Drama Review : Jirisan (2021)

Monday, December 13, 2021

 

Drama: Jirisan

Country: South Korea

Episodes: 16

Aired: Oct 23, 2021 - Dec 12, 2021

Aired On: Saturday, Sunday

Network: iQiyi, tvN

Duration: 1 hr. 10 min.

Genres: Thriller, Mystery, Drama, Fantasy


Director : Lee Eung Bok

Screenwriter : Kim Eun Hee

Main Cast : Jun Ji-hyun, Ju Ji-hoon

Support Cast : Sung Dong-il, Oh Jung-se, Jo Han-cheol, Joo Min-kyung, Go Min-si, Lee Ga Sub, Jun Suk Ho


Sinopsis

Drama ini mengisahkan tentang pasukan renjer hutan di Taman Negara Jirisan. Jirisan atau Gunung Jiri merupakan gunung kedua tertinggi di korea selatan yang sentiasa menarik ramai pengunjung saban tahun. Taman Negara Jirisan yang ditubuhkan pada tahun 1967, ialah taman negara tertua dan terbesar di Korea, yang diuruskan oleh pasukan renjer hutan untuk melindungi dan memelihara kawsan pergunungan, dan menyelamatkan pengunjung di gunung tersebut.

Seo Yi Kang (Jun Ji-hyun) ialah salah seorang renjer terbaik di Taman Negara Jirisan. Dia membesar di kawasan itu dan mahir tentang selok belok kawasan pergunungan. Kang Hyun Jo (Ju Ji-Hoon) ialah renjer baru di situ. Mereka bekerjasama untuk menyelamatkan mangsa di sekitar Taman Negara Gunung Jiri dan merungkai kes-kes misteri yang terjadi di kawasan tersebut.


Trailer


Review

Episod 1 bermula dengan seorang lelaki menceritakan tentang Gunung Jiri. Tahun 2018, Kang Hyun Jo yang baru sampai di Stesen Renjer Haedong Taman Negara Jirisan sebagai renjer baru terus diarahkan untuk join pasukannya untuk misi mencari dan menyelamat seorang pelajar berusia 14 tahun, Yeom Seung-hun, yang telah hilang selama 23 jam. Dua pasukan pencarian dibentuk dari 6 kawasan bersama Jabatan Bomba dan Skuad Penyelamatan Khas untuk misi ini. Ketua stesen, Jo Dae-jin, memberitahu bahawa masa keemasan untuk mencari Seung-hun ialah 30 jam, bermakna mereka hanya mempunyai tujuh jam lagi. Ditambah lagi dengan taufan yang bakal tiba menyukarkan pasukan tersebut. 

Hyun Jo kemudiannya dikenalkan dengan partnernya Seo Yi Kang dan mereka berdua bergerak bersama untuk misi tersebut. Mereka berjaya menyelamatkan pelajar tersebut walaupun dalam cuaca yang buruk dengan bantuan Hyun Jo yang mempunyai kelebihan iaitu mendapat vision tentang lokasi mangsa terbabit. 


Di hujung episod kemudian kembali ke masa kini iaitu tahun 2020 yang menunjukkan sisi berbeza dengan Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan menyelesaikan kes seorang lelaki yang telah hilang selama sebulan.

Plot utama tentang drama ini ialah kes kemalangan misteri dan kematian ngeri ketika para pengunjung berada di kawasan pergunungan ini. Kes-kes ini disebabkan pelbagai peristiwa seperti bencana alam, kebakaran, dan juga pembunuhan yang dirancang. Drama ni mempunyai dua timeline yang sentiasa bertukar antara masa lepas dan masa sekarang iaitu pada tahun 2018, dimana Seo Yi Kang dan Kang Hyun Jo menyiasat dan mencari pembunuh di antara mereka dan pada tahun 2020 setelah Seo Yi Kang kembali bekerja sebagai renjer dan meneruskan siasatan. Agak confusing dengan timeline ni kalau tak fokus betul-betul.



Dari awal sampai hujung, drama ni buatkan kita berteka-teki nak cari siapa sebenarnya pembunuh sebenar dan motif pembunuhan ni. Banyak hint ditunjukkan tapi semua pun berpotensi jadi suspek sampailah didedahkan dihujung drama. Diselit juga pelbagai kejadian menarik dan tak terduga yang terjadi di gunung ini. 

Sinematografi drama ni memang memukau dengan background Gunung Jiri. Semua shot kawasan gunung ni memang buat rasa macam nak packing baju pergi camping dengan hiking dekat situ sebab cantik sangat dengan air terjun, puncak-puncak gunung, hutan yang luas penuh dengan pelbagai jenis flora dan fauna. OST balada yang dinyanyikan oleh BTS Jin menambah rencah dalam drama ini. Visual effects dan CGI pula banyak digunakan sepanjang drama ni walaupun nampak kurang berkualiti di awal episode tak sepadan dengan drama yang berbajet besar. 

