Drama Review : Jirisan (2021)

Monday, December 13, 2021

 

Drama: Jirisan

Country: South Korea

Episodes: 16

Aired: Oct 23, 2021 - Dec 12, 2021

Aired On: Saturday, Sunday

Network: iQiyi, tvN

Duration: 1 hr. 10 min.

Genres: Thriller, Mystery, Drama, Fantasy


Director : Lee Eung Bok

Screenwriter : Kim Eun Hee

Main Cast : Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon

Support Cast : Sung Dong-il, Oh Jung-se, Jo Han-cheol, Joo Min-kyung, Go Min-si, Lee Ga Sub, Jun Suk Ho


Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang pasukan renjer hutan di Taman Negara Jirisan. Jirisan atau Gunung Jiri merupakan gunung kedua tertinggi di korea selatan yang sentiasa menarik ramai pengunjung saban tahun. Taman Negara Jirisan yang ditubuhkan pada tahun 1967, ialah taman negara tertua dan terbesar di Korea, yang diuruskan oleh pasukan renjer hutan untuk melindungi dan memelihara kawsan pergunungan, dan menyelamatkan pengunjung di gunung tersebut.

Seo Yi Kang (Jun Ji-hyun) ialah salah seorang renjer terbaik di Taman Negara Jirisan. Dia membesar di kawasan itu dan mahir tentang selok belok kawasan pergunungan. Kang Hyun Jo (Ju Ji-Hoon) ialah renjer baru di situ. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa di sekitar Taman Negara Gunung Jiri dan merungkai kes-kes misteri yang terjadi di kawasan tersebut.


Trailer


Review

Episod 1 bermula dengan seorang lelaki menceritakan tentang Gunung Jiri. Tahun 2018, Kang Hyun Jo yang baru sampai di Stesen Renjer Haedong Taman Negara Jirisan sebagai renjer baru terus diarahkan untuk join pasukannya untuk misi mencari dan menyelamat seorang pelajar berusia 14 tahun, Yeom Seung-hun, yang telah hilang selama 23 jam. Dua pasukan pencarian dibentuk dari 6 kawasan bersama Jabatan Bomba dan Skuad Penyelamatan Khas untuk misi ini. Ketua stesen, Jo Dae-jin, memberitahu bahawa masa keemasan untuk mencari Seung-hun ialah 30 jam, bermakna mereka hanya mempunyai tujuh jam lagi. Ditambah lagi dengan taufan yang bakal tiba menyukarkan pasukan tersebut. 

Hyun Jo kemudiannya dikenalkan dengan partnernya Seo Yi Kang dan mereka berdua bergerak bersama untuk misi tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan pelajar tersebut walaupun dalam cuaca yang buruk dengan bantuan Hyun Jo yang mempunyai kelebihan iaitu mendapat vision tentang lokasi mangsa terbabit. 


Di hujung episod kemudian kembali ke masa kini iaitu tahun 2020 yang menunjukkan sisi berbeza dengan Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang telah hilang selama sebulan.

Plot utama tentang drama ini ialah kes kemalangan misteri dan kematian ngeri ketika para pengunjung berada di kawasan pergunungan ini. Kes-kes ini disebabkan pelbagai peristiwa seperti bencana alam, kebakaran, dan juga pembunuhan yang dirancang. Drama ni mempunyai dua timeline yang sentiasa bertukar antara masa lepas dan masa sekarang iaitu pada tahun 2018, dimana Seo Yi Kang dan Kang Hyun Jo menyiasat dan mencari pembunuh di antara mereka dan pada tahun 2020 setelah Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan meneruskan siasatan. Agak confusing dengan timeline ni kalau tak fokus betul-betul.



Dari awal sampai hujung, drama ni buatkan kita berteka-teki nak cari siapa sebenarnya pembunuh sebenar dan motif pembunuhan ni. Banyak hint ditunjukkan tapi semua pun berpotensi jadi suspek sampailah didedahkan dihujung drama. Diselit juga pelbagai kejadian menarik dan tak terduga yang terjadi di gunung ini. 

Sinematografi drama ni memang memukau dengan background Gunung Jiri. Semua shot kawasan gunung ni memang buat rasa macam nak packing baju pergi camping dengan hiking dekat situ sebab cantik sangat dengan air terjun, puncak-puncak gunung, hutan yang luas penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna. OST balada yang dinyanyikan oleh BTS Jin menambah rencah dalam drama ini. Visual effects dan CGI pula banyak digunakan sepanjang drama ni walaupun nampak kurang berkualiti di awal episode tak sepadan dengan drama yang berbajet besar. 

Overall, Jirisan merupakan drama yang menarik yang berbaloi ditonton. Penulis menceritakan kisah ini berdasarkan pengalaman hidup sebenar renjer yang diinterview olehnya. Kita dapat melihat sekilas aktiviti harian mereka dan kesukaran yang dihadapi terutama apabila berdepan dengan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan. Bagaimana mereka sentiasa siap sedia mempertaruhkan nyawa menyelamatkan orang awam dan berdepan pelbagai cabaran. Terdapat juga kisah misteri legenda & mitos berkaitan Gunung Jiri, tempat keagamaan serta memorial gunung tersebut.



Personal Rating


Team Production + 0.8
Storyline + 0.9
Genre + 0.9
Casting & Acting + 1
Editing + 0.8
Visual + 1
Themes + 0.9
Music/Soundtrack + 0.5
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 0.8

Total Rating = 8.5 / 10


1 comment