuarantin’ dan ‘Kampung Latah...The Mummy’ dengan harga RM19.90 bermula 25 Ogos. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, TikTok, Facebook, Twitter Astro First, Astro Shaw dan Astro Gempak.
********************
MEGAPINE (M) SDN. BHD.
MEMPERSEMBAHKAN
KAMPUNG LATAH…THE MUMMY
Tajuk : KAMPUNG LATAH…THE MUMMY
Genre: KOMEDI FANTASI
Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]
Produksi: MEGAPINE (M) SDN. BHD.
Bahasa: BAHASA MELAYU
Durasi Filem: 108 MINIT
Jumlah Hari Penggambaran: 15 HARI
Tarikh Penggambaran:15 FEB 2022 - 1 MAC 2022
Lokasi Penggambaran: SEKITAR JANDA BAIK
Tarikh Tayangan di Astro First: 25 OGOS 2022
BARISAN PELAKON
AZHAN RANI sebagai AJIN
NAZIA MUSTAFAR sebagai JAMILAH
IEDA MOIN sebagai ETON
PS MANSUR sebagai MANSUR
DIN LATAH sebagai DIN
ADLIN AMAN RAMLI sebagai MUMMY
BELL NGASRI sebagai ABON
SHARIF ZERO sebagai B-BOY
MAMAK PUTIH sebagai AARON
RIEZMAN KHUZAIMI sebagai YB HAZIL
SYUK SAHAR sebagai USIN MARKUP
SHASHIC IEWAN sebagai SYAFIQ GAGAP
ACONG SWEETCHILD sebagai KONTRAKTOR ACONG
WANIE OOI sebagai PONTIANAK
SOUYA sebagai POCHONG
ALONG KEMBO sebagai HANTU GIGI
DELIMAWATI sebagai MAK KIAH JANDA
RAZAK AHMAD sebagai USTAZ
RUZAIDI RAHMAN sebagai BOMOH JAWA
ANN ABDULLAH sebagai BOMOH NEK SIAM
SHARWANI NS sebagai PM SHAHRIN
DATO’ HARIS EMBONG sebagai HAJI ARIS
ILHAM ABATA sebagai ZACK VLOGGER
DRAMAN MUHAMAD sebagai PAK ABU
NORIZA SALLEH sebagai MAK ESAH
KHAIRUL AKEK sebagai PAKCIK BASIKAL
TUNGGAK UTAMA
Dipersembahkan oleh : MEGAPINE (M) SDN. BHD.
Penerbit: HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR
Penerbit Eksekutif: ZULSHAHRIN ABDUL RAHMAN
Penerbit Penyelaras: NOOR LELA ABDULLAH SANI
Pengarah: AZIZI HJ ADNAN [FDAM]
Penolong Pengarah: SAIFUL ZAIDRIN ISMAIL
Skrip : AZIZI HJ ADNAN [FDAM]
Pembantu Skrip: ILHAM ABATA
Cerita Asal : HAZIL IZHAM ISMAIL & NAZIA MUSTAFAR
Lakon Layar : AZIZI ADNAN [FDAM]
Pengurus Produksi: SITI NOR AISHAH SHEIKH ABD KADIR
Pengarah Fotografi: JACK RAHMAD
Penyunting: AKASHDEEP SINGH
Kesan visual: NIKHIL BHIDE
Muzik Skor: DIRECT AUDIO STUDIO
Penata Bunyi: DIRECT AUDIO STUDIO
Pereka Busana: TINA OTHMAN
Penata Tatarias: EKIEN ZAMBRI
Jurugambar: KHAIRUL SYAZREE
SINOPSIS
Melayu
Kampung Latah...The Mummy menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.
Dato’ Awie Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalam ‘KIDS NOWADAYS’
Wednesday, August 17, 2022
Dato’ Awie Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalam ‘KIDS NOWADAYS’
Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Kids Nowadays’ menekankan kepentingan menimba ilmu yang tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan umur masyarakat. Malah penceritaan drama ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya.
Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan sefakultinya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq. Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.
Book Review : Khayalan - Hasif Rayyan
Wednesday, July 27, 2022
Tajuk : Khayalan
Penulis : Hasif Rayyan
Editor : Faizah Hamid
Ilustrasi : Khaizu Safirah
Reka Bentuk Kulit : Jaie Ramlee
Reka Letak : Ikram Mohd Noor
Penerbit : Iman Publication Sdn Bhd
ISBN : 978-983-2423-65-2
Tahun Terbitan : Cetakan Pertama – Mac 2019, Cetakan Kedua – April 2019
Muka Surat : 329
Bacaan melalui Ebook dari PNM e-Reader ( 25/07/2022 - 27/07/2022)
Sinopsis
Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.
Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.
Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakhzan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.
Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif.
“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas. “Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.
Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.
Review
Sebenarnya faktor utama masa nak baca buku ni sebab cover dia cantik. Simple dan nice je. Baca sinopsis pun macam not bad. Terus pinjam dan mula baca. Awalnya ingat ni novel seram sebab awal bab lagi dah ada kemunculan makhluk dan pelbagai jenis entiti tapi rupanya tentang kesihatan mental dan semua entiti tu wujud dalam minda Hasif sahaja.
Dari awal sampai hujung tak banyak pun watak yang ada. Yang diperincikan hanyalah watak Hasif, Rakzhan, sang lembaga hitam dan mama Hasif. Watak sampingan, Iqbal iaitu rakan sekerja Hasif pun muncul sikit-sikit sahaja. Yang menariknya, semua watak ni bila muncul memang terasa in character dengan semua watak sebab penulis pandai olah semua character dengan emosi dan details yang terperinci. Tak ada masalah dan tak keliru pun nak bezakan semua watak yang ada. Jarang tau nak jumpa penulis yang berjaya hidupkan semua watak dan bawa pembaca tu sama-sama berimaginasi dan pergi adventure siap dengan emosi sekali. Paling best bila ada terselit beberapa ilustrasi yang menggambarkan situasi semasa bacaan tersebut.
Plot kisah ni simple sahaja tapi menyentuh tentang topik yang berat dan sentiasa diabaikan iaitu kelemahan mental, anxiety dan tekanan perasaan melampau yang membawa kepada pelbagai konflik. Konflik yang dihidangkan adalah tentang bagaimana Hasif bergelut dengan darkside dia iaitu ketakutan dan kelemahan dia dalam kehidupan seharian, cabaran dia untuk jadi seorang penulis dan juga pergaduhan dan salah faham antara Hasif dan mamanya. Hasif juga mempunyai penyakit epilepsi atau biasa kita panggil sawan. Mostly masa Hasif ni diserang epilepsi lah, dia akan dibawa ke dunia khayalannya seperti Sancturia dan ada juga tempat-tempat menarik lain bergantung pada keadaan Hasif.
Hasif ni pelajar tahun keempat jurusan TESL di IPG dan tengah buat praktikum kedua sebagai guru pelatih. Tertekan dengan cabaran dia sebagai guru pelatih tambah lagi dia dipaksa rela untuk jadi seorang guru oleh ibu dia buatkan Hasif kena serangan epilepsi dan menjemput sang lembaga hitam tu dalam hidup dia sekali lagi.
"Kau kena ingat, aku ni kawan kau. Dan aku bukan setakat kawan kau yang biasa-biasa. Aku cukup kenal dengan perangai kau. Kalau ada masalah jangan pendam sorang. Tak payah nak beria-ia sangat nak sembunyikan sesuatu macam tadi."
Rakzhan
Rakzhan sahabat baiknya yang dikenali sejak tujuh tahun dulu sentiasa ada dengan Hasif tak kira susah atau senang dan pendengar pendengar setia Hasif. Dia sentiasa cuba nasihat dan faham keadaan Hasif tanpa pandang rendah pun terutama bila Hasif kena attack dengan lembaga hitam tu. Cuma sayang sangat tak banyak monolog atau penceritaan watak Rakzhan ni. Penulis patut kembangkan lagi watak Rakzhan ni sebab tujuh tahun dia setia dengan Hasif susah senang tapi tak nampak sangat kisah persahabatan mereka.
