Donghua Review : Scumbag System (2020)

Saturday, February 27, 2021


Alternative Titles : Scumbag System, Ren Zha Fanpai Zijiu Xitong, The Scum Villain's Self-Saving System, Scumbag Villain

Type: ONA

Episodes: 10

Aired: Sep 10, 2020 to Oct 1, 2020

Producers: Tencent Penguin Pictures, iQIYI

Studios: Djinn Power

Source: Novel

Genres: Historical, Demons, Supernatural, Drama

Duration: 20 min. per ep.

Rating: R - 17+ (violence & profanity)


Cast/Voice Actor

Shen Yuan/Shen Qingqiu - Wu Lei

Luo Binghe - Shen Dawei

Yue Qingyuan - Liu Beichen

Liu Qingge - Xu Xiang

Ning Yingying - Zhang Qi

Liu Mingyan - Qin Ziyi

Sha Hualing - Wu Qiuyun

Ming Fan - Hu Yi

The System - Zhou Shuai


Trailer 



Synopsis

Shen Yuan pada asalnya adalah pembaca sebuah novel Proud Immortal Demon Way, yang mempunyai 6666 bab dan sangat tak menyukai novel tu. Selesai sahaja dia tinggalkan komen untuk novel tu, dia telah tercekik dan terus mati. Sebaik sahaja sedar, dia mendapati dirinya berpindah ke dunia novel Proud Immortal Demon Way, di dalam tubuh penjahat dalam novel tu, Shen Qingqiu.

Ketika bangun, dia disambut oleh The System, dan segera menyedari bahawa untuk mengelakkan nasib watak mati dengan diseksa oleh protagonis Luo Binghe, dia mesti mencari jalan untuk mengubah jalan cerita novel tu. Sistem tersebut, bagaimanapun, tidak membenarkan dia bertindak luar dari watak Shen Qingqiu atau dia akan hilang point yang mana dia akan mati selama-lamanya jika point tu jadi 0. 

Character

Shen Qingqiu 


Shen Qingqiu ni merupakan ketua Qing Jing Peak dari kumpulan Cang Qiong Mt. Sect. Dalam novel asal, dia merupakan watak jahat yang sentiasa membuli dan tidak adil dengan pelajarnya sendiri, Luo Binghe sebab cemburu dengan bakat dan kemahiran Luo Binghe. 


Luo Binghe

Seorang yatim piatu yang menjadi pelajar/pengikut dibawah Shen Qing Qiu setelah kematian ibu angkatnya. Dia selalu dibuli oleh pelajar lain dari Qing Jing Peak, dan tak pernah diberi peluang untuk menonjol oleh gurunya. Tetapi setelah Shen Yuan menjadi Shen Qing Qiu dan memberi perhatian kepadanya, Luo Binghe mula hormat dan banyak perubahan baik berlaku disitu.


Ning Yingying


Liu Qingge




Review

Scumbag System ni berdasarkan novel web Cina yang popular bertajuk 'The Scumbag Villain's Self Saving System' oleh Mo Xiang Tong Xiu. Donghua ni cuma ada 20 minit per episode dan ada 10 episode sahaja jadi dalam sehari dah  boleh habis. First time tengok donghua 3D macam ni jadi memang rasa pelik sebab macam tengah tengok game tapi lama-lama rasa ok.

Donghua ni bertemakan transmigration yang mana Shen Yuan ni mati dan masuk ke badan Shen Qing Qiu di dalam novel yang baru dibacanya. Yang menariknya, dia masuk ke dalam badan watak jahat bukannya watak utama. Jadi dia terpaksa buat macam-macam cara untuk pulihkan balik imejnya untuk mengelakkan dia dapat nasib yang sama macam ending watak Shen Qing Qiu dalam novel yang dia baca.



Donghua ni bermula dengan Shen Yuan yang menceritakan kisah novel Proud Immortal Demon Way, tentang watak utamanya, Luo Binghe dari kecil yang diselamatkan oleh seorang wanita bila di Sungai Luo. Lepas kematian ibu angkatnya, dia berguru dengan Shen Qing Qiu. Tapi Shen Qing Qiu ni pula cemburu dengan bakat Luo Binghe dan salah satu pelajar kesayangannya, Ning Yingying pun suka dengan Luo Binghe jadi dia selalu membuli dan siksa Luo Binghe. 



Dia juga bertindak untuk menolak jatuh Luo Binghe ke dalam gaung tapi rupanya Luo Binghe ni berketurunan Ancient Demon jadi dia terselamat dan berdendam dengan gurunya. Dia kemudiannya belajar dan membalas dendam balik dengan semua orang yang pernah membuli dan siksa dia dulu dan menjadi orang terkuat masa tu. 



Shen Yuan yang baru habis baca novel tu pun tak percaya macam mana dia boleh habiskan 6666 bab novel tak masuk akal tu. Masa nilah dia komen novel tu sambil makan pau dan mati tercekik. 



Masa nak tengok donghua ni tak letak expectation tinggi pun sebab baca sinopsis pun dah tau plot ni cliche dan jarang nak jumpa donghua yang best tapi dari episode 1 sampai habis memang asyik gelak dengan perangai Shen Yuan/Shen Qing Qiu. Plot dan Storyline pun simple dan best. Rupanya ending cerita ni tergantung sebab ada Season 2 tahun ni.

Overall, memang recommend kalau minat anime dengan genre ni. Boleh tengok donghua ni dekat Youtube dan Wetv.


Personal Rating


Team Production + 0.8

Storyline + 0.9

Genre + 1

Casting & Acting + 1

Editing + 0.9

Visual + 0.8

Themes + 1

Music/Soundtrack + 1

Social Message + 0.5

Personal Thoughts + 1


Rating = 8.9 / 10

Post a Comment