Drama bergenre Time-Travel ni memang tidak asing lagi dan sentiasa diminati ramai. Drama fiksyen ini sentiasa memberikan hiburan tersendiri apabila watak utama harus kembali ke masa lalu atau bahkan ke masa depan samada untuk membuat pilihan semula atau yang hidup di dunia moden tetapi dilemparkan ke masa lalu dan sebaliknya.
Dibawah antara senarai Drama Asia yang berkonsepkan Time Travel yang menarik.
Queen In Hyun's Man (2012)
Drama: Queen In Hyun's Man
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Apr 18, 2012 - Jun 7, 2012
Original Network: tvN
Duration: 45 min.
Genres: Historical, Comedy, Romance, Supernatural
Drama yang romantis dan bersejarah ini adalah berdasarkan kisah peribadi seorang permaisuri, Queen In Hyun pada era Joseon 300 tahun yang lalu, yang digulingkan dan diasingkan oleh suaminya, Raja Sukjong, diatas usaha seorang gundik diraja yang licik iaitu Lady Jang.
Raja akhirnya sedar bahawa permaisurinya tidak bersalah dan menyesal kerana telah menghantar permaisurinya ke tempat asing untuk menjalani hukuman.
Kejadian ini memecahkan kerajaan pada masa itu kepada dua pihak iaitu yang menyokong permaisuri dan yang membantu gundik diraja, Lady Jang tersebut untuk menjadi permaisuri yang baru.
Kedua-dua pihak itu berperang dengan sengit, diantara mereka yang menyokong Lady Jang, dan mereka yang berusaha mengembalikan semula permaisuri ini.
Kim Boong Do adalah salah seorang cendekiawan yang telah menyokong pengembalian takhta Queen In Hyun, Usahanya mendapat pelbagai cabaran dari pihak yang bertentangan sehinggalah ke cubaan membunuh dia dan keluarganya.
Dia menempuh perjalanan 300 tahun ke masa hadapan ke Seoul dan bertemu dengan Choi Hee Jin, seorang pelakon biasa yang mengharapkan kariernya akan berjaya melalui lakonannya sebagai Ratu In Hyun dalam sebuah drama TV. Dengan menggunakan pengetahuannya tentang masa depan, dia mula mengubah masa lalu, tetapi dengan itu juga timbul akibat yang tidak dijangka.
Drama ini diantara drama yang masih lagi menjadi sebutan sehingga hari ini kerana fast-paced plot dan jalan cerita yang menarik dari awal cerita hingga ke penghujung ditambah dengan pelbagai scene romantik, komedi dan aksi.
Trailer :
Rooftop Prince (2012)
Drama: Rooftop Prince
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Mar 21, 2012 - May 24, 2012
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Historical, Mystery, Comedy, Romance, Drama, Supernatural
Rooftop Prince menceritakan kisah Putera Mahkota Yi Gak (Park Yoo Chun) pada era Joseon yang dibawa ke masa hadapan tahun 2012 iaitu Seoul bersama tiga pengawal rapatnya, dan mereka mendarat tepat di tengah-tengah apartmen atap rumah Park Ha (Han Ji Min).
Dia kemudian menemui seorang wanita bernama Se Na (Jung Yu Mi) yang kelihatan seperti isterinya yang mati lemas di Joseon.
Mereka dalam proses untuk menyiasat punca isterinya mati lemas yang disyaki pembunuhan semasa di Joseon. Disebabkan itu, mereka segera percaya bahawa mereka telah dihantar ke masa depan untuk mencari pembunuh Putri Mahkota itu, terutama setelah melihat Hong Se Na, yang mirip mendiang Putri Mahkota.
Dan apabila semua orang menganggapnya sebagai cucu CEO yang hilang, dia mengambil kesempatan juga untuk mengungkap misteri di sebalik kemiripan mereka.
Drama ini seronok ditonton walaupun bergenre romantik komedi tetapi plot dikembangkan dan digambarkan dengan baik.
Trailer :
Time Slip Dr. Jin (2012)
Drama: Time Slip Dr. Jin
Country: South Korea
Episodes: 22
Aired: May 26, 2012 - Aug 12, 2012
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Historical, Romance, Medical, Fantasy
Jin Hyuk adalah seorang pakar bedah saraf yang genius tapi bersikap dingin dan kurang berinteraksi dengan orang lain. Dia mempunyai tunang yang cantik, Dr. Yoo Mi-Na dan bersedia untuk melamar tunangnya. Tetapi kejadian pelik mula berlaku setelah dia mengeluarkan janin dari cranium pesakit, termasuk kecederaan tunangnya.
