Wordless Wednesday - Book Challenge

Wednesday, September 9, 2020

Book Challenge

Bagaikan Puteri - Ramlee Awang Murshid



Review : Merlin - Season 2 (2009)

Wednesday, September 2, 2020


Genre : Drama, Fantasy Adventure
Country : UK
Network : SyFy, BBC
Premiere Date : 19 Sept, 2009
Running Episodes : 13 episodes
Running time : 45–50 minutes

Main cast
Colin Morgan - Merlin
Angel Coulby - Gwen
Bradley James - Arthur
Katie McGrath - Morgana
Anthony Head - Uther Pendragon
Richard Wilson - Gaius

Trailer

Kehidupan Merlin bersambung di Camelot selepas season 1, masih lagi merahsiakan kebolehannya sebagai ahli sihir. Walaupun dia suka tinggal bersama Gaius dan berkawan baik dengan Guinevere (Gwen), dia masih sentiasa perlu memenuhi keperluan Arthur yang tidak berkesudahan. Walaupun takdirnya adalah untuk memastikan Arthur berjaya menaiki takhta, ianya tidak mudah tambah lagi bila dia sentiasa menyelamatkan nyawa Arthur dengan sihirnya dan tidak mendapat kredit malah sentiasa direndahkan oleh Arthur.


Kemunculan Cedric, seorang pencuri yang menyamar sebagai lelaki yang mencari kerja di Camelot menyukarkan lagi keadaan bila dia mampu melakukan tugas dengan baik dan mengambil tempat Merlin sebagai pembantu kanan Arthur. 


Sebuah peti besi harta karun digali di bawah istana Camelot. Gaius percaya ia adalah milik Cornelius Sigan, ahli sihir yang paling hebat dan paling jahat yang pernah ada. Apabila dia dibunuh dia berikrar untuk kembali dan membalas dendamnya ke atas istana. Peti besi itu berkunci dalam bilik kebal dan Arthur mempunyai satu-satunya kunci. Cedric kemudian berjaya mencuri kunci bilik kebal dari Arthur, membebaskan Cornelius dan membawa keganasan kepada Camelot.

Merlin terpaksa berjumpa juga dengan The Great Dragon untuk dapatkan cara nak tewaskan Cornelius Sigan walaupun dia dah tak nak berjumpa dengan naga tersebut.

Morgana pula sentiasa bermimpi buruk (yang selalunya menjadi kenyataan) dan semakin teruk sampai boleh mencetuskan kebakaran. Takut dan risau, Merlin membantunya berjumpa Druid untuk mencari jawapan, menentang nasihat Gaius. Di sana dia menemui beberapa jawapan yang dia cari, tetapi Uther percaya dia diculik dan menghantar tentera untuk mencari dia dan membunuh semua Druid.


Arthur sentiasa berjuang dan pertahankan perkara yang betul di sebalik bapanya, Uther yang kejam. Arthur mula berkembang dan matang daripada seorang putera raja nakal yang sombong kepada seorang pemimpin yang bijak. Dia juga mengetahui kebenaran di sebalik kelahiran misterinya dan akhirnya dapat bertemu ibunya, Ratu Ygraine yang meninggal dunia semasa melahirkan dia. 

Pada musim ini, Merlin berpeluang bertemu ahli sihir lain walaupun hanya pekenalan yang singkat. Seorang gadis druid iatu Freya yang melarikan diri selepas hampir dijual sebagai hamba. 


Overall, musim kedua ni masih menarik dan seronok ditonton dari awal sampai habis, banyak watak-watak baru yang muncul macam Mordred, Morgause, Vivian, Lady Catrina dan banyak lagi persoalan baru yang muncul untuk dijawab di season seterusnya. Dari permulaan kisah cinta Arthur dan Gwen, kemunculan Lancelot, misteri Morgana dan usaha berterusan Merlin untuk memenuhi takdirnya dengan Arthur.

Personal Rating

Team Production + 0.9
Storyline + 0.9
Genre + 1
Casting & Acting + 1
Editing + 0.9
Visual + 0.9
Themes + 1
Music/Soundtrack + 0.9
Social Message + 0.9
Personal Thoughts + 0.9

Total Rating = 9.3 / 10

Review : Merlin - Season 1 (2009)

Tuesday, September 1, 2020


Genre : Drama, Fantasy Adventure
Country : UK
Network : SyFy, BBC
Premiere Date : Jun 21, 2009
Creators : Johnny Capps, Julian Lewis Jones, Jake Michie, Julian Murphy
Exec. Producers : Julian Murphy, Johnny Capps
Running Episodes : 13 episodes
Running time : 45–50 minutes

Main cast
Colin Morgan as Merlin
Angel Coulby as Gwen
Bradley James as Arthur
Katie McGrath as Morgana
Anthony Head as Uther Pendragon
Richard Wilson as Gaius

Recurring
John Hurt as the Great Dragon (voice)
Michelle Ryan as Nimueh
Michael Cronin as Geoffrey of Monmouth
David Durham as Tom
Caroline Faber as Hunith

Guest stars
Eve Myles as Lady Helen/Mary Collins
Will Mellor as Valiant
Julian Rhind-Tutt as Edwin
Clive Russell as Bayard
Santiago Cabrera as Lancelot
Kenneth Cranham as Aulfric
Holliday Grainger as Sophia
Asa Butterfield as Mordred
Alexander Siddig as Kanen
Joe Dempsie as Will
Frank Finlay as Anhora
Cal MacAninch as Tauren
Ed Coleman as Morris

Trailer

Sebelum ni dah pernah tengok series Merlin dari Season 1-5 dekat Astro tapi bila tengok ada dekat Netflix terus marathon balik sebab dah ingat-ingat lupa jalan cerita ni. Walaupun dah pernah tengok sebelum ni tapi still excited nak tengok sebab memang minat sangat cerita fantasi magic macam ni.

