REVIEW : Merlin - Season 1

Saturday, December 26, 2020


Genre : Drama, Fantasy Adventure

Country : UK

Network : SyFy, BBC

Premiere Date : Jun 21, 2009

Creators : Johnny Capps, Julian Lewis Jones, Jake Michie, Julian Murphy

Exec. Producers : Julian Murphy, Johnny Capps

Running Episodes : 13 episodes

Running time : 45–50 minutes


Main cast

Colin Morgan as Merlin

Angel Coulby as Gwen

Bradley James as Arthur

Katie McGrath as Morgana

Anthony Head as Uther Pendragon

Richard Wilson as Gaius


Recurring

John Hurt as the Great Dragon (voice)

Michelle Ryan as Nimueh

Michael Cronin as Geoffrey of Monmouth

David Durham as Tom

Caroline Faber as Hunith


Guest stars

Eve Myles as Lady Helen/Mary Collins

Will Mellor as Valiant

Julian Rhind-Tutt as Edwin

Clive Russell as Bayard

Santiago Cabrera as Lancelot

Kenneth Cranham as Aulfric

Holliday Grainger as Sophia

Asa Butterfield as Mordred

Alexander Siddig as Kanen

Joe Dempsie as Will

Frank Finlay as Anhora

Cal MacAninch as Tauren

Ed Coleman as Morris


Trailer



Sebelum ni dah pernah tengok series Merlin dari Season 1-5 dekat Astro tapi bila tengok ada dekat Netflix terus marathon balik sebab dah ingat-ingat lupa jalan cerita ni.

Walaupun dah pernah tengok sebelum ni tapi still excited nak tengok sebab memang minat sangat cerita fantasi magic macam ni.

Cerita bermula dengan narrator suara The Great Dragon (John Hurt) dan scene Merlin yang sampai ke Camelot untuk menuntut dengan Gaius (court physician Camelot) lepas dihantar oleh ibunya, Hunith.




Setibanya di sana, dia menyaksikan seorang pemuda dihukum mati kerana menggunakan sihir sebab berdasarkan undang-undang Camelot, segala jenis magis dan sihir ni diharamkan dan akan dijatuhkan hukuman mati oleh King Uther.

Tapi ibu pemuda ini muncul dan menyumpah Uther sebab membunuh anaknya.

"You took my son, and i warn you before these celebrations are over you will share my tears, an eye for an eye, a tooth for a tooth, a son for a son!"

Wanita itu kemudiannya menghilangkan diri sebelum sempat ditangkap oleh pengawal disitu.

Selepas tu Merlin terus bertemu Gauis dan dengan tak sengaja reveals magik semasa nak selamatkan Gaius. Gaius tiada masalah nak simpan rahsia Merlin dan bantu kawal kuasa Merlin sebab dia pun salah satu pengamal sihir semasa muda.

Jadi Merlin sangat berhati-hati dan tak boleh reveal yang dia ada kuasa magik lalu masanya dihabiskan untuk bantu Gaius, dalam kerjanya seharian.

Dalam beberapa hari pertamanya di Camelot, dia menyelamatkan seorang lelaki dari dibuli oleh Prince Arthur Pendragon dan mereka berdua terus membenci satu sama lain.

Merlin juga mula mengenali dan rapat dengan Gwen, pembantu Morgana.

Antara salah satu perkara yang menarik dalam siri ini ialah watak wanita yang kuat dan berani iaitu Gwen dan Morgana.

Morgana merupakan anak jagaan King Uther dan memainkan peranan besar dalam cerita ini, manakala Gwen adalah pembantunya.



Mereka berdua kuat - bukan hanya dari segi permainan pedang (walaupun Morgana menunjukkan dirinya lebih mampu) tetapi juga kesediaan mereka untuk berdiri dan menegakkan apa yang betul seperti Morgana sentiasa mencabar keputusan Uther yang salah dan juga Gwen yang menegur sikap Arthur yang sombong dan menghina kebaikan orang lain.






Tak lama selepas tu Merlin telah berjumpa dengan The Great Dragon (John Hurt), naga terakhir yang hidup zaman tu dan dikurung dibawah tanah setelah beberapa kali terdengar suara naga ni memanggil2 dia.

Merlin dapat tahu tentang takdirnya untuk membina Albion dan mewujudkan era kedamaian dan kemakmuran bersama Arthur.

Sejak itu, Merlin mula melindungi dan membimbing Arthur dan dalam masa sama belajar dan dapat tahu tentang pelbagai perkara tentang hidup dan kuasanya.

Dihujung episode 1 Merlin menyelamatkan Arthur dari Mary Collin yang membalas dendam atas kematian anaknya pada awal cerita.

Uther kemudiannya melantik Merlin menjadi pembantu Arthur.

Pelbagai antagonis muncul setiap episode samada ingin membalas dendam terhadap Uther ataupun ingin menghancurkan Camelot.

Pelbagai raksasa lagenda juga muncul seperti giant spiders, Gryphon, fairy-like Sidhe, dan plague-spawning Afanc yang memberi ancaman kepada penduduk Camelot, except Unicorn.

Perkembangan watak dan storyline setiap episode memang menarik dan tak bosan. Watak Arthur memang banyak perubahan dari tipikal putera raja yang berlagak, pembuli menjadi seorang yang lebih matang.



Banyak scene komedi dalam plot dan dialog cerita ni so memang tak akan bosan. Action scene pun banyak terutama sword fights, tapi tak ada scene yang bloody atau gore so sesuai untuk tontonan family.

Set kingdom Camelot pun nice dengan pelbagai view dan juga costumes menarik dan walaupun CGI drama ni agak lemah tapi masih boleh diterima.

Soundtrack untuk siri pertama ni digubah oleh Robert Lane dan dikeluarkan oleh label rakaman MovieScore Media.


Tracklist

1. Merlin's Arrival At Camelot

2. The Tournament Begins

3. The Witch's Threat

4. Hunith's Letter To Gaius

5. Meeting Arthur/Lady Helen Possessed

6. Fighting In The Market

7. The Magic Sheild

8. Arthur and Knight Valiant

9. Merlin Lost

10. To Morgana

11. The Burdens Of Duty

12. Breaking The Spell

13. Plague In The Water

14. Arthur's Final battle

15. Guinevere

16. Defeating The Afanc

17. The Witch's Aria

18. The Call Of Destiny – Titles

 

Semua soundtrack ni menepati setiap scene yang dimainkan, terutamanya intro dan credit song setiap episode.

Overall, series ni sangat sesuai untuk yang mencari light series dan untuk tontonan famili. 

Recommended!


Personal Rating

1.           Team Production + 1

2.           Storyline + 1

3.           Genre + 1

4.           Casting & Acting + 0.9

5.           Editing + 1

6.           Visual + 0.8

7.           Themes + 1

8.           Music/Soundtrack + 1

9.           Social Message + 1

10.        Personal Thoughts + 1

 

Personal Rating = 9.7 / 10

3 comments

  1. Yeayyyy! Review yang menarik dibaca. One of fav childhood series!

    ReplyDelete
  2. yup best series ever, suka giler drama Merlin ni, final episode season 5 paling sedih, siap menangis skali kot bila Arthur mati..

    ReplyDelete
  3. Best series but worst ending ever.

    ReplyDelete