Drama: In Family We Trust
Also Known As: Blood Isn't Always Thicker Than Water , Leaut Kon Khon Jaang , Luead Khon Kon Jang
Country: Thailand
Episodes: 18
Aired: Sep 14, 2018 - Nov 10, 2018
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: GMM One
Duration: 60 min.
Genres: Mystery, Drama, Family
Cast :
Songsit Roongnophakunsri as Prasoet, the family's eldest son and CEO of the family business, Jirananta Hotel
Saksit Tangthong as Met, the second son, a stay-at-home single parent
Kathaleeya McIntosh as Phatson, the third child and only daughter, Managing Director of the Jirananta Hotel Pattaya
Sopitnapa Choompanee as Chris Chen, Prasoet's wife
Apasiri Nitibhon as Nipha, Prasoet's mistress/second wife who is undergoing treatment for cancer
Phollawat Manuprasert as Wichian, Phatson's husband, a police commissioner
Nappon Gomarachun as A-gong (grandfather), the family patriarch
Patravadi Mejudhon as A-ma (grandmother)
Kejmanee Wattanasin as Namphueng, Konkan's wife, a former actress
Supoj Chancharoen as Konkan, the youngest son
Pimmara Charoenpakdee as Phim
Thanapob Leeratanakajorn as Yi, Phatson's eldest son who owns a hairdresser's
Krissanapoom Pibulsonggram as Pete, Prasoet and Chris's son doing a master's degree in Hong Kong
Teeradon Supapunpinyo as Vegas, Konkan's elder son, a university student
Chonlathorn Kongyingyong as Ern, Phatson's second son, who helps manage the Pattaya hotel's theatre
Lapat Ngamchaweng as Tao, Phatson's third son, an actor
Sivakorn Adulsuttikul as Kuaitiao, the orphaned grandson who lives with A-gong and A-ma
Paris Intarakomalyasut as Chi, Prasoet and Nipha's son
Jackrin Kungwankiatichai as Toei, Phatson's youngest son, a secondary school student
Vachirawich Aranthanawong as Macao, Konkan's younger son
Sawanya Paisarnpayak as Meimei, Met's daughter
Kanyawee Songmuang as Kim, Yi's girlfriend
Pitisak Yaowananon as the police inspector
Chavalit Chittanant as the police lieutenant
Thaneth Warakulnukroh as Somphong, the private detective
Sinopsis
Keluarga Jiraanan adalah sebuah keluarga etnik Cina yang kaya, dan keluarga besarnya merangkumi tiga generasi. Datuk (Ah gong) dan Nenek (Ah ma) mempunyai lima orang anak. Prasoet, anak sulung, mengetuai perniagaan keluarga, Jirananta Hotel, dan menguruskan hotel paling besar di Bangkok, sementara Phatson, satu-satunya anak perempuan, menguruskan cawangan hotel di Pattaya. Met, anak kedua, tidak bekerja, sementara anak bongsu Konkan menjalani gaya hidup playboy. Di antara mereka (dan anak kelima yang telah meninggal dunia), mereka mempunyai sembilan anak generasi ketiga.
Tak lama setelah mereka menyambut ulang tahun Ah gong, dia telah meninggal dunia. Setelah pembacaan wasiat, Phatson tak puas hati kerana dia dikecualikan dari warisan hotel dan hanya diberi sejumlah duit. Kesemua bahagiannya telah diwariskan kepada cucu lelaki pertama dari anak lelaki iaitu Pete.
Tak lama selepas itu, dia bertengkar dengan abangnya, Prasoet mengenai pengurusan hotel mereka. Prasoet kemudian ditemui mati ditembak di bilik tidurnya, dan Phatson menjadi suspek utama. Isteri Prasoet, Chris juga menjadi salah salah satu suspek dalam kes ini. Kesemua anak mereka terutama Pete dan Yi berusaha dengan cara mereka tersendiri untuk mencari kebenaran dan menyelesaikan misteri itu.
