Ad Code

Responsive Advertisement

Shopping Buku di Shopee 7.7 Mid year Sale

Setelah sekian lama tak menjejak mana-mana kedai buku semenjak pkp ni, jadi memang target nak beli online sahaja buku-buku baru atau preloved, nak tambah koleksi buku yang sedia ada. 

Ternampak pula ada sale Shopee 7.7 jadi memang terus search sale buku dekat Shopee ni.


Kalau pergi dekat bahagian Kategori, dah memang ada khas bahagian Games, Books & Hobbies. Boleh pilih ikut Penerbit atau Kedai buku tu sendiri. Masing-masing ada tawarkan banyak sale yang menarik. Memang banyak pilihan yang ada.




Lepas puas scroll semua buku yang ada, dapatlah checkout beberapa buah buku yang menarik. 

Ni antara hasil memborong buku dekat Shopee ni. 


Buku Fixi Official Store



KarnaDya Publishing



KEDAI ANAASA



Seronok sangat dapat shopping semua buku-buku ni. Harga pun berbaloi dari RM7 - RM15 sebuah. Caj penghantaran semua free sebab dapat guna voucher 7.7 dari Shopee. Delivery pun tak lama dalam 2- 3 hari dah sampai ke rumah walaupun tengah Pkpd ni.

Condition semua cantik dan tak ada rosak apa-apa sebab semuanya guna bubble wrap tebal jadi memang puas hati dapat beli dekat shopee ni.

Kalau ikutkan banyak buku yang dah aim nak beli tapi mungkin boleh simpan untuk next sale pula. Harapnya cukuplah koleksi terbaru ni untuk pembacaan sepanjang pkp ni ataupun sementara tunggu next sale.


Reactions

Post a Comment

3 Comments

  1. banyak borong buku fixi, mesti murah time sale ni. tak sempat nak tengok aritu..hehe

    ReplyDelete
  2. Selalu terlepas nak beli buku fixi.

    ReplyDelete
  3. Bestnya borong buku! Rindu nak pergi kedai buku belek-belek buku sebelum beli macam dulu.

    ReplyDelete