Ad Code

Responsive Advertisement

Kebaikan Ucapan Salam dan Selamat Pagi - Good Morning!





Tak semua orang mempraktikkan ucapan Salam atau Selamat Pagi kepada orang sekitar terutamanya tempat kerja. Tapi sebenarnya ucapan ni sangat berkesan untuk memulakan hari yang lebih positif dan ceria.

Assalamualaikum w.b.t
Good Morning!

Ni antara sebab kenapa perlunya kita praktikkan ucapan Salam dan Selamat pagi.

1. Salah satu adab asas
Bertanya khabar ni memang kita sedia maklum adalah salah satu cara berbudi bahasa dan mengeratkan silaturrahim sesam kita. Ucapan salam sama nilainya dengan perkataan "tolong" dan "terima kasih" yang wajib dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Mungkin nampak macam benda yang kecil tapi impaknya besar kalau dipraktikkan setiap hari.

2. Ianya percuma 
Tak ada bayaran dikenakan pun untuk mulakan ucapan selamat pagi dengan orang lain. Mungkin untuk yang takut-takut nak mulakan, boleh bermula dengan senyuman dulu. Jangan masamkan muka dan bawa masalah dari rumah ke tempat kerja.

3. Mewujudkan persekitaran yang lebih harmoni
Sekiranya semua orang terutama di tempat kerja dari boss sampai kebawah mempraktikkan permulaan hari dengan salam, selamat pagi dan senyuman, pasti suasana menjadi lebih tenang dan semua merasa dihargai.


4. Mengurangkan rasa janggal
Sekiranya kita perlu untuk bercakap dengan seseorang di kemudian hari, kita tak akan rasa janggal nak mulakan perbualan kalau kita dah sapa ketika mereka masuk. Komunikasi ditempat kerja akan menjadi baik dan mungkin kita akan dapat kenal rakan sekerja dengan lebih baik (bukan gosip kosong ya).

5. Kita mungkin menggembirakan seseorang
Mungkin dalam tak sedar, kita sebenarnya dah menggembirakan seseorang walaupun hanya dengan senyuman dan ucapan salam. Tak semua orang dapat mulakan hari dengan tenang. Mungkin ada sahaja perkara terjadi yang boleh mengubah mood kita setiap hari.

6. Meningkatkan sosial skill seseorang
Bermula lah dengan benda kecil dahulu. Kalau setiap hari kita mulakan dengan senyuman dan ucapan salam, mungkin lama-lama kita akan terbiasa dengan sikap ni dan mampu untuk ketahap seterusnya seperti memberi pujian ikhlas, dan dapat berinteraksi dengan berkesan.



Kebaikan mengucapkan selamat pagi kepada orang lain.

1. Memberi imej baik dan positif kepada kita dan orang sekeliling.

2. Memberi harapan dan dorongan untuk mendapatkan hari yang lebih baik.

3. Menjaga kesopanan sesama kita.

4. Considerate terhadap orang lain dan diri sendiri. Mencerminkan sikap murah hati.

5. Menyumbang persekitaran yang harmoni dengan peningkatan komunikasi yang baik.

6. Salah satu kaedah terbaik untuk mulakan perbualan.

7. Menunjukkan tanda penghargaan dan kasih sayang kepada yang mendengar.


Jadi mulakanlah hari anda dengan senyuman, ucapan salam dan selamat pagi kepada orang sekitar anda.


Spread love and you will receive love, that by giving you are the one who benefits more.

Reactions

Post a Comment

0 Comments