Ad Code

Responsive Advertisement

REVIEW : (Season 1) Attack on Titan - Shingeki No Kyojin


Title : Attack on Titan 進撃の巨人, Shingeki no Kyojin

Director : Tetsurō Araki

Producer : Tetsuya Kinoshita, Kensuke Tateishi, George Wada, Shin Furukawa, Tomohito Nagase, Toshihiro Maeda

Writer : Yasuko Kobayashi

Composer : Hiroyuki Sawano

Original creator : Hajime Isayama

Original run : April 7, 2013 – September 29, 2013

Studio : Wit Studio, Production I.G

Japanese network : MBS TV

English network : Funimation

Episode Runtime : 24 mins

Genre : Dark Fantasy, Apocalyptic


Main Japanese Voice Cast :

  • Marina Inoue as Armin Arlelt
  • Yui Ishikawa as Mikasa Ackerman
  • Yuuki Kaji as Eren Jaeger
  • Daisuke Ono as Erwin
  • Hiro Shimono as Conny Springer
  • Hiroshi Kamiya as Levi
  • Keiji Fujiwara as Hannes
  • Kishō Taniyama as Jean Kirschtein
  • Romi Park as Hanji
  • Ryota Ohsaka as Marco Bodt
  • Saki Fujita as Ymir
  • Shiori Mikami as Christa Renz
  • Tomohisa Hashizume as Bertholt Hoover
  • Yoshimasa Hosoya as Reiner Braun
  • Yu Kobayashi as Sasha Browse
  • Yu Shimamura as Annie Leonhardt



Diadaptasi dari manga popular yang bertajuk yang sama, Attack on Titan aka Shingeki no Kyojin Season 1 adalah anime yang ditayangkan pada bulan April 2013. Peminat manga dan anime ni dah sedia maklum yang anime ni bukanlah cup of tea untuk sesiapa yang inginkan storyline yang simple dan ceria.


Trailer




Plot Setting & Summary

Anime ini mengisahkan peperangan antara manusia dan Titans (raksasa gergasi yang memakan manusia).


Untuk melindungi komuniti manusia yang masih tinggal, mereka membina tiga bulatan tembok besar setinggi 50 meter yang tak dapat ditembusi oleh Titan.

Mereka hidup di dalam tembok ni dan bertahan sehingga 100 tahun.  


Namun, suatu hari Titan Colossal berjaya memecah tembok paling luar sekali iaitu Wall Maria sehingga mengakibatkan kekacauan dan ramai penduduk yang telah dimakan oleh pelbagai Titans lain.

Yang masih tinggal dan berjaya melarikan diri terpaksa berundur ke tembok kedua, Wall Rose.

Cerita ini bermula dengan Eren Jaeger yang trauma selepas melihat ibunya sendiri dimakan Smiling Titan.

Eren yang selamat dari serangan pertama bersama kawan baiknya Mikasa Ackerman dan Armin Arlert bertekad untuk membunuh semua Titans dengan menyertai tentera di unit khas yang membunuh Titans, Survey Corps.


Tiga cabang digunakan oleh kerajaan untuk menangani Titans dengan cara tertentu. Survey Corps akan keluar tembok untuk mengumpulkan info mengenai Titans juga membunuh sebanyak Titans yang boleh, Rejimen Garrison menjaga tembok dan penduduk, manakala Briged Polis Tentera menjaga kerajaan dan Raja yang berada di tembok paling dalam iaitu Wall Sina.


Karakter

Semua karakter ada kepentingan masing-masing kerana mempunyai kisah dan latar belakang mereka sendiri dan memainkan peranan penting dalam perkembangan plot yang akan datang.

Walaupun banyak watak diperkenalkan tapi masing – masing ada flaws dan saling melengkapi antara satu sama lain.



Eren Jaeger - Pada episod pertama, Eren lebih didorong oleh emosi dan semangat daripada logik dan akal. Eren digambarkan sebagai keras kepala, bersemangat kuat dan memang berminat untuk sertai Survey Corps sejak kecil sebab nak keluar dari tembok ni dan explore dunia luar. Watak Eren juga tiada perkembangan banyak sehingga ke hujung season.

Mikasa Ackerman - Mikasa mempunyai latar belakang misteri dan antara watak yang paling kuat dalam Attack of Titan. Bertindak sebagai bodyguard Eren dan bersedia ikut kemana sahaja Eren pergi.

Armin Arlelt - Armin mempunyai perkembangan watak paling banyak sepanjang season ini. Seorang yang pandai dan strategist walaupun kurang beraksi.


Visual & Art Style

Grafik dan visual anime oleh Wit Studio, Production I.G ni masih menarik walaupun seperti kebanyakan shounen anime lain, mempunyai garis tebal di sekitar watak-watak tetapi masih mengekalkan details, elemen dan warna background yang cantik termasuklah bloody dan gore scene. 


Banyak bloody dan gore scene contohnya masa Titans ni makan manusia tapi tak digambarkan terlalu mengerikan cuma digambarkan dengan gambaran darah yang berselerak ataupun dari jarak jauh.

Penggunaan CGI juga nampak realistic dan setiap movements action dan fighting scene memang visually stunning seperti semasa penggunaan 3D Maneuvering Gear yang digunakan dalam majoriti anime ni.



Music & Soundtrack

Opening Soundtrack – Epic & Intense!

“Guren no Yumiya” (Crimson Bow and Arrow) oleh Linked Horizon dari episode 1 – 13 memang amazing dan sangat catchy. Sesuai untuk tema anime ni yang penuh aksi dan misteri.

Tak kurang hebat juga Ending song anime ini iaitu “Utsukushiki Zankoku na Sekai” (This Beautiful Cruel World) by Yōko Hikasa yang bertemakan slow rock dan sesuai dengan tema siri yang lebih gelap.

Untuk episode 14 -25, opening song ialah “Jiyū no Tsubasa” (The Wings of Freedom) oleh Linked Horizon dan ending theme song ialah “Great Escape" oleh Cinema Staff.


Overall

Thumbs up untuk team production yang berjaya menghasilkan anime ni.

Tidak dinafikan plot Attack on Titan sangat menarik dan ditulis dengan baik dan cukup rencah dengan misteri, komedi, aksi, dan drama.

Walaupun ada flaws here and there, tapi keseluruhan season ni tak mengecewakan.

Jalan ceritanya bermula agak perlahan dengan pelbagai minor details, tetapi kesemua plot akan berkembang cantik terutamanya selepas kejatuhan Wall Maria.

Very recommended untuk sesiapa yang nak tengok top and fresh content anime yang kurang cliché dan packed dengan action.


Personal Rating

Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 1
Visual + 1
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1

Personal Rating = 10 / 10

Reactions

Post a Comment

0 Comments