Setiap tahun pasti akan keluar pelbagai iklan bersempena kemerdekaan dan Hari Malaysia ni. Seperti juga tahun-tahun sudah, tahun ini juga banyak iklan yang kreatif yang bertujuan menyampaikan pelbagai mesej yang menyentuh emosi dan memaparkan nilai-nilai patriotik dan ada juga yang mencuit hati.
Dibawah ini antara iklan merdeka yang boleh ditonton.
Milo Malaysia
Tetap Di Sisi Walau Berganti Generasi | Iklan Merdeka MILO® Malaysia 2021 #MILO #Merdeka #MILOMalaysia
Gema laungan “Malaysia Boleh” menjadi sumber kekuatan buat kita terus kuat berdepan cabaran. MILO® Malaysia meraikan 64 tahun semangat jitu untuk terus berjuang dengan iklan merdeka yang dapat menggamit nostalgia.
EcoWorld
#AnakAnakMalaysia 2021: Silver Lining
Kisah pandemik yang diceritakan oleh pengasasnya, Nurul Atiqah tentang kemunculan @ThePastaKitchenMalaysia yang terhasil ketika pandemik melanda negara.
Tema #AnakAnakMalaysia 2021, “Disinilah Kita Bersama” bertujuan untuk mendorong dan memartabatkan rakyat Malaysia melalui cerita pengalaman yang penuh berinspirasi tentang saudara-saudari kita yang telah menempuh pelbagai cabaran dan menemui kejayaan.
Wonda Coffee Malaysia
WONDA Merdeka 2021: United Colours of WONDA
Warna luaran yang berbeza tidak mencerminkan dalaman kita. Walaupun berbeza, semua masih boleh besatu dan WONDA-ful bersama-bersama.
Di suatu pagi yang tenang, Aunty Chen dan Abang Chandran tiba-tiba digegarkan dengan satu bunyi yang sangat kuat! Bunyi apakah itu? Tonton lah video ini kalau nak tahu.
TNB (TENAGAofficial)
TNB MERDEKA 2021 - Raikan Malaysia Kita
Iklan animasi dari TNB memang tak pernah mengecewakan. Kisah benar dan berinspirasi dari empat orang rakyat Malaysia yang berazam tinggi, baik hati dan juga berjiwa besar. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.
Yoodo
Iklan Merdeka Yoodo 2021 | Bila Larut Lockdown
Kita mungkin tak OK, tapi kita ada satu sama lain. Mesej yang bagus disampaikan dari Yoodoo ni. Boleh lah check family, saudara, dan sahabat yang ada. mana tahu ada juga yang start bercakap dengan perabot dah.
Digi Telecommunications
Digi Hari Kebangsaan 2021 - Teladan #MalaysiaPrihatin
Iklan yang bertajuk Teladan ini menyentuh hati, diceritakan dari sisi anak - anak yang melihat struggle dan kehidupan yang berbeza dari sebelum pandemik dan sekarang. 'Dugaan yang kita tempuhi hari ini menjadi teladan mereka selamanya.'
Saji Malaysia Official
Iklan Merdeka & Hari Malaysia SAJI 2021 | GELORA#IklanMerdeka2021 #Gelora #SAJIDetikBersama
'Kita memang mengharung gelora yang sama, namun setiap kisah kita berbeza.
Kita Ada Kita, Kita Jaga Kita.'
Iklan yang menyentuh hati dan beremosi lakonan Beto ni menyampaikan mesej penting iaitu janganlah mudah mengecam dan fahamlah keadaan hidup orang lain.
Gamuda Land
#GamudaLand Di Sebalik Emoji
It's ok to not be ok. How are you? mesej yang simple tetapi penting dan bermakna disampaikan dari iklan ini.
Watsons Malaysia
VIDEO HARI KEBANGSAAN & HARI MALAYSIA 2021 WATSONS #WatsonsMalaysia #MalaysiaPrihatin #LookGoodDoGoodFeelGreat
'Di kala waktu pandemik yang sedang melanda, bersama-samalah kita Rakyat Malaysia berganding bahu dan terus bersatu-padu dalam mengharungi segala dugaan. ❤️ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.'
Maxis
Maxis Hari Kebangsaan / Merdeka 2021 | Majulah tanah air, teruslah menerajui
'Tanah air kita terus mekar kerana adanya wira & wirawati yang tabah mengubah arus. Namun segala kejayaan ini sebenarnya mustahil tanpa anak bangsa berjiwa perwira. Anak bangsa yang berbakti setiap hari, curahkan jasa besar dan kecil, bersama menjunjung usaha wira agar negara terus menerajui.'
BABA'S Malaysia
Selamat Hari Merdeka & Hari Malaysia 2021 daripada BABA’S | #MakaKami
'Walau apa jua, kita setia bersama
#MakaKami…Rakyat Malaysia'
Axiata Group
#NiatNegaraku - Axiata Merdeka Film 2021
Kisah pendek yang diceritakan oleh beberapa rakyat Malaysia yang sentiasa berjuang dan saling membantu antara satu sama lain dikala pandemik melanda.
Boss yang kelakar dan suka berteka-teki menceriakan malam staffnya.
Farm Fresh, Dairy Produce
Apa Cow Rasa?
'Cow rasa kalau kita tak Merdeka kita ada identiti sendiri? Kalau tak Merdeka, tak adalah Malaysia. Sebab tu kita kena tahu erti sebenar Merdeka dan raikan apa yang menjadikan kita, Malaysia.'
1 Comments
Selamat hari merdeka
ReplyDelete