Alhamdulillah harini mood mencanak naik bila tengok bahagian $Earnings dekat blog.
Baru sebulan lepas adsense approve dah start nak nampak ada payment masuk.
Tak sangka boleh dapat income secara part time walaupun update blog suka-suka sahaja sebelum ni, tak serius pun. Lepas ni kena lagi bersemangat buat entry compare dengan sebelum ni cuma sekali sekala sahaja update blog.
Payment sebenar yang kita akan dapat kena tengok dekat bahagian Payments. Sebelum ni tertipu bila tengok dekat bahagian Home dapat $0.20 tapi bila masuk bulan baru jadi kosong balik. Rupanya tu cuma Estimated earnings bukan earnings sebenar.
Walaupun bulan lepas dapat $0.81 sahaja tapi memadai la dengan entry yang seciput tu. Banyak lagi yang nak kena belajar untuk naikkan value dan trafik blog ni. Harapnya dah penuh ilmu adsense ni nanti dapatlah merasa cash out $100 tu dan boleh jadi passive income dari blog ni.
tahniah sis, semoga dimurahkan rezeki dengan adsense :)
ReplyDeleteGood luck sis.
ReplyDeleteTahniah! Mari kita sama sama kumpul earnings adsense hahaha
ReplyDeletetahniah, semoga terus sukses!
ReplyDeleteBestkan dapat jana duit pasif mcm ni...semoga terus berjaya sis.
ReplyDelete