“SUGARBOMB BOOTCAMP 2021” BANTU 300 PENIAGA TEMPATAN BANGKIT SELEPAS PANDEMIK
SugarBomb Malaysia, jenama produk wangian yang makin dikenali ramai mengadakan satu program bootcamp dengan tema mereka “BANGKIT SUGARBOMB” yang berlangsung selama 2 hari pada 27hb dan 28hb November 2021 di Setia City Convention Centre, Setia Alam.
Bootcamp ini diadakan dengan tujuan menolong para peserta menerusi perkongsian ilmu pengetahuan dan selok-belok berguna yang dapat menghidupkan kembali dan meningkatkan perniagaan mereka.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif and Pemilik Sugarbomb Worldwide Sdn Bhd, Ahmad Azhari bin Rosli,
“SugarBomb Bootcamp 2021’ telah diadakan di Setia City Convention Centre selama dua hari bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam yang mana seramai 300 peniaga dan usahawan tempatan berkumpul dengan hasrat untuk terus mengorak langkah mereka dalam dunia perniagaan.
Program yang menerima sambutan hangat daripada orang ramai ini berkonsepkan motivasi dan aspirasi yang mana rakan-rakan media lain turut sama menyertainya.
Tercetusnya program ini adalah untuk membantu golongan usahawan tempatan seluruh Malaysia dengan menyuntik semangat kepada mereka supaya tidak berputus asa meski dihadapkan dengan pelbagai cabaran yang mendatang lagi-lagi dalam musim pandemik COVID-19.
Program ‘SugarBomb Bootcamp 2021’ diharapkan berjaya mencapai misinya iaitu tidak lain tidak bukan melahirkan lebih ramai usahawan dan peniaga kecil yang berjaya dalam hidup mereka”.
Team building ni berkonsepkan santai dan para peserta dibahagikan dalam beberapa kumpulan kecil. Antara program menarik yang dianjurkan seperti slot ‘marketing’ dan ‘perfume profiling & perfume making’ di mana para peserta dapat belajar tentang asal usul minyak wangi dan juga sejarah Sugarbomb, cabaran meneka pelbagai jenis kategori wangian seperti Floral, Woody, Musky, Fruity dan lain-lain. Para peserta juga berpeluang untuk bereksperimentasi dan mencipta wangian mereka sendiri.
Bootcamp ni juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran kumpulan hip hop Malaysia, Ruffedge yang menangkap perhatian ramai menerusi persembahan lagu-lagu hit seperti “Khayalan”, “Bila Rindu” dan juga lagu kolaborasi bersama SugarBomb sendiri, iaitu “Kau Memang Da Bomb”.
Untuk info lanjut tentang Sugarbomb boleh layari laman web Sugarbomb, atau di media sosial, Instagram dan Facebook.
Semoga Sugarbomb terus sukses..
ReplyDeleteseronok betul join bootcamp ni, seronok jumpa peserta sugarbomb, seronok berbual dengan Boss A!
ReplyDelete