Overall, Jirisan merupakan drama yang menarik yang berbaloi ditonton. Penulis menceritakan kisah ini berdasarkan pengalaman hidup sebenar renjer yang diinterview olehnya. Kita dapat melihat sekilas aktiviti harian mereka dan kesukaran yang dihadapi terutama apabila berdepan dengan bencana alam seperti tanah runtuh, banjir kilat dan kebakaran hutan. Bagaimana mereka sentiasa siap sedia mempertaruhkan nyawa menyelamatkan orang awam dan berdepan pelbagai cabaran. Terdapat juga kisah misteri legenda & mitos berkaitan Gunung Jiri, tempat keagamaan serta memorial gunung tersebut.



Personal Rating


Team Production + 0.8
Storyline + 0.9
Genre + 0.9
Casting & Acting + 1
Editing + 0.8
Visual + 1
Themes + 0.9
Music/Soundtrack + 0.5
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 0.8

Total Rating = 8.5 / 10


Lirik Lagu Ed Sheeran - Shivers (feat. Jessi, SUNMI) [Romanization + English + Hangul]

Friday, December 10, 2021


Written By : Steve Mac, Kal Lavelle, Johnny McDaid & Ed Sheeran
Composed by : Johnny McDaid, Steve Mac, Kal Lavelle & Ed Sheeran
Artists : Jessi (제시), SUNMI & Ed Sheeran
Release Date : November 24, 2021


[Ed Sheeran - Shivers (Remix) ft. Jessi, SUNMI Lyrics [Romanization + English + Hangul]


[Intro: Jessi]

Ooh, you give me shivers, oh

[Verse 1: SUNMI]

잠이 오지 않아 이 밤
Jami oji ana i bam
Tonight I can’t fall into a sleep

아마도 네가 보고 싶나 봐
Amado nega bogo simna bwa
I guess I miss you

날 위해 노래를 불러줘
Nal wihae noraereul bulleojwo
Sing a song for me

긴긴 이 꿈속에서
Gingin i kkumsogeseo
In this long dream

I kissed on your guitar, mmm
Feelin' the vibration deep inside
Go dancin' till the moon goes down
Ooh yeah, I want it all
Mmm, you got me feelin' like

[Pre-Chorus: SUNMI]
I wanna be that girl, I wanna kiss your eyes
I wanna drink that smile, I wanna feel like I'm
Like my soul's on fire, I wanna stay up all day and all night
Yeah, you got me singin' like

[Chorus: Ed Sheeran]
Ooh, I love it when you do it like that
And when you're close up, give me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back
And we'll say, "Ooh, I love it when you do it likе that"
And when you're closer, givе me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back

[Verse 2: Jessi]
Yeah, all on my own (huh), tryna move on
Never thought it would be you and me (You and me)
Taggin' along singin' this song
Drunk in love like it's Hennessy
Dat-dat-dat dat shots through the heart just like an AK (AK)
Nine-one-one emergency, we callin' mayday, mayday (Hol' up)
No honey, no drama, I need harmony like soprano
I'm no anomaly, I just need some of that good lovin', lovin'
Uh, we chasin' highs (chasin' high) and dodgin' lows
Heart flowing like a river
Ooh, you give me shivers

[Pre-Chorus: Ed Sheeran]
I wanna be that guy, I wanna kiss your eyes
I wanna drink that smile, I wanna feel like I'm
Like my soul's on fire, I wanna stay up all day and all night
Yeah, you got me singin' like

[Chorus: Ed Sheeran]
Ooh, I love it when you do it like that
And when you're closer, give me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back
And we'll say, "Ooh, I love it when you do it like that"
And when you're closer, give me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back

[Bridge: SUNMI, Ed Sheeran]
Baby, you burn so hot, you make me shiver
With the fire you got, this thing we started
I don't want it to stop
You know you make me shiver, er, er
Baby, you burn so hot, you make me shiver
With the fire you got, this thing we started
I don't want it to stop
You know you make me shiver
Yeah, you got me singin' like

[Chorus: Ed Sheeran & SUNMI, Ed Sheeran]
Ooh, I love it when you do it like that
And when you're closer, give me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back 
(Oh, no)
And we'll say, "Ooh, I love it when you do it like that"
And when you're close up, give me the shivers
Oh, baby, you wanna dance 'til the sunlight cracks
And when they say "The party's over", then we'll bring it right back 
(Hey)

7 Drama Korea Terbaru Disember (Minggu 2) 2021

Tuesday, December 7, 2021

1. 공작도시 / Artificial City


Yoon Jae Hee ialah ketua Yayasan Kebudayaan Sung Jin dan bertanggungjawab ke atas operasi di "Space Jin," muzium seni yang dimiliki oleh Sung Jin Group. Dia juga menantu kedua dalam keluarga Sung Jin Group. Yoon Jae Hee memilih untuk membuang kekasih lamanya dan melangsungkan perkahwinan yang selesa dan stabil dengan Jung Joon Hyuk, anak luar nikah Sung Jin Group. 