Sambil berehat di bumbung hospital, dia secara tidak sengaja jatuh dan bangun semula di Joseon, tidak menyedari di mana dia berada atau bagaimana dia sampai di sana.
Dia mula merawat orang-orang di sana, tetapi kekurangan alat yang diperlukan dan pengetahuan perubatan yang cetek penduduk pada masa tu memaksanya untuk mencari cara baru untuk membantu orang sakit. Melalui proses yang mencabar ini, Jin Hyuk akhirnya belajar menjadi doktor yang sebenar.
Trailer :
Faith (2012)
Drama: Faith
Country: South Korea
Episodes: 24
Aired: Aug 13, 2012 - Oct 30, 2012
Original Network: SBS
Duration: 1 hr. 3 min.
Genres: Action, Historical, Romance, Drama, Medical, Fantasy
Drama ini berkisah tentang seorang pejuang dari Zaman Goryeo, 700 tahun di masa lalu, seorang doktor wanita dari masa kini, dimana cinta mereka melampaui masa dan ruang.
Drama ini berkisar pada zaman Goryeo. Seorang putera mahkota yang dipaksa tinggal di Yuan (China), kembali ke Goryeo bersama isterinya, seorang puteri Yuan, untuk menjadi Ratu dan Raja Goryeo kerana dinasti Yuan yang lebih berkuasa menghendakinya.
Dalam perjalanan dari Yuan ke Goryeo, mereka telah diserang dan permaisurinya hampir mati ditetak. Masih hidup, satu-satunya harapan mereka adalah melalui tempat lagenda yang disebut "Heaven's Door" di mana legenda mengatakan bahawa disana terdapat seorang doktor hebat dengan kemahiran penyembuhan yang tinggi.
Kapten Wuldachi melalui pintu tersebut dan memasuki masa depan. Dia masuk ke seminar doktor dan menemui seorang doktor wanita, Yoo Eun-Soo yang menerangkan prosedur pembedahan kosmetik baru. Dia menculiknya dan kembali ke Goryeo. Doktor tersebut berjaya menyelamatkan nyawa permaisuri dan menjadi dihormati dan dikehendaki oleh raja dan musuh-musuhnya.
Cinta berkembang antara Dr Yoo Eun-Soo dan Kapten Wuldachi tetapi banyak halangan mereka dalam tugasnya untuk melindungi takhta raja dan negaranya.
Faith bukan hanya drama bersejarah tapi juga mempunyai unsur magik dan fantasi yang padat dengan plot politik, cinta dan kesetiaan, persaudaraan dan juga nilai persahabatan.
Trailer :
Operation Proposal (2012)
Drama: Operation Proposal
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 8, 2012 - Mar 29, 2012
Original Network: TV Chosun
Duration: 1 hr. 5 min.
Genres: Friendship, Romance, School, Sports, Fantasy
Drama ini menceritakan kisah di sebalik dua rakan baik yang tidak pernah mempunyai keyakinan untuk mengejar impian mereka, lebih-lebih lagi keberanian untuk mengejar orang yang mereka cintai.
Drama ini merupakan remake dari drama Jepun, Proposal Daisakusen, yang disiarkan pada tahun 2007.
Baek-Ho (Yoo Seung-Ho) and Yi-Seul (Park Eun-Bin) dah berkawan rapat selama 20 tahun dan akhirnya Yi Seul berkahwin dengan jurulatih baseball mereka, Kwon Jin Wo. Selepas majlis perkahwinan, Baek-Ho terjumpa surat cinta Yi Seul untuknya semasa sekolah menengah dan menyesal sebab tak confess kepada Yi Seul sepanjang 20 tahun mereka berkawan sebab terlalu takut kena reject.
Ketika itulah Baek-ho bertemu dengan seorang lelaki misteri, datang duduk di sebelahnya di buaian taman permainan, yang memperkenalkan dirinya sebagai Konduktor Masa. Dia memberikan peluang untuk Baek-Ho kembali ke masa lalu untuk mengubah masa depan, dan mendapatkan cinta sejatinya dan perbetulkan kesilapannya.
Trailer :
2 Comments
tahun ni memang famous drama time travel. my favourite queen inhyun & rooftop prince :)
ReplyDelete3 je yg pernah tonton - rooftop prince, time slip dr jin & faith...
ReplyDeletedr jin tu tak minat hero dia tapi suka Jaejoong berlakon...hehe..