Duit Selalu Tak Ada?

Wednesday, August 5, 2020


Mungkin ini antara punca-puncanya duit selalu tak lekat.


Banyak keputusan kewangan yang kita lakukan hanya dengar nasihat kawan atau ikut ikutan saja. Semua ini menelan duit kita secara perlahan ;


1. Keahlian gym yang mahal tetapi perginya hanya sebulan sekali, kita daftar sebab kad ahli cantik menawan.

2. Beli Insuran hayat atau takaful yang mahal sedangkan anak yang bergantung harapan belum ada.

3. Berlanggan Astora 'full channel ' cuma tonton bola bila hujung minggu saja.

4. Beli Honda Sidek baru tapi balut dengan plastik dan kerja naik moto saja. Jimat katanya.

5. Beli sebidang tanah dan biarkan kosong berpuluh tahun, cadangnya pencen nak bina rumah ada kolam dalamnya.

6. Masih bujang tapi menyewa satu rumah 3 bilik 2 bilik air dan tinggal sesorang, ramai tak selesa katanya.

7. Dah bertahun beli rumah tidak duduk dan tidak sewakan, takut rosak kelengkapan katanya.

8. Buat Pembiayaan Peribadi RM20k untuk kawin meriah sebab berpegang falsafah " Kahwin itu sekali, biar meriah berkali kali"

9. Dapat duit pencen renovasi rumah besarkan macam astana siap ada kolam dan menara tinggi, tapi hidup berdua sahaja.

10. Ada simpanan KWSP tapi tak manfaatkan untuk rumah pertama, nak guna bila pencen katanya.

11. Rajin tukar kereta baru tiap kali model baru dilancarkan, alasannya demi keselamatan dan keselesaan.

Banyak tindakan yang buang duit kita, kita tak sedar atau kita buat buat lupa. Boleh dah mula tapis atau analisis balik kewangan kita. Berbelanja tidak salah tetapi biarlah berpada.

“You actions are your only true belongings.”
― Allan Lokos, Patience: The Art of Peaceful Living

#TabungDiri

#CariPuncaKenapaKitaTakKayaKaya.

#KongsikanBagiKawanPaham

Sumber : Azizul Azli Ahmad


Post a Comment