Ad Code

Responsive Advertisement

Tips Menjaga Koleksi Buku Supaya Tidak Mudah Rosak


Setiap buku amat berharga terutamanya kepada pencinta dan pengumpul buku. Jadi penjagaan buku amatlah penting untuk memelihara buku dari cepat rosak dan merendahkan nilai buku tersebut. Buku yang dijaga baik boleh disimpan untuk bacaan dimasa akan datang dan juga bernilai untuk dijual semula.


Dibawah ni terdapat beberapa tips untuk menjaga koleksi buku supaya tidak mudah rosak.


Cara Penyimpanan Buku


Membalut buku dengan pembalut plastik supaya dapat tahan lebih lama dan memelihara cover buku tersebut. Biasakan balut terus semua buku yang baru dibeli.




Susun buku di rak atau almari buku supaya nampak kemas dan cantik mata memandang. Koleksi buku memerlukan rak buku khas untuk simpan semua buku yang ada. Jika mampu, boleh beli rak atau almari buku bercermin untuk elak buku mudah berhabuk atau berdebu. Terutamanya jika ada haiwan peliharaan yang boleh bermain cakar atau menggigit buku sampai rosak.



Atur buku secara menegak dan didirikan. Tulang buku perlu menghadap ke luar jadi senang untuk mencari buku yang diingini. Tapi untuk buku hardcover boleh disusun secara baring supaya tulang buku tak rosak.


Letak penghadang buku kalau buku yang disusun masih tak penuh dalam rak. Buku boleh sentiasa terjatuh atau berada dalam kedudukan senget sepanjang masa. Lama kelamaan buku tak dapat berdiri dengan baik dan rosak.


Susun buku mengikut kategori supaya senang nak mencari buku. Ikut kreativiti sendiri untuk menyusun koleksi buku yang ada. Boleh susun mengikut genre buku seperti novel fiksyen cinta, novel seram, indie, buku - buku islamik, motivasi, puisi, biografi, buku resepi, majalah dan sebagainya. Boleh juga susun mengikut terbitan buku tersebut seperti Fixi, Karangkraf, Karya Seni, Telaga Biru, Dewan Bahasa dan Pustaka dan banyak lagi. Ada juga yang menyusun buku mengikut nama penulis buku, siri / edisi buku-buku tersebut.



Simpan semua buku pada suhu bilik dan jauhkan buku dari cahaya matahari secara terus untuk elakkan buku cepat kekuningan. Buku yang lama terdedah kepada haba akan menyebabkan buku mudah terlerai, melengkung dan permukaannya tidak rata. Warna cover buku juga akan cepat pudar. Buku yang dalam keadaan lembap pula mudah dijangkiti fungus atau kulat menyebabkan bau hapak dan permukaan berbintik.


Selalu bersihkan buku supaya tidak berdebu dan berhabuk. Sapu habuk pada buku menggunakan bulu ayam atau kain lap bersih secara berkala sekurang - kurangnya sebulan sekali.


Awasi serangga perosak seperti tikus, anai-anai dan lipas. Beberapa petua boleh diamalkan untuk menghindarkan makhluk perosak ini. Tabur atau letakkan beberapa kapur barus di rak buku. Letak lada sulah atau lada putih dalam kain di rak atau boleh juga letak arang. Selain itu, untuk jangka masa panjang, boleh gunakan silica gel untuk mengurangkan kelembapan pada buku.





Cara Pembacaan Buku


Basuh tangan sebelum memegang mana-mana buku. Pastikan tangan kering sebelum pegang buku. Kotoran dan air senang meresap kedalam buku dan akan tinggalkan kesan kekal. Elakkan tabiat 


Elakkan baca buku sambil makan atau minum. Jauhkan makanan atau minuman semasa membaca untuk elakkan risiko tertumpah keatas buku dan jadikan buku tu mengembang dan rosak.


Tidak menconteng dan mengoyak buku tersebut. Tak kisah la buku genre apa pun, elakkan tabiat suka menconteng atau koyak mana-mana bahagian buku supaya buku tersebut tiada cacat cela. Boleh guna sticky note atau buku nota untuk mencatat apa-apa dari buku tersebut.


Menggunakan penanda buku / bookmark setiap kali membaca. Jangan biasakan melipat sudut buku untuk menandakan bacaan akhir selepas membaca. Boleh beli atau buat sendiri bookmark tersebut dari kadbod atau reben. Elakkan guna keratan surat khabar sebagai penanda buku sebab ia mempunyai kandungan asid yang tinggi terutamanya jika ditinggalkan terlalu lama dalam buku.



Jangan tinggalkan penanda buku di dalam buku terlalu lama. Penanda buku yang tebal dan berada terlalu lama akan tinggalkan kesan pada kertas dan bentuk buku tersebut.


Sebaiknya gunakan kedua tangan semasa membaca. Jangan buka buku tersebut terlalu luas atau melipat buku tersebut sehingga meninggalkan kesan kepada tulang buku. 


Jangan tinggalkan buku di merata tempat. Selesai sahaja membaca terus simpan semula buku kedalam rak buku.


Reactions

Post a Comment

5 Comments

  1. Biasa letak bookmark. Lepas ni kena letak bookmark nipis je. Terima kasih untuk perkongsian tips ni :)

    ReplyDelete
  2. Terima kasih telah berbagi tips yang bagus dan sangat bermanfaat,

    ReplyDelete
  3. waa... nice tips.. Actually I'm just wondering.. Fariha ni adik beradik dgn kak farhana jafri ke?

    ReplyDelete