Cerita bermula dengan narrator suara The Great Dragon (John Hurt) dan scene Merlin yang sampai ke Camelot untuk menuntut dengan Gaius (court physician Camelot) lepas dihantar oleh ibunya, Hunith.


Setibanya di sana, dia menyaksikan seorang pemuda dihukum mati kerana menggunakan sihir sebab berdasarkan undang-undang Camelot, segala jenis magis dan sihir ni diharamkan dan akan dijatuhkan hukuman mati oleh King Uther. Tapi ibu pemuda ini muncul dan menyumpah Uther sebab membunuh anaknya.
"You took my son, and i warn you before these celebrations are over you will share my tears, an eye for an eye, a tooth for a tooth, a son for a son!"
Wanita itu kemudiannya menghilangkan diri sebelum sempat ditangkap oleh pengawal disitu.

Selepas tu Merlin terus bertemu Gauis dan dengan tak sengaja reveals magik semasa nak selamatkan Gaius. Gaius tiada masalah nak simpan rahsia Merlin dan bantu kawal kuasa Merlin sebab dia pun salah satu pengamal sihir semasa muda. Jadi Merlin sangat berhati-hati dan tak boleh dedahkan yang dia ada kuasa magik lalu masanya dihabiskan untuk bantu Gaius, dalam kerjanya seharian.

Dalam beberapa hari pertamanya di Camelot, dia menyelamatkan seorang lelaki dari dibuli oleh Prince Arthur Pendragon dan mereka berdua terus membenci satu sama lain. Merlin juga mula mengenali dan rapat dengan Gwen, pembantu Morgana.

Antara salah satu perkara yang menarik dalam siri ini ialah watak wanita yang kuat dan berani iaitu Gwen dan Morgana. Morgana merupakan anak jagaan King Uther dan memainkan peranan besar dalam cerita ini, manakala Gwen adalah pembantunya.


Mereka berdua kuat - bukan hanya dari segi permainan pedang (walaupun Morgana menunjukkan dirinya lebih mampu) tetapi juga kesediaan mereka untuk berdiri dan menegakkan apa yang betul seperti Morgana sentiasa mencabar keputusan Uther yang salah dan juga Gwen yang menegur sikap Arthur yang sombong dan menghina kebaikan orang lain.




Tak lama selepas tu Merlin telah berjumpa dengan The Great Dragon (John Hurt), naga terakhir yang hidup zaman tu dan dikurung dibawah tanah setelah beberapa kali terdengar suara naga ni memanggil dia. Merlin dapat tahu tentang takdirnya untuk membina Albion dan mewujudkan era kedamaian dan kemakmuran bersama Arthur.

Sejak itu, Merlin mula melindungi dan membimbing Arthur dan dalam masa sama belajar dan dapat tahu tentang pelbagai perkara tentang hidup dan kuasanya. Dihujung episode 1 Merlin menyelamatkan Arthur dari Mary Collin yang membalas dendam atas kematian anaknya pada awal cerita. Uther kemudiannya melantik Merlin menjadi pembantu Arthur.



Perkembangan watak dan storyline setiap episode memang menarik dan tak bosan. Watak Arthur memang banyak perubahan dari tipikal putera raja yang berlagak, pembuli menjadi seorang yang lebih matang.


Setiap episode akan muncul pelbagai antagonis samada ingin membalas dendam terhadap Uther ataupun ingin menghancurkan Camelot. Banyak raksasa lagenda juga muncul seperti giant spiders, Gryphon, fairy-like Sidhe, dan plague-spawning Afanc yang memberi ancaman kepada penduduk Camelot, except Unicorn.

Banyak scene komedi dalam plot dan dialog cerita ni so memang tak akan bosan. Action scene pun banyak terutama sword fights, tapi tak ada scene yang bloody atau gore so sesuai untuk tontonan family. Set kingdom Camelot pun nice dengan pelbagai view dan juga costumes menarik dan walaupun CGI drama ni agak lemah tapi masih boleh diterima.

Soundtrack untuk siri pertama ni digubah oleh Robert Lane dan dikeluarkan oleh label rakaman MovieScore Media.

Tracklist

1. Merlin's Arrival At Camelot
2. The Tournament Begins
3. The Witch's Threat
4. Hunith's Letter To Gaius
5. Meeting Arthur/Lady Helen Possessed
6. Fighting In The Market
7. The Magic Sheild
8. Arthur and Knight Valiant
9. Merlin Lost
10. To Morgana
11. The Burdens Of Duty
12. Breaking The Spell
13. Plague In The Water
14. Arthur's Final battle
15. Guinevere
16. Defeating The Afanc
17. The Witch's Aria
18. The Call Of Destiny – Titles
 
Semua soundtrack ni menepati setiap scene yang dimainkan, terutamanya intro dan credit song setiap episode.

Overall, series ni sangat sesuai untuk yang mencari light series dan untuk tontonan famili. 
Recommended!


Personal Rating

Team Production + 1
Storyline + 1
Genre + 1
Casting & Acting + 0.9
Editing + 1
Visual + 0.8
Themes + 1
Music/Soundtrack + 1
Social Message + 1
Personal Thoughts + 1

Total Rating = 9.7 / 10