Drama Review : The Day of Becoming You (2021)
Sunday, June 27, 2021
Drama: The Day of Becoming You
Country: China
Episodes: 26
Aired: Jun 17, 2021 - Jun 26, 2021
Aired On: Thursday, Friday, Saturday
Original Network: iQiyi, iQiyi
Duration: 45 min.
Genres: Comedy, Romance, Fantasy
Pelakon
Steven Zhang - Jiang Yi
Liang Jie - Yu Sheng Sheng
Eden Zhao - Shen Bai Zing
Vian Wang - Tong Wei
An Ge - Jiang Da Chuan
Zhou Shi Yuan - Pei Jia Shu
Sinopsis
Jiang Yi, ketua kumpulan idol popular, Little Galaxy dan wartawan hiburan Yu Sheng Sheng, yang mana hari ulang tahun mereka kebetulan pada hari yang sama dan telah tertukar badan setelah terperangkap dalam lif di sebuah hotel.
Kejadian itu telah mengubah hidup mereka dan pelbagai perkara dilalui bersama dan merapatkan hubungan mereka berdua.
Trailer
Review
Yu Sheng Sheng dan kawan baiknya Tong Hua, bekerja sebagai satu pasukan di syarikat media hiburan. Mereka berdua perlu mendapatkan berita hiburan sensasi terkini untuk menaikkan semula trafik bulanan akaun mereka atau perlu ditutup jika tidak mencapai target. Sheng Sheng kemudiannya mengambil keputusan untuk menyamar sebagai peminat Jiang Yi dan join fan meeting untuk cari peluang nak dapatkan temu ramah eksklusif dari Jiang Yi. Nasib dia baik bila dia menjadi peminat bertuah dan dipilih untuk makan malam bersama Jiang Yi sebab berkongsi tarikh lahir yang sama.
Jiang Yi tak datang pun untuk dinner date malam tu sebab dia terdengar Sheng Sheng bercakap dengan Tong Hua tentang plan mereka. Tetapi keesokan harinya, Jiang Yi trending di media sosial sebab kantoi tak muncul untuk dinner date tersebut dan buat peminatnya menunggu lama. Topik tersebut dah bagi impak negatif dan Jiang Yi terpaksa setuju untuk makan malam sekali lagi dan bagi temu ramah eksklusif untuk Sheng Sheng.
Selesai makan malam dan temu ramah tersebut, mereka turun lif dari tingkat 54 tetapi lif tersebut tersekat dan berhenti. Tiba-tiba lif tu turun mendadak dan laju dan mereka berdua terhempas dan tak sedarkan diri. Keduanya bangun di hospital dan sedar mereka dah tertukar badan. Pelbagai cara dicuba untuk bertukar kembali tapi semuanya tak berjaya, jadi kedua mereka terpaksa tolong menolong satu sama lain sebagai idol dan wartawan.
Konsep drama body swap ni lebih kurang dengan Secret Garden (2010). Drama ni dari awal sampai habis memang penuh dengan gabungan komedi dan romance. Banyak scene best dan lawak terutamanya bila tengok reactions Jiang Yi dan Sheng Sheng tertukar badan. Tak ada part yang cringe atau rasa over sebab mostly real dan logik dan rasa boleh relate bila dalam situasi macam tu. Jiang Yi yang introvert terpaksa berdepan dengan family dan kawan Sheng Sheng. Sheng Sheng pula terpaksa cover semua jadual Jiang Yi sebagai idol sambil cuba untuk faham kehidupan masing-masing.


Seronok tengok perkembangan drama ni dan boleh nampak perkembangan setiap watak terutamanya Jiang Yi. Relationship antara dua watak utama pun tak rushing dan nampak natural sebab bermula dengan musuh, kemudian kawan baik barulah bercinta. Kisah antara Pei Jia Shu dengan Tong Hua pun seronok tengok.
Team produksi ni dari drama Find Yourself dan Go Ahead jadi memang tak mengecewakan. Plot drama ni tak berat dan memang konsep body swap dah popular dari dulu tapi drama ni memang digarab dengan baik. Dari segi lakonan dan chemistry, memang Steven Zhang dan Liang Jie mampu bawa watak dengan baik. Dari body languange, facial expression dan banyak small gesture yang buat rasa macam betul-betul mereka tertukar badan. Skrip dan jalan cerita pun logik dan tak draggy sangat.
Semua OST dalam drama ni pun best. Dua OST dalam drama ni dinyanyikan oleh Liang Je (Whisper) untuk opening song dan Steven Zhang (My Soul) untuk ending song. Sesuai dengan tema drama ni, banyak sound effect yang dimasukkan untuk menambah rendah elemen komedi dan romantik. Mungkin ada yang terasa annoying dengan sound effect ni tapi mostly berjaya untuk buat scene tu lebih dramatik.