Genre : Drama, Fantasy Adventure
Country : UK
Network : SyFy, BBC
Premiere Date : 19 Sept, 2009
Running Episodes : 13 episodes
Running time : 45–50 minutes
Main cast
Colin Morgan - Merlin
Angel Coulby - Gwen
Bradley James - Arthur
Katie McGrath - Morgana
Anthony Head - Uther Pendragon
Richard Wilson - Gaius
Trailer
Kehidupan Merlin bersambung di Camelot selepas season 1, masih lagi merahsiakan kebolehannya sebagai ahli sihir. Walaupun dia suka tinggal bersama Gaius dan berkawan baik dengan Guinevere (Gwen), dia masih sentiasa perlu memenuhi keperluan Arthur yang tidak berkesudahan. Walaupun takdirnya adalah untuk memastikan Arthur berjaya menaiki takhta, ianya tidak mudah tambah lagi bila dia sentiasa menyelamatkan nyawa Arthur dengan sihirnya dan tidak mendapat kredit malah sentiasa direndahkan oleh Arthur.
Kemunculan Cedric, seorang pencuri yang menyamar sebagai lelaki yang mencari kerja di Camelot menyukarkan lagi keadaan bila dia mampu melakukan tugas dengan baik dan mengambil tempat Merlin sebagai pembantu kanan Arthur.
Sebuah peti besi harta karun digali di bawah istana Camelot. Gaius percaya ia adalah milik Cornelius Sigan, ahli sihir yang paling hebat dan paling jahat yang pernah ada. Apabila dia dibunuh dia berikrar untuk kembali dan membalas dendamnya ke atas istana. Peti besi itu berkunci dalam bilik kebal dan Arthur mempunyai satu-satunya kunci. Cedric kemudian berjaya mencuri kunci bilik kebal dari Arthur, membebaskan Cornelius dan membawa keganasan kepada Camelot.
Merlin terpaksa berjumpa juga dengan The Great Dragon untuk dapatkan cara nak tewaskan Cornelius Sigan walaupun dia dah tak nak berjumpa dengan naga tersebut.
Morgana pula sentiasa bermimpi buruk (yang selalunya menjadi kenyataan) dan semakin teruk sampai boleh mencetuskan kebakaran. Takut dan risau, Merlin membantunya berjumpa Druid untuk mencari jawapan, menentang nasihat Gaius. Di sana dia menemui beberapa jawapan yang dia cari, tetapi Uther percaya dia diculik dan menghantar tentera untuk mencari dia dan membunuh semua Druid.
Arthur sentiasa berjuang dan pertahankan perkara yang betul di sebalik bapanya, Uther yang kejam. Arthur mula berkembang dan matang daripada seorang putera raja nakal yang sombong kepada seorang pemimpin yang bijak. Dia juga mengetahui kebenaran di sebalik kelahiran misterinya dan akhirnya dapat bertemu ibunya, Ratu Ygraine yang meninggal dunia semasa melahirkan dia.
Pada musim ini, Merlin berpeluang bertemu ahli sihir lain walaupun hanya pekenalan yang singkat. Seorang gadis druid iatu Freya yang melarikan diri selepas hampir dijual sebagai hamba.
Overall, musim kedua ni masih menarik dan seronok ditonton dari awal sampai habis, banyak watak-watak baru yang muncul macam Mordred, Morgause, Vivian, Lady Catrina dan banyak lagi persoalan baru yang muncul untuk dijawab di season seterusnya. Dari permulaan kisah cinta Arthur dan Gwen, kemunculan Lancelot, misteri Morgana dan usaha berterusan Merlin untuk memenuhi takdirnya dengan Arthur.
Personal Rating
Team Production + 0.9
Storyline + 0.9
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 0.9
Visual + 0.9
Themes + 1
Music/Soundtrack + 0.9
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 0.9
Total Rating = 9.3 / 10
0 Comments