Dekat permulaan setiap bab ada bait lirik dari ramai artis yang relate dengan bab tu. Suka sangat bila banyak lagu One Ok Rock dengan Linkin Park. Memang favourite band dengan lirik puitis dan emonya sesuai untuk kisah Hasif ni.
One Ok Rock, Adult Suit
Linkin park ft Kiiara, Heavy
One Ok Rock, Nobody's Home
Highly recommend untuk semua terutama yang suka kisah plot yang simple tapi banyak bermain dengan emosi. Plus point untuk visual dan vibe ala-ala manga dan anime.
Total Rating : 4.9/5
Current Read : Khayalan - Hasif Rayyan
Monday, July 25, 2022
![]() |
Ebook dari PNM e-Reader |
Sinopsis :
Hasif sudah lama tidak didatangi lembaga hitam yang mengganggunya sejak remaja.
Sebelum ini, lembaga itu selalu mengancam Hasif dengan fikiran-fikiran negatif sehingga memberi kesan kepada kehidupan seharian dan perhubungannya dengan orang sekeliling.
Jika bukan disebabkan sahabat baiknya Rakzhan, yang sentiasa membantu mempertahan dan melindungi Hasif, dia tahu sudah lama dia akan tewas di tangan lembaga itu.
Namun satu hari, entiti yang ditakuti itu muncul kembali dalam hidup Hasif. .
“Takkanlah dia nak muncul tanpa sebab,” mudah Rakzhan membidas.
“Kau yang jemput dia kembali, kan?” dia menyoal, terus-terang.
Khayalan mengisahkan tentang pergelutan dalaman seorang lelaki melawan ketakutan terbesarnya.
Current Read : HAURI - Asmar Shah
Sunday, July 24, 2022
Sinopsis :
Manusia sekeliling menganggap dia sebagai bomoh. Ada juga yang menggelar dia sebagai pengamal ilmu mistik. Tapi sebenarnya dia lebih daripada itu.
Dia manusia terpilih. Parasnya indah bagai bidadari. Pewaris tugas masa lampau untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan alam ghaib. Dia dibantu oleh dua penjaganya – manusia dari zaman dulu yang diberikan keizinan oleh Maha Pencipta untuk turun semula ke Bumi.
Percaya atau tidak pada mereka, itu terpulang. Apa yang penting, dia harus melaksanakan tugas yang dipikul.
Sesiapa saja di dunia ini punya hak untuk percaya atau tidak. Jadi kau bagaimana?
Percaya dan yakin yang dia adalah Hauri?
Lirik Lagu TXT (TOMORROW X TOGETHER) - 'Valley of Lies (feat. iann dior)
Friday, July 22, 2022
Produced By - Andrew Luce
Written By, Composer, Lyricist - Andrew Luce, iann dior, YEONJUN (연준), H4LFTIME & Slow Rabbit
Label - BIGHIT MUSIC
Release Date - July 22, 2022
Lyrics
[Intro: iann dior]
Through the valley of lies
Through the valley of lies
[Chorus: iann dior]
I'm walking through the valley of lies
I see a coffin, perfect fit for my size
They won't open, got silky stitch in my eye
I'm hurting and I lost my heart in the sky
[Verse 1: iann dior]
Taking trips down uncharted roads
Them very lonely roads
Looking for a pot of gold
Your love was not enough
It don't make no sense to me
And now you're begging, "Please"
Remember you was hurting me
Well, keep that energy
[Pre-Chorus: iann dior]
I've been waiting
Knowing you won't show up
Don't make no sense
I'm not
(I'm not giving in)
[Chorus: iann dior]
I'm walking through the valley of lies
I see a coffin, perfect fit for my size
They won't open, got silky stitch in my eye
I'm hurting and I lost my heart in the sky
[Post-Chorus: iann dior & YEONJUN]
On, and on, and on (And on)
Keep fighting, Armageddon
Now things are getting rough
I never thought you'd be a lesson
Go, you go, you go
How come I never see ya?