Jung Joon Hyuk ialah suami Yoon Jae Hee. Walaupun dia popular dan mempunyai kelab peminatnya sendiri, dia menyembunyikan rasa kompleks dan rendah diri kerana sentiasa dilabel "anak luar nikah Group Sung Jin" sepanjang hidupnya. Untuk menjadikan suaminya presiden negara, Yoon Jae Hee bekerjasama dengan bakal Ketua Pendakwa Raya dan melawan Group Sung Jin.

Trailer

Main Cast : Soo Ae, Kim Kang Woo 
Genre: Thriller, Mystery, Psychological, Drama
Episodes: 20
Broadcast network: jTBC
Broadcast period: 2021-Dec-08 to 2022-Feb-10
Air time: Wednesday, Thursday
Duration: 1 hr. 10 min.

2. 백수세끼 / A DeadbEAT's Meal / Jobless' Three Meals


Drama ini berdasarkan webtoon tentang seorang penganggur bernama Kim Jae Ho yang sentiasa cuba mencari pekerjaan tetap, tetapi ia tidak mudah baginya. Dia menyara dirinya dengan bekerja sambilan. Teman wanitanya, Soo-Jung berpisah dengannya setelah bercinta selama 7 tahun. Walaupun dalam keadaan sukar, kebimbangan utama Jae-Ho ialah "Apa yang perlu saya makan hari ini?".

Selepas bekerja siang dan malam selama beberapa tahun di sebuah syarikat pengiklanan, Woon-Ho hampir meninggal dunia akibat terlalu penat bekerja. Dia kemudian mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Kini, sudah 3 bulan dia menganggur secara sukarela. Dia mengikut kepercayaan mudahnya "Mari fikirkan tentang makan makanan yang sedap-sedap."

Trailer

Main Cast : Ha Seok Jin, Go Won Hee, Im Hyeon Joo, Go Woo Jin, Lee Sang Jin
Genre: Food, Life
Episodes: 12
Broadcast network: Naver TV Cast
Broadcast period: 2021-Dec-10 
Air time: Friday


3. 드라마 스페셜 - 셋 / Drama Special Season 12: Atonement


Sebuah thriller berkisar tentang tiga sahabat, yang telah hidup dengan parut dari jenayah seksual, berkumpul semula untuk kali pertama dalam tempoh 12 tahun untuk membalas dendam.

Main Cast : So Ju Yeon, Jung Yi Seo, Jo In
Genre: Thriller, Drama
Episodes: 1
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-10 
Air time: Friday
Duration: 60 min.


4. 엉클 / Uncle

Sebuah drama komedi tentang Joon Hyeok, seorang pemuzik yang tidak popular dan hidupnya kini tidak mempunyai apa - apa. Dia memutuskan hubungan dengan kakaknya Joon Hee beberapa tahun yang lalu, tetapi apabila Joon Hee bercerai, dia menghantar anaknya kepada Joon hyuk, dan dia akhirnya bertanggungjawab ke atas anak saudaranya yang bergelut dengan kemurungan dan OCD.

Teaser/ Trailer

Main Cast : Oh Jung Se, Jeon Hye Jin, Park Sun Young, Lee Sang Woo, Hwang Woo Seul Hye, Lee Kyung Hoon
Genre: Music, Comedy, Drama, Sitcom
Episodes: 16
Broadcast network: TV Chosun, Viki
Broadcast period: 2021-Dec-11 to 2022-Jan-30
Air time: Saturday, Sunday
Duration: 60 min.


5. 태종 이방원/ The Great King Yi Bang Won


Sebuah drama sageuk dengan bajet yang besar dan barisan pelakon veteran dan hebat, berkisar tentang peristiwa dan tokoh sejarah sebenar. Drama ini tentang peristiwa yang membawa kepada kejatuhan Dinasti Goryeo dan penubuhan Dinasti Joseon. Yi Bang Won yang kemudiannya dikenali sebagai Raja Taejong, membantu bapanya menggulingkan Dinasti Goryeo dan menubuhkan Dinasti Joseon.

