Ad Code

Responsive Advertisement

Drama Review : Love Destiny (2018)



Native Title: บุพเพสันนิวาส (Bpoop Phaeh Saniwaat)

Also Known As: Love Destiny, Bhuppae Sunniwat , Buppe San Nivas , Buppesannivas

Genres: Time Travel, Historical, Comedy, Romance, Drama, Family, Fantasy

Country: Thailand

Type: Drama

Episodes: 15

Aired: Feb 21, 2018 - Apr 11, 2018

Aired On: Wednesday, Thursday

Original Network: Channel 3

Duration: 1 hr. 50 min.



Production


Screenwriter: Salaya Sukanivatt

Director: Mai Phawat Panangkasiri

Producer : Nong Arunosha Panupan



Cast


Ranee Campen as Ketsurang / Mae Ying Karaked

Pope Wattanaputi as Por Date / Muen Suntorndewa

Panjan Kawin as Muen Rueng / Ruengrit

Prang Kannarun as Mae Ying Chanwad

Susira Nanna as Mae Maria / Thong Kip Ma

Louis Scott as Constantine Phaulkon



Ketsurang adalah ahli arkeologi berusia 25 tahun. Suatu hari dia mengalami kemalangan setelah bertemu dengan hantu Karaked dan kembali ke zaman Ayutthaya sekitar 300 tahun yang lalu. Dia bangun di dalam badan Karaked selepas Karaked meninggal.

Karaked adalah seorang yang sangat jahat dan egois. Semua orang membencinya, terutamanya Date, tunangnya sendiri, yang menyukai gadis lain tetapi ayahnya dan ayah Karaked adalah kawan baik dan mereka berjanji bahawa anak-anak mereka akan berkahwin setelah mereka dewasa kelak. Karaked cuba membunuh pesaingnya, Chanwad dengan memaksa Pin, orang suruhannya menerbalikkan sampan yang dinaiki Chanwad. Tetapi hamba kepada Chanwad yang mati lemas dan Chanwad sempat diselamatkan. Date sangat marah dengan kejadian tersebut lalu dia dan ayahnya bertindak untuk melakukan pemujaan mantra untuk menghukum pelakunya, yang mana telah mengakibatkan kematian Karaked.

Roh Karaked memohon kepada Ketsurang untuk mengambil alih badannya dan melakukan perbuatan baik atas namanya supaya dia mendapat ketenangan dan dapat mengurangkan dosanya semasa dia hidup.

Setelah Ketsurang bangun dalam badan Karakade, semua orang di sekelilingnya keliru kerana dia sangat berbeza sama sekali dengan Karaked yang dulu. Tetapi sikapnya yang optimis, baik hati dan periang berjaya menambat hati semua orang walaupun dia sentiasa bercakap bahasa aneh dan bertingkah laku pelik.


Review


Setting utama drama ni ialah di zaman Ayutthaya di bawah pemerintahan Raja Narai yang mana berdasarkan sejarah sebenar Thailand jadi sambil tengok drama ni sambil belajar juga sejarah Ayutthaya semasa abad ke-17. Visual background pun cantik menggambarkan kemegahan dan kegemilangan Ayutthaya pada zaman tu.

Plot drama ni walaupun heavy dengan sejarah Ayutthaya tapi diceritakan dengan baik dan tak membosankan sangat. Mungkin ada yang akan bosan kalau tak minat period drama/Thai boran tapi jalan ceritanya tak meleret dan penuh dengan komedi dan scene romantik so still best nak layan. Drama ni memang panjang sebab walaupun cuma 15 episode tapi 1 episode hampir 2 jam.

Seronok juga tengok bila Ketsurang selalu teruja bila dapat pergi dan tengok semua tempat yang dia belajar dalam kelasnya dulu. Dia pun dapat sahihkan sendiri fakta-fakta yang dia dah belajar dulu dan dapat rasa sendiri suasana pada zaman tu.

Zaman tu pulak pengangkutan utamanya sampan jadi mana-mana mereka pergi semuanya akan naik sampan.

Walaupun dia tahu sejarah Ayutthaya dan tahu apa yang akan jadi, tapi dia tak pernah campur tangan dan biarkan semua berjalan seperti biasa. Seperti yang tuk gurunya selalu pesan, ‘what will happen, will happen’.

First half drama ni mostly tentang pengenalan setiap watak-watak sejarah dan macam mana Ketsurang menyesuaikan diri dekat situ dengan keluarga barunya sambil nak pulihkan balik reputasi Karaked. Banyak juga selit flashback perangai jahat Karaked masa dia hidup jadi memang rasa patut sangat dia mati dan bagi peluang dekat Ketsurang untuk hidup dekat situ.

Drama ni berkisar juga tentang politik dan rampasan kuasa Raja Narai jadi second half drama ni berat sikit dengan plot politik dan perperangan diantara pelbagai negara salah satunya ialah France dan negara jirannya.



Tak seperti kisah time travel yang lain, drama ni happy ending dan wrapped dengan baik. Ending setiap watak juga diceritakan jadi memang puas hati tengok. Nak complaint pun tak boleh sangat sebab semuanya ikut sejarah apa yang terjadi masa zaman tu.

Overall, drama ni memang deserved popularity yang dia dapat. Plot flow menarik, tak meleret, Lakonan mantap dari semua pelakon termasuk lah pelakon tambahan. Visual background dan budaya tradisional Thai pun cantik banyak benda baru yang boleh dapat. Ost Opening dan Ending pun best sesuai sangat dengan cerita ni. Thumbs up to the production team for these awesome drama.



Personal Rating


Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 0.9
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1

Total Rating = 9.9 / 10



Reactions

Post a Comment

2 Comments

  1. suka gandingan pope dan bella. memang best layan drama ni :)

    ReplyDelete
  2. Jalan cerita menarik dan pemandangan semua cantik. Pelakon2 sgt sesuai dan memaparkan sisi lain masyarakat Ayutthaya yg sgt sopan terutama golongan bangsawan.

    ReplyDelete