Ad Code

Responsive Advertisement

Dato’ Sri Siti Nurhaliza - Takhta Dunia



Title : Takhta Dunia

Artist: Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Penerbit: Universal Music Sdn.Bhd & Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn.Bhd

Executive Producer : Dato’ Sri Siti Nurhaliza & Kenny Ong

Penerbit & Susunan Muzik: Ryan Kyoto

Komposer: Ryan Kyoto

Penulis Lirik: Ryan Kyoto

Bass: Farhan

Gitar: Ryan Kyoto

Strings Programming: Eghay Synth

Piano: Egay Synth

Perkusi : Rizky

Adunan Muzik: Ruby N. Tomridjo



Official Music Video




Takhta Dunia merupakan single terbaru dari Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan video muziknya telah dilancarkan pada 08 Januari 2021. Lagu ini merupakan lagu daripada albumnya yang terbaru iaitu ManifestaSITI2020, album studio yang ke-18.

 

Antara lagu lain yang dimuatkan didalam album ini ialah "Siapa Tak Mahu”, "Aku Bidadari Syurgamu" (OST 7 Hari Mencintaiku 2), "Kasihku Selamanya" (OST Dendam Pontianak), "Tertulis Nama Kita", "7 Nasihat" (duet bersama Kmy Kmo dan Luca Sickta), "Kuasa Cintamu", "Teratai Menjelma" (nyanyian asal Sudirman), "Basyirah", "Terang", dan "Anta Permana" (Trek Bonus).

 

Sebagai pembuka tahun 2021 ini, penyanyi ini menengahkan muzik video yang sarat dengan pelbagai mesej dan maksud yang tersirat tentang isu semasa masyarakat iaitu vandalism, berebut kerusi, tidak bertolak ansur dalam pengangkutan awam, buli siber, mencopet dan mencuri.

 

"Seiring kemodenan dan perkembangan dunia hari ini, setiap individu tidak harus hilang nilai baik atau adab.

 

"Sebagai penyanyi, saya turut bertanggungjawab mengenengahkan mesej yang baik menerusi lagu. Sesuai usia, semakin dewasa dan matang, saya harus menghidangkan karya yang bukan sahaja memberikan hiburan tetapi kesedaran," katanya.

 


Tambahnya lagi, penggambaran video muzik ini merupakan di antara kerja terakhir beliau sebelum berehat untuk memberi fokus kepada persediaan untuk menyambut anak keduanya.

 

Memetik petikan dari bharian.com.my, Muhammad Azhar Mamat Rot selaku pengarah video muzik berkata, dia turut menonjolkan peranan penari dan pelakon sebagai medium penyampai mesej teguran secara simbolik.


"Saya menterjemahkan mesej simbolik yang mahu ditonjolkan menerusi lakonan menggunakan telefon bimbit dan pelekap mulut yang membawa maksud, jasad terperangkap dalam zaman lampau, namun kelakuan tetap wujud pada zaman sekarang.

 

"Video muzik ini berlatarbelakangkan tahun 1970-an di sebuah stesen kereta api yang dinamakan Lipis Sentral.


"Lokasi penggambaran diadakan di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak kereta api lama," katanya. Lokasi sebenar yang digunakan ialah di ruang pameran luar Muzium Sultan Alam Shah yang menempatkan kepala dan gerabak keretapi lama.


Untuk video muzik ini, Siti tampil dengan gaya imej wanita era 70-an dan menggunakan khidmat pereka fesyen, Rizman Ruzaini dan jurusolek Ahma Dhani bagi imej tersebut.




Lirik Lagu


Jangan bicara sembarang kata

Kata terlarang simpan di dada

Hendaklah sedar saling menjaga

Agar tak luka sesama kita


Oh…indahnya dunia ketika tiada lagi hitam

Oh…putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam

Serasi kita dalam bersama

Tujuan cinta terukir nyata


Oh…marilah sucikan hatimu niatmu

Di dalam menuju takhta yang sesungguhnya terang



Abadi tak tercela


Jangan bicara sembarang kata

Kata terlarang simpan di dada

Hendaklah sedar saling menjaga

Agar tak luka sesama kita


Oh…indahnya dunia ketika tiada lagi hitam

Oh…putihkan jiwaku jiwamu agar tiada dendam

Serasi kita dalam bersama

Tujuan cinta terukir nyata


Oh…marilah sucikan hatimu niatmu

Di dalam menuju takhta yang sesungguhnya terang

Abadi tak tercela.. 

 


 

More About Dato’ Sri Siti Nurhaliza

Twitter: https://twitter.com/ctnurhaliza11/

Youtube: https://www.youtube.com/c/sitinurhaliza

Facebook: https://www.facebook.com/SitiNurhaliz…

Instagram: https://www.instagram.com/ctdk


More About Universal Music Malaysia

Facebook : https://web.facebook.com/universalmuz…

Instagram : https://www.instagram.com/universalmu…

Twitter : https://twitter.com/UMDomestic

Youtube : https://www.youtube.com/user/universalmusicmsia

 

Music Video Production :

Director : Azhar Rasafilm

Producer : Rasafilm

DOP : Anz Rasafilm

Ass. DOP : Syafiq Lajis & Kia

Art Department : Firdaus Othman

Gaffer : Liong Jian Yep

Location Manager : Diana Din

Ass. Location Manager : Azwan Hashim

Makeup DS Siti Nurhaliza : Ahma Dani

Kostum: Rizman Ruzaini

Tudung: Ariani

Koreographer : Ayed Kuswadinata (Tingkah Dance Production)

Talent : Aramy Rasyid, Syazwan Soef, Hanny Maru, Nadia Roslan, Hani Shamsul & Syasya Samsul

Burung : Sharif Shamsudin

Graphics Designer : Pravin Joel

BTS By : Nizar Faez

Catering : Dapoq Schombi

Location : Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam


Reactions

Post a Comment

0 Comments