Teaser/ Trailer

Main Cast : Joo Sang Wook, Kim Young Chul, Park Jin Hee, Ye Ji Won
Genre: Historical, Drama
Episodes: 32
Broadcast network: KBS1
Broadcast period: 2021-Dec-11 to 2022-Mar-27
Air time: Saturday, Sunday
Duration: 60 min.


6. 사랑의 꽈배기/ Love Twist


Drama ini mengisahkan tentang ibu bapa dan tiga anak mereka yang sudah berkeluarga. Drama ini dipenuhi dengan komedi, percintaan, kekeluargaan dan banyak lagi apabila watak-watak itu berkembang untuk belajar tentang erti keluarga dan cinta.

Teaser/ Trailer

Main Cast : Eunjung T-ara, Kim Jin Yeop, Son Sung Yoon, Jang Se Hyun
Genre: Drama, Family
Episodes: 100
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-13 to 2022-Apr-29
Air time: Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday
Duration: 30 min.


7. 소녀의 세계 시즌2/ The World of My 17 Season 2


Bersambung dari season 1, Oh Na Ri pelajar sekolah menengah tahun akhir mendapati dirinya berada di persimpangan antara cinta pertamanya, persahabatan yang dia fikir akan kekal selama-lamanya, dan impiannya tentang masa depannya.

Teaser/ Trailer

Main Cast : IZ*ONE Choi Ye Na, Yoo Seon Ho, Lee Won Jung, Weeekly’s Jihan
Genre: Friendship, Drama
Episodes: 12
Broadcast network: Naver TV Cast, vLive
Broadcast period: 2021-Dec-15
Air time: Wednesday
Duration: 15 min.

3 Drama Korea Terbaru Disember (Minggu 1) 2021

Wednesday, December 1, 2021

  1. @계정을 삭제하였습니다 / The @ccount Has Been Deleted / User Not Found


Drama percintaan tentang dua pelajar perempuan sekolah menengah yang kebetulan berkongsi nama yang sama. Apabila mereka berdua berpindah ke sekolah baharu pada masa yang sama, mereka bertukar identiti berharap dapat menggunakan peluang ini untuk mengubah hidup mereka. Shin Yi Joon ialah pelajar paling popular di sekolah menengahnya. Walaupun dia dari luaran dia kelihatan suka menyendiri, Shin Yi Joon sebenarnya seorang yang lembut dan pemalu.

Trailer

Main Cast : Shin So Hyun, Bae Jin Young CIX, Han Ye Ji, Ahn Se Min, Jung Hyun Ji
Genre: Romance, School, Youth, Drama
Episodes: 22 
Broadcast network: KOK (King Of Korean-drama) TV YouTube
Broadcast period: 2021-Dec-03 to 2022-Feb-12
Air time: Friday, Saturday
Duration: 13 min.

2. 드라마 스페셜 - 그녀들 / Drama Special Season 12: The Palace


Kisah mengenai konflik antara pembantu istana So yang terpaksa menghalau Puteri Mahkota Bong untuk kekal di istana.
Trailer

Main Cast : Kim Sae Ron, Jung Da Eun, Seo Eun Young
Genre: Historical
Episodes: 1
Broadcast network: KBS2
Broadcast period: 2021-Dec-03
Air time: Friday
Duration: 1 hr. 5 min.


3. 그해 우리는 / Our Beloved Summer


“Our Beloved Summer” ialah kisah komedi romantik tentang pasangan yang berpisah secara teruk, tetapi dokumentari yang mereka rakam 10 tahun lalu di sekolah menengah tiba-tiba kembali popular, dan mereka terpaksa berada di hadapan kamera sekali lagi.

Choi Woong kelihatan naif dan seorang lelaki yang berjiwa bebas, tetapi dia mahu memiliki sesuatu buat kali pertama dalam hidupnya. Kook Yeon Soo berhasrat untuk menjadi pelajar terbaik di sekolahnya, tetapi dia kini seorang wanita dewasa yang tegas dan menyesuaikan diri dengan realitinya.

Trailer

Main Cast : Choi Woo Shik, Kim Da Mi, Kim Sung Chul, Roh Jeong Eui
Genre: Comedy, Romance, Youth, Drama
Episodes: 16
Broadcast network: Netflix, SBS
Broadcast period: 2021-Dec-06 to 2022-Jan-25
Air time: Monday, Tuesday
Duration: 1 hr. 10 min.

Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia

 Giveaway by Nazfea Solehah & Arra Sephia 😁




Syarat-syaratnya pun mudah sahaja.


1. Follow blog sis ni dan kembarnya

2. Komen di post

3.Komen di chat box jika ada.

4. Tekan iklan sampai habis loading (optional). 

5.Buat post entry dan backlink ke entry Giveaway ni semula

6. Tag rakan anda (optional, kalau ada lagi baik ;) )