Review
Masa nak tengok drama ni memang tak letak expectation tinggi sebab drama ni di bawah production Nadao Bangkok, bekerjasama dengan The One Enterprise dan 4Nologue untuk promote kumpulan Nine by Nine (9x9).
Diawal cerita memang agak confusing sebab terlampau banyak watak dan tak ada pengenalan untuk setiap watak. Cuma ada sesi bergambar ikut keluarga jadi boleh cam sikit-sikit. Terpaksa juga tengok dengan speed biasa sebab confuse nama-nama watak yang lebih kurang sama walaupun dah kenal semua ahli group 9x9.
Family tree keluarga Jiraanan
Ringkasan Salasilah keluaga Jiraanan.
Ah Gong, Ah Ma
Anak Sulung :
Prasoet Jiraanan, isteri pertama, Chris dan anak lelaki, Pete, isteri kedua, Nipha dan anak lelaki, Chi
Anak Kedua :
Met, dan anak perempuannya Mei Mei (isterinya dah meninggal dunia)
Anak Ketiga :
Phatson, suaminya dan 4 orang anaknya, Yi, Earn, Tao and Toey.
Anak Keempat :
anak perempuan tapi dah meninggal, Kuaitiao (tinggal bersama Ah Gong, Ah Ma)
Anak Kelima :
Konkan, isterinya dan dua anak lelaki iaitu Vegas dan Macao
Di awal episode 1 nampak semuanya bahagia berkumpul untuk menyambut ulang tahun Ah Gong. Semuanya hadir untuk makan malam bersama kecuali Pete yang tengah belajar di Hong Kong tapi dia bagi ucapan untuk Ah Gong melalui video call.
Konflik bermula lepas sahaja wasiat Ah Gong dibaca dimana Phatson sangat sedih dan tak berpuas hati dengan pembahagian harta ayahnya. Dia hanya dapat sejumlah duit tanpa dapat syer saham untuk hotel yang dia dah bangunkan selama 20 tahun tu.
Dia cuba untuk tuntut hak dia tapi tak dilayan abangnya jadi dia tarik semua klien dan staff hotel yang dia percaya. Abangnya kemudian bertindak untuk memecat Phatson dan semua pekerja Phatson juga. Dia sangat marah dan memandu dari Pattaya ke Bangkok untuk berjumpa abangnya. Tapi apa yang dia jumpa adalah Prasoet yang berlumuran darah dan mati ditembak di bilik tidurnya. Phatson kemudiannya menjadi suspek utama kes pembunuhan abangnya kerana motif yang kuat.
Keluarga besar ni kemudiannya saling tuduh menuduh dan curiga antara satu sama lain walaupun rapat dari kecil sampai besar. Rahsia yang masing-masing simpan pun terbongkar sedikit demi sedikit. Semua pun masih tertanya-tertanya siapa pembunuh sebenarnya sebab semua pun mencurigakan dan ada motif untuk membunuh.
Plot dan jalan cerita drama ni agak perlahan diawal drama tapi sentiasa terselit plot twist dan suspense masa menonton. Tambah pula dengan variasi muzik orkestra sebagai penambah rasa dalam setiap scene memang buat jadi tak senang duduk. Flow cerita ni pun disusun cantik jadi tak terlalu bosan. Lakonan pun mantap dari barisan pelakon lama yang memang terkenal. Lakonan dari ahli group 9x9 pula tak semua memberansangkan tapi lakonan Yi (Tor Tanapon) dan Pete (Jaylerr) memang mantap dan mampu bawa watak mereka dengan baik.
Personal Rating
Team Production + 0.8
Storyline + 0.9
Genre + 1
Casting & Acting + 0.8
Editing + 0.9
Visual + 0.8
Themes + 1
Music/Soundtrack + 0.8
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1
Total Rating = 9 / 10