Drama: Mr. Sunshine (English title)
Director: Lee Eung-Bok, Jung Ji-Hyun
Writer: Kim Eun-Sook
Network: tvN
Episodes: 24
Release Date: July 7 - September 30, 2018
Runtime: Sat. & Sun. 21:00
Language: Korean
Country: South Korea
Main Cast
Sinopsis
Drama ini berkisar tentang Eugene Choi (Lee Byung Hun) yang dilahirkan dalam keluarga hamba di Joseon. Sewaktu kecil, keluarganya dibunuh dan dia terpaksa melarikan diri menaiki kapal ke Amerika Syarikat semasa Shinmiyangyo tahun 1871 (ekspedisi A.S. ke Korea).
Setelah dewasa, dia kembali ke tanah airnya sebagai pegawai tentera laut Amerika Syarikat. Dia bertemu dan jatuh cinta dengan cucu bangsawan, Go Ae Shin (Kim Tae Ri) yang juga merupakan sebahagian dari Righteous Army (pejuang pemberontak yang menentang penjajah).
Pada masa yang sama, dia turut terlibat dalam pelbagai komplot oleh Jepun yang ingin menjajah Joseon sepenuhnya.
Review
Kisah bermula dengan Kapten Eugene Choi yang ditugaskan bersama Major Kyle Moore untuk ke Joseon sebagai legasi Amerika Syarikat untuk mengembangkan pengaruh U.S di Joseon.
Flashback ke tahun 1871 di Joseon, Choi Yu Jin merupakan seorang budak lelaki yang baru berumur 9 tahun yang mana kedua ibu bapanya merupakan hamba kepada keluarga bangsawan. Ibu dan bapanya dipanggil oleh tuannya dan dituduh cuba melarikan diri jadi mereka perlu dihukum bunuh. Ibu Yu Jin cuba menyelamatkan anaknya dengan mengugut bunuh anak perempuan tuannya yang sedang sarat mengandung.
Yu Jin lari dan bersembunyi di sebuah kedai tembikar tetapi tuan kedai tersebut menyerahkan Yu Jin kepada seorang lelaki Amerika, Joseph yang singgah ke kedainya. Joseph menyeludup Yu Jin ke Amerika dan membesarkan Yu Jin di sana.
Kembalinya Yu Jin sebagai Eugene Choi pada awalnya hanya lah sebagai diplomat U.S dan bersikap neutral dalam segala aspek dan hanya menumpukan perhatian pada kerjanya sahaja. Tetapi pertemuan dengan keluarga bangsawan yang membunuh ibu bapanya menimbulkan semula kemarahannya.
Sejak bertemu sniper Go Ae Shin sewaktu ditugaskan untuk membunuh orang yang sama, dia mula kenal dan tertarik dengan Go Ae Shin. Tetapi dia juga mempersoalkan pemberontakan dan perjuangan Ae-Shin untuk Joseon.
“I was a slave.
This country you want to save,
Who is it for?
Is there a life for butchers?
Is there a life for slaves?”
Kim Hee-sung (Byun Yo-han), anak bangsawang terkaya di situ merupakan tunang Ae Shin yang belajar di Jepun dipaksa balik ke Joseon oleh keluarganya untuk mengambil alih bisnes keluarganya dan juga melangsungkan perkahwinannya. Perkahwinan tersebut diatur oleh kedua buah keluarga mereka sejak kecil lagi. Hee-sung pada awalnya hanya nak bersuka ria di situ tetapi tertawan dengan Ae Shin dan cuba memikatnya sebelum mereka berkahwin.
Gu Dong-mae (Yoo Yeon-seok) adalah anak penjual daging yang juga merana dari kecil. Melarikan diri ke Jepun setelah ibu bapanya dibunuh dan dibesarkan dalam keluarga Yakuza, dia kembali sebagai samurai dan bekerja dibawah Musin Society. Juga menyimpan perasaan kepada Ae Shin dan sentiasa memerhati dan melindungi dari jauh sebab pernah selamatkan dia masa kecil.
Gabungan mantap dari pengarah dan penulis Goblin & Descendants of the Sun antara tarikan utama drama ni. Plot drama ni sarat dengan pelbagai isu yang diketengahkan tentang penjajahan negara, semangat patriotik, cinta, persahabatan diiringi dengan dialog dan lakonan mantap dari semua pelakon.
Plot drama ini bermula pada tahun 1871, dan sebahagian besar plot berlaku diantara tahun 1894 hingga 1907. Pada masa ini berlakunya peralihan dan perebutan kuasa dalam pemerintahan Joseon. Ramai yang beralih penampilan ke arah yang lebih barat berbanding pakaian tradisional. Lelaki mula berambut pendek dan wanita mengenakan gaun panjang. Banyak sistem baru diperkenalkan dan campur tangan Jepun sangat kuat di Joseon.
Pacing drama ni agak perlahan dari awal cerita sehingga hujung tetapi sentiasa diselitkan dengan komedi, aksi dan sinematografi yang cantik jadi tak terasa bosan. Banyak mesej yang disampaikan terutamanya tentang perjuangan mereka untuk terus kekal hidup pada zaman penjajahan, penindasan rakyat, dan semangat patriotik untuk Joseon.
Sinematografi dan visual juga sangat cantik untuk setiap scene. Sangat berbaloi dengan budget besar yang diperuntukkan untuk drama ni.
Mr Sunshine memang highly recommend dan berbaloi ditonton. Sila sediakan banyak tisu juga kalau nak tengok drama ni.
Personal Rating
Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 1
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1
Total Rating = 10 / 10
3 Comments
salams kenal fariha, kak mieja datang & follow +IG :)
ReplyDeleteSalam kenal kak mieja.
DeleteDone follow juga
okay, nanti nak tengok!
ReplyDelete