I'm really getting close to giving up
I hate the feeling
[Verse 2: YEONJUN]
Yeah, through the valley of your lies
The water keeps flowing down
You won't believe it's all from my eyes
Thought you were the one (One)
You tarnished our love (Love)
Yeah, with your liar's tongue (Tongue)
After all
You knew that we would end up this way
I never knew my love would turn gray
All our memories in my head
It's time to bury 'em away
Way deep inside the valley
It's gonna be okay, hey
[Refrain: iann dior]
Ah, nana-nana, ah, nana-nana
Ah, nana-nana, nana-nana
Ah, nana-nana, ah, nana-nana
Ah, nana-nana, nana-nana
[Chorus: iann dior, YEONJUN & iann dior]
I'm walking through the valley of lies
(Ah, nana-nana, ah, nana-nana)
I see a coffin, perfect fit for my size
(Ah, nana-nana, nana-nana)
They won't open, got silky stitch in my eye
(Ah, nana-nana, ah, nana-nana)
I'm hurting and I lost my heart in the sky
(Ah, nana-nana)
[Post-Chorus: YEONJUN & iann dior]
On, and on, and on (And on)
Keep fighting, Armageddon
Now things are getting rough
I never thought you'd be a lesson (Go)
Go, you go, you go (Go)
How come I never see ya? (See ya)
I'm really getting close to giving up
I hate the feeling
[Lyrics : genius.com]
Astro Prima Menjadi Platform Rakyat Malaysia Bersinar Menerusi Suara Viral 3.0
Wednesday, July 20, 2022
Astro Prima Menjadi Platform Rakyat Malaysia Bersinar Menerusi Suara Viral 3.0
Astro Prima kembali menonjolkan bakat-bakat terpendam negara dalam Suara Viral 3.0. Musim kali ini diteruskan dengan mempertaruhkan para peserta daripada pelbagai latar belakang yang pernah tular di media sosial kerana memiliki bakat nyanyian yang luar biasa.
Pertama kali dilancarkan pada tahun 2020, rancangan ini berjaya memperoleh jumlah tontonan sebanyak 3.4 juta di Astro Prima dengan lebih daripada 600 ribu minit tontonan di platform penstriman On Demand dan Astro GO pada musim keduanya. Suara Viral 2.0 juga telah mengecapi hampir 800 ribu tontonan untuk semua klip promosinya di platform digital RiaX dan Astro Gempak. Kejayaan yang diperoleh menjadikan rancangan ini sebagai platform pilihan utama bakat-bakat terpendam tanah air untuk melebarkan bakat mereka dalam industri kreatif ini.
Pencarian bakat untuk Suara Viral 3.0 telah dilakukan secara dalam talian. Ujibakat ini dianjurkan menerusi penyertaan yang dihantar ke platform SINAR dan Astro Gempak berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh pihak kerajaan pada bulan Julai dan Ogos 2021.
Daripada hampir 1,000 video ujibakat yang diterima, 42 peserta telah dipilih termasuk penyanyi solo, duo atau berkumpulan (dalam bentuk band, busker atau penyertaan keluarga yang tidak melebihi enam orang ahli) berumur 18 tahun ke atas untuk berentap dalam musim ketiga selama tujuh minggu. Enam peserta akan bersaing antara satu sama lain dalam setiap minggu dan juara mingguan akan mara ke peringkat suku akhir, separuh akhir dan akhir untuk menjadi juara keseluruhan.
Antara keunikan yang dibawa kembali dalam musim ketiga adalah pengunaan konsep ‘Tangga Viral’ di mana setiap peserta akan memulakan persembahan mereka di anak tangga yang teratas dengan hanya menunjukkan bayangan silhouette mereka kepada para juri. Cabaran bagi setiap peserta merupakan kehebatan suara mereka dalam menarik perhatian setiap juri untuk menekan butang buzzer yang akan menyalakan lampu di setiap anak tangga sehingga ke anak tangga yang terakhir. Identiti dan wajah setiap peserta hanya akan didedahkan sekiranya kesemua enam orang juri menekan butang buzzer mereka sekaligus lantas membawa peserta ke tengah pentas.
Nasib setiap peserta terletak pada kehebatan nyanyian mereka. Penjurian dan pemarkahan pada kali ini diteruskan dengan menggunakan sistem liga berdasarkan pemarkahan sepenuhnya daripada pihak juri profesional.
Bersiaran selama 10 minggu, Suara Viral 3.0 mengekalkan gandingan hebat antara penyampai radio ERA, stesen nombor satu negara, Danial Zaini bersama penyanyi, pelakon, penulis lagu dan komposer berbakat, Naim Daniel sebagai hos utama rancangan.
Manakala barisan juri pula masih digalas oleh nama-nama besar seperti Dato’ Hattan, Marsha Milan, Aina Abdul dan Haqiem Rusli. Suara Viral 3.0 juga turut menampilkan bakat-bakat hebat industri seni tanah air sebagai juri jemputan termasuk Mawi, Sarah Suhairi, Ara Johari, Sean Lee, Kaka Azraff, Didie Alias, Amy Search, Sharif Zero dan banyak lagi.
Pemenang mingguan akan membawa pulang RM1,000 selama 7 minggu dan juara keseluruhan akan memenangi hadiah wang berjumlah RM10,000 beserta trofi.
Suara Viral 3.0 akan bersiara selama 10 minggu mulai 20 Julai hingga 21 September, setiap Rabu, jam 9.00 malam secara eksklusif menerusi saluran Astro Prima (105). Rancangan ini turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati rancangan ini di Astro.
Dalam pada itu, SINAR tampil sebagai Rakan Radio Rasmi ‘Suara Viral 3.0’ dan Astro Gempak sebagai Rakan Digital Rasminya untuk musim ini.
ERA memperkenalkan segmen baharu ‘3 Pagi ERA’, ‘101 ERA’ dan ‘Daebak ERA’ bersama personaliti baharu bermula 18 Julai
Dengar di udara atau melalui aplikasi SYOK
Gandingan Personaliti Baharu dan Pengisian Terkini di ERA
Para peminat ERA, jenama radio No. 1 di Malaysia, boleh menantikan barisan personaliti baharu dengan pengisian-pengisian terkini dan terus berhibur dengan segmen-segmen terbaik di ERA mulai 18 Julai ini, setiap Isnin hingga Jumaat, di udara dan juga di aplikasi SYOK.
Segmen pagi
baharu ‘3 Pagi ERA’, jam 6 hingga 10 pagi, akan menampilkan Nabil,
Azad dan Radin, gandingan 3 jejaka versatil yang bakal menemani
peminat. ‘3 Pagi ERA’ akan merangkumi perbincangan topik semasa, interaksi
bersama peminat dan tawa jenaka dengan pengisian baharu, termasuk:
o
Lagu Berantai: Permainan menyanyikan rangkap lagu bersama peminat dengan menggunakan
perkataan yang diberikan.
o
Flex Jap: Ruang bebas untuk peminat berkongsi
cerita tentang pencapaian yang dimiliki dari segi kehidupan, kerjaya dan
perniagaan yang dijalankan.
o CeKePi: Sketsa perbincangan isu-isu tular di media sosial yang dilakonkan
dengan konsep di kedai makan oleh personaliti ERA.
o Sembang: Peminat boleh membuat panggilan untuk berinteraksi dan berkongsi
aktiviti harian.
o Lu Pikir: Pandangan dan nasihat tentang perkara sekeliling dikongsikan oleh
Nabil.
Di segmen
baharu ‘101 ERA’ pula, jam 4 petang hingga 8 malam, keserasian gandingan
hebat personaliti radio Haniff dan Ray akan tampil dengan interaksi
bersama peminat dengan perbincangan yang informatif. Pengisian terkini di ‘101
ERA’ merangkumi:
o
Topik: Haniff dan Ray akan mengulas topik
menarik dan pendengar boleh membuat panggilan untuk berkongsi pendapat.
o
Teacher Teacher: Ray akan mempelajari perkataan Inggeris dan maksud di sebalik
perkataan yang diberikan oleh Haniff.
o
Lirik Petik, setiap Jumaat: Haniff dan Ray akan menjemput pemanggil bermain
permainan untuk mencipta lagu dengan menggunakan perkataan yang di ‘petik’.
Di waktu
malam pula, peminat ERA boleh menantikan kehadiran Fazziq Muqris,
personaliti baharu ERA, bergandingan bersama Munaa Bella dalam segmen ‘Daebak
ERA’, jam 8 malam hingga 12 tengah malam. Munaa dan Fazziq akan menceriakan
waktu malam peminat dengan:
o
Hanguko: Munaa akan berkongsi perkataan Korea.
o Pentas Daebak: Peminat dapat berhibur dengan lagu dari artis-artis baharu.
o Top 20: Lagu-lagu undian peminat dimainkan di aplikasi SYOK.
o TikTok 10 ERA, setiap Jumaat:
Peminat boleh mendengarkan lagu-lagu
carta teratas TikTok.
Terus Berhibur Dengan Pengisian-Pengisian Terbaik di ERA
Selain itu, pada hari Isnin hingga Jumaat, peminat boleh terus
berhibur dengan segmen:
o
‘Port-ERA’ bersama
Danial Zaini, dari jam 10 pagi hingga 1 petang dengan:
§ W-O-N-T (What’s On The News Today) di mana Danial membawa watak ‘Bro Paprik’ dan berkongsi cerita-cerita
semasa yang tular.
§ FYE (For Your Eye) di mana peminat
boleh berkongsi topik-topik perbualan di media sosial dengan tanda pagar #FYE
dan topik terbaik akan dikongsikan oleh Danial.
o
‘Gempak Hit ERA’ bersama Isha Norsham, dari jam 1 hingga 4 petang, di mana
Isha akan menemani peminat dengan topik perbualan menarik merangkumi hiburan,
cerita artis tempatan dan luar negara,
berita sukan dan isu-isu tular di media sosial yang diterbitkan oleh portal
Astro Gempak. Peminat juga berpeluang membuat permintaan lagu menerusi
Instagram ERA.
Pada hujung
minggu pula, semua peminat boleh menghitung kedudukan lagu terbaik dalam ‘Carta
ERA 40’ dan berhibur dengan segmen-segmen menarik seperti ‘The best of 3
Pagi ERA’, ulangan babak-babak terbaik; ‘Hallyu ERA’, pilihan 10
lagu terbaik Korea dari permintaan pendengar; ‘Flow ERA’, lagu-lagu
bergenre Hip Hop & Rap dari artis tempatan dan luar negara; serta ‘Non
Stop ERA’, putaran lagu-lagu popular tanpa henti.
Untuk
maklumat lanjut, layari www.era.je atau ikuti
ERA di platform media sosial.
“Kami teruja untuk memperkenalkan ERA terkini dan diperbaharui buat pendengar, dengan segmen baharu 3 Pagi ERA bersama Nabil, Azad dan Radin, 101 ERA bersama Haniff dan Ray, serta Daebak ERA bersama personaliti baharu, Fazziq dan suara yang dikenali ramai, Munaa Bella. Melalui pembaharuan yang ditampilkan ini, kami teruja menyajikan pengisian relevan dan pelbagai buat 2.9 juta pendengar mingguan kami. Kami berterima kasih kepada semua pendengar atas sokongan mereka yang menakjubkan serta berterusan dan berharap mereka menikmati pengisian terkini